Wednesday, August 25, 2010

Mail Online telah menyiarkan kenyataan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho mengenai pendapat beliau tentang pasukan manakah yang bakal memberi saingan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pada pendapat beliau, Arsenal masih belum cukup bagus jika nak dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd dan Man City yang dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman dan bereputasi tinggi.

Beliau dipetik berkata:
Year after year it looks like, but no, looks like, but no. Always the same type of comment, ‘it’s a young team’, ‘it will be next season’. I remember when we played them in a Carling Cup semi-final when they played the ‘team of young boys’. The ‘team of young boys’ is not any more the team of young boys now, they are the team of 25, 26, 27-year-olds. So Fabregas, Walcott, Clichy, Song, Sagna, they are not any more a team of young kids, they are a team in the age to win things. But I do not think they will do it. I think it will again be Man United, Chelsea and of course Man City, because they have a great squad.

Kenyataan Mourinho ada juga benarnya walaupun diantara nama-nama yang disebut, hanya Clichy dan Sagna sahaja yang tergolong pemain dalam lingkungan umur 25 hingga 27 tahun. Namun Arsenal kini dibarisi oleh pemain seperti Vermaelen, Rosicky, Arshavin, van Persie, Almunia dan mungkin juga Squillaci yang berumur 25 tahun keatas dan boleh juga dikatakan sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk bergelar pemenang. Alasan Arsenal masih dibarisi oleh pemain-pemain muda sudah tidak boleh diguna pakai.

Dua muka baru yang dibawa masuk dari kelab Perancis setakat ini
Aku pasti bila ditanya tentang keyakinan dengan skuad yang ada sekarang, ramai yang yakin. Aku pun begitu tetapi dalam hati, masih ada rasa sangsi dengan pemain-pemain yang ada sekarang. Mujurlah dengan adanya pembelian baru seperti Marwan Al-Shamakh, Laurent Koscielny dan kemungkinan Sebastian Squillaci menguatkan kembali tahap keyakinan ini. Cuma satu lagi pembelian pemain diperlukan iaitu penjaga gol yang cekap dan berpengalaman bagi menggantikan Almunia yang mana mutu permainan beliau dilihat semakin merosot.

Walau bagaimanapun, tidak nafikan mereka-mereka ini bukanlah nama besar dan tidak pernah menang apa-apa sebelum ini melainkan Cesc Fabregas yang pernah merasakan nikmat menjadi juara Eropah dan Dunia bersama Sepanyol serta Arshavin sebagai juara  Europa League dan Europen Super Cup bersama Zenit St. Petersburg. Oleh itu adalah normal jika Mourinho atau sesiapa sahaja mempersoalkan kebolehan anak didik Wenger ini.

Perlu di ingat, tiada manusia yang dilahirkan semulajadi sebagai  pemenang melainkan mereka sendiri berusaha untuk menang. Suatu ketika dahulu tiada siapa yang menyangka Arsenal boleh bertahan dari mengalami kekalahan selama 49 perlawanan. Tidak mustahil juga keajaiban boleh berlaku sekali lagi. Pada akhirnya terpulanglah kepada Wenger dan anak-anak buah beliau untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara.

Tagged: , ,

4 comments:

  1. perlukan keeper yg bagus baru kita bleh compete dengan team2 yg lain...
    please wenger jgn degil sgt...

    ReplyDelete
  2. aku percaya wenger tengah cari keeper skang ni.. cuma tak nak bising je..

    ReplyDelete
  3. season ni selain chelsea n man utd, city n spurs adlh lwn yg prlu diberi prhatian..aku melihatkan 2 team ni ckup brbahaya utk mmberi ancaman kpd arsenal..game yg lepas aku lbih suka melihat game spurs vs city brbanding liverpool vs arsenal wlupun tiada sbrg gol..mrk brmain pantas dan jika ini yg mrk hidangkan utk arsenal maka arsenal perlu brsiap sedia dgn jentera ptahanan yg ckup kuat krn serangan dari set piece dan counter attack yg pantas biasanya akan membunuh arsenal.. prtahanan arsenal blum mantap, prlawanan yg lepas lwn blackpool bkn krn prtahanan arsenal kuat, tp krn tidak diuji,dgn 10 pemain blackpool x mampu utk myerang krn tlh diasak dari awal oleh arsenal.. selepas ini arsenal mgkin sekali lg akan mng lwn blackburn dan bolton..tp mgkin akan mghadapi mslh di stadium of light brtemu sunderland..jd aku ckup mgharapkan AW melakukan sesuatu utk memantapkan lg the gunners terutama prtahanan dan yg pastinya keeper..aku rasa kita dh bleh trsenyum sikit jika arsenal memiliki sorg keeper seperti joe hart atau shay given..

    ReplyDelete
  4. antara dua team baru nak naik tu yang paling aku risau city lah. team diorang dah makin mantap skarang. lama kelamaan bila setiap pemain diorang dah jumpa rentak mereka hasil bimbingan mancini, tak mustahil diorang bleh jadi macam chelsea gak satu hari nanti.

    ReplyDelete