Setelah kejayaan menjaringkan hat-trick pada perlawanan liga menentang Blackpool tempoh hari, Theo Walcott kini menjadi buah mulut ramai tidak kira dikalangan peminat, media dan juga penulis blog. Walcott mempamerkan aksi yang cemerlang dan boleh dikatakan ianya persembahan yang terbaik beliau sepanjang karier bersama Arsenal. Jadi aku juga tidak ketinggalan untuk memperkatakan tentang isu hangat ini. Mampukah Theo Walcott mengikut jejak langkah lagenda Arsenal, Thierry Henry?
Mari kita mulakan dengan karier awal Theo Walcott. Beliau memulakan karier senior bersama Southampton pada tahun 2005. Walcott membuat penampilan senior pertama ketika Southampton menentang Leeds United dalam perlawanan Liga Championship dimana beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Beliau terus menjadi perhatian apabila menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya menentang Milwall dan sekali lagi ketika menentang Stoke City. Sejak dari itu Walcott menjadi buruan pasukan ternama seperti Chelsea, Liverpool, Man Utd, Spurs dan termasuk jugalah Arsenal.
Dalam banyak-banyak tawaran tersebut, Walcott telah memilih Arsenal sebagai kelab pilihan beliau dengan perpindahan bernilai £12 juta. Arsenal tidak membayar wang perpindahan tersebut sekali gus untuk pemain yang ketika itu berusia 17 tahun. Perjanjian pembayaran adalah £5 juta wang pendahuluan dan diikuti £5juta berdasarkan penampilan bersama kelab dan lagi £2 juta berdasarkan penampilan bersama pasukan kebangsaan. Suatu ketika dulu, Walcott pernah menjadi perhatian apabila beliau tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2006 England. Ramai pihak telah mengkritik pemilihan tersebut kerana beliau masih muda dan tidak pernah bermain dalam Liga Perdana.
Karier bersama Arsenal tidaklah seindah yang disangka. Pada usia yang masih muda, Walcott kurang mendapat peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama. Oleh kerana mempunyai reputasi yang tinggi dan dikatakan mempunyai ketangkasan seperti Thierry Henry, beliau turut merasakan tekanan apabila ramai yang mengharapkan beliau dapat menyamai kehebatan lagenda Arsenal itu. Selain itu, Walcott juga dibebani banyak masalah kecederaan dibahagian bahu, belakang dan lutut yang membuatkan beliau tidak dapat beraksi dengan baik.
Adakah Walcott akan mempamerkan aksi yang konsisten musim ini? |
Bagi pemain yang banyak menghadapi masalah kecederaan, agak sukar untuk seseorang itu mendapat rentak permainannya kembali selain keyakinan yang kian pudar. Akibat dari masalah ini, persembahan Walcott menjadi tidak konsisten dimana ada ketika beliau beraksi dengan baik dan ada ketikanya beliau lansung tidak memberikan sebarang impak dalam sesuatu perlawanan. Hasilnya, beliau menjadi mangsa kritikan beberapa tokoh bolasepak yang disegani di England antaranya dari lagenda Liverpool yang juga seorang pengulas sukan BBC, Alan Hansen dan lagenda Spurs, Chris Waddle.
The ball comes to him and if he gets a good first touch he might be on his way if he shows pace. But he has a plan in his mind before the ball comes to him. He's not looking as if to think, 'This is where I want to be, this is where I want to go, and this is what I'm going to do'. It just seems to be all off the cuff. People keep saying to me, 'Oh he's young and he'll learn'. I keep thinking, 'Fabregas has learnt and he's young, Rooney has learnt... they all read the game so well'. I just don't think he's got a football brain and he's going to have problems.
Waddle tidak boleh bandingkan Walcott dengan Fabregas mahupun Rooney. Mereka tidak mengalami masalah seperti yang diterangkan sebelum ini. Tempoh matang seseorang pemain untuk menyerlah juga adalah tidak sama. Mungkin Walcott sedikit lambat tetapi beliau baru berusia 21 tahun. Henry juga baru menyerlah selepas menyertai Arsenal pada umur 22 tahun. Tidak mustahil juga tempoh matang beliau sama dengan Thierry Henry. Beliau juga pernah dikritik sebelum ini oleh penulis arsenalnewsreview.co.uk, Myles Palmer. ArsenalNewsReview adalah salah satu sumber berita tidak rasmi yang sangat popular suatu ketika dulu.
