Saturday, August 21, 2010

Benfica telah menamatkan perbincangan dengan  Arsenal untuk mendapatkan Armand Traore. Pemain bek kiri itu gagal mendapat kata sepakat dalam perjanjian peribadi yang ditawarkan oleh Benfica walaupun beliau sebelum ini mengakui sangat teruja untuk menyertai kelab liga Portugis tersebut.

Traore telah menjalani ujian kesihatan di Estadio da Luz kelmarin setelah kedua-dua kelab bersetuju dalam perjanjian perpindahan sebanyak £3.4 juta dimana Benfica akan membayar wang pendahuluan sebanyak £2juta. Dalam perjanjian tersebut, Arsenal juga bakal mendapat 25% wang hasil jualan jika pemain tersebut dijual ke kelab lain.

Namun permintaan gaji beliau telah menyebabkan perjanjian perpindahan ini dibatalkan. Seperti mana yang dilaporkan oleh Young Guns, Traore berkemungkinan meminta gaji yang sama ketika bersama Arsenal iaitu £12,000 seminggu manakala Benfica hanya menawarkan lebih kurang separuh dari harga tersebut memandangkan beliau masih dibawah umur 21 tahun dan bukan pemain kesebelasan utama di Stadium Emirates.

Pemain yang berasal dari Perancis itu kini telah kembali ke London dan buat masa ini tiada kelab lain yang menghubungi Arsenal untuk mendapatkan khidmat beliau.

Simpson menyertai Arsenal sejak berumur 9 tahun
Sementara itu, Jay Simpson telah menyertai Hull City dengan bayaran perpindahan yang dianggarkan sebanyak £1.5 juta. Pemain berusia 21 tahun itu telah meninggalkan Stadium Emirates setelah hampir 12 tahun bersama Arsenal. Beliau memilih Stadium KC sebagai destinasi kerana dijangka dapat bermain dalam kesebelasan utama Hull City yang kini bermain dalam Liga Championship.

Tagged:

3 comments:

  1. good luck jay...

    ReplyDelete
  2. sesatu kuar...masuknya 2 jer pun..

    ReplyDelete
  3. Yup, ape lah yg prof tgh pikir tu agaknya..

    tp still, aku percayakn wenger.

    Aku recommend baca ni: http://arsenalfc.com.my/blog/five-good-reasons-arsene-wenger-should-continue-shooting-with-the-gunners.html

    ReplyDelete