Palmer pernah mengkritik Thierry Henry dalam penulisan beliau ketika menghasilkan review post-match perlawanan pra musim Arsenal musim 1999/2000. Pada ketika itu, Henry yang masih mewakili Juventus sedang hangat diperkatakan tentang perpindahan ke Highbury. Palmer menulis:
And remember, Thierry Henry is not a striker. He is not a goalscorer. He scored only 20 goals in 103 games for Monaco. And he did nothing at Juventus. Henry is a right-footed left winger who is quick and skilful. He can also play wide on the right. Even Arsene Wenger cannot make Henry into a striker. So lets get that straight in our minds before we read any more ignorant tosh in the papers. Got it? Thierry Henry is a winger.
Lebih kurang sebulan selepas penulisan beliau ini, Thierry Henry menyertai Arsenal dengan bayaran perpindahan £10 juta. Ternyata kenyataan Palmer meleset apabila Henry tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris walaupun tidak begitu menyerlah ketika bersama Juventus di Serie A. Apakah persamaan Thierry Henry dengan Theo Walcott yang dapat dikesan dan cuba dihasilkan oleh Arsene Wenger? Apakah yang membuatkan Wenger memberikan jersi nombor 14 kepada Theo Walcott?
Mari kita selidik sedikit latar belakang Thierry Henry pula. Sama seperti Walcott, Henry juga asalnya bermain diposisi penyerang ketika usia remaja beliau. Sewaktu bersama Monaco yang mana Arsene Wenger merupakan pengurus disitu, beliau telah diletakkan sebagai pemain sayap kerana Wenger percaya ketangkasan, kawalan bola yang baik dan kemahiran beliau mampu merobek pertahanan lawan. Pada masa yang sama, Wenger terus mencari posisi yang sesuai untuk Henry. Beliau merasakan Henry sepatutnya diletakkan sebagai penyerang, namun beliau tidak begitu pasti. Adakah anda semua perasan, situasi ini hampir sama dengan Walcott?
Kini Walcott telah berjaya membuktikan kebolehan sebenar beliau dengan persembahan yang lebih meyakinkan. Pada perlawanan menentang Blackpool tempoh hari, Walcott kelihatan tenang membuat penyudahan disamping melakukan tugas rutin beliau mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Tidak hairanlah Wenger memberikan pujian dan semangat yang membina untuk Walcott. Wenger percaya boleh lakukan perkara yang sama kepada Walcott seperti apa yang telah beliau lakukan kepada Henry iaitu menukar posisi sayap yang tangkas kepada penyerang yang produktif.
Henry merupakan lagenda Arsenal yang tiada tandingan |
I believe that Theo can score goals because when he was young he scored goals. I know it goes away a little between the ages of 18 and 21, when players adapt to the top level, but I think Theo can score goals and I am convinced he will finish in the middle. First of all he has good timing of his runs, and he senses when you have to go behind the defenders. And he has electric pace – once he is a yard past a central defender nobody in the world can catch him. He’s quite a good finisher. He used to be too nervous in front of goal and rushed his movements. Now he is composed.
Diharap Walcott tidak begitu selesa dengan pujian yang telah diberikan dan mampu mempamerkan aksi yang konsisten pada setiap perlawanan musim ini hingga ke akhir karier. Cuma apa yang membimbangkan adalah masalah kecederaan yang sering menghantui beliau. Sama-samalah kita berharap agar Walcott tidak dibebani masalah kecederaan yang boleh membantutkan prestasi permainan pada masa akan datang. Hasil bimbingan dari Wenger dan tiada nasib yang malang, tidak mustahil Walcott mempu menandingini Thierry Henry. Akhir kata, all the best kepada Theo Walcott!!
cayalah dude..
ReplyDeletenice article...
aku takde FB kalau tak aku dah klik dah button like tu...
heheeh..
xpe bro.. asalkan ko sudi tulis comment pun dah ok..
ReplyDeleteTT, aku dah letak widget reaksi tuh.. so kira mcm like jugak lah kan.. jgn lupa tanda benda tu nanti..hahaha
ReplyDeletehahaha ok bro..
ReplyDeleteaku dah tanda menarik dah..
cun bro..
teruskan membuat artikel yg mantap..
& jgn tanyer aku nape takde FB..
hahahah...
takpe bro.. ko tak ckp pn aku tau..
ReplyDeletebiasa la, player mana bleh ada fb.
takut nanti kantoi awek keliling pinggang.. ahahahaha
tahniah no4..aku lebih teruja dgn penulisan ko drp isi article ko,hehe.. walcott x prlu mnjadi henry, kehebatn walcott biarlah dari acuannya sndiri..dan tiada apa yg aku hrpkan selain walcott n squad the gunners terus dgn cara prmainan mghiburkan n yg penting konsisten dlm setiap prlawanan yg dihadapi..
ReplyDeleteaku pulak tak kesah dia nak jadi diri sendiri atau macam sesiapa pun asalkan dia bleh perform secara konsisten
ReplyDeletewahhh....bagus komen2 anda semua..terima kasih kerana mengomen.
ReplyDelete