Sunday, August 8, 2010

Theo Walcott, Jack Wilshere dan Keiran Gibbs adalah di antara 13 muka baru yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan England menentang Hungary pada perlawanan persahabatan nanti. Turut sama dipanggil adalah dua pemain yang dikaitkan dengan Arsenal iaitu Gary Cahill dan Phil Jagielka serta Ben Foster, Paul Robinson, Wes Brown, Adam Johnson, Ashley Young, Darren Bent, Carlton Cole, dan Bobby Zamora.

Sementara itu antara pemain yang tidak disenaraikan adalah Jermaine Defoe dan Michael Carrick kerana kecederaan, Emile Heskey dan Jamie Carragher yang bersara serta David James, Rob Green, Matthew Upson, Sthephen Warnock, Ledley King, Shaun Wright-Philips, Joe Cole, Aaron Lennon, dan Peter Crouch. Penyingkiran ini adalah yang terbesar dalam sejarah bola sepak England. Tindakan Capello ini mungkin dipersoalkan kerana tidak membuat persiapan yang terbaik untuk skuad Piala Dunia 2010.

Gibbs dan Wilshere mempunyai masa depan yang cerah baik bersama Arsenal dan juga England
Pada pendapat, aku rombakan ini adalah untuk kebaikan pasukan England juga kerana Capello sedang membina pasukannya sendiri dari awal sebagai persediaan untuk kejohanan Euro 2012 nanti. Ini bermakna jika Wilshere yang berumur 18 tahun dan Gibbs, 20 tahun, dapat menunjukkan prestasi permainan mereka dengan konsisten, tidak mustahil meraka akan menjadi pemain pilihan utama untuk Arsenal dan England kelak.

Jack Wilshere dipetik berkata:
“I’m delighted to have been named in the squad for the first time.
“I’m also realistic and want to take things one step at a time. Being called up to the England squad is a proud moment for me and my family, but my first target is to break into the Arsenal team and play on a regular basis. To achieve that, I need to keep my head down, work hard and stay focussed."

Sementara itu Keiran Gibbs pula berkata:
“It’s a welcome surprise to have been called up for the first time.
“To reach my full potential, it’s important that I keep on improving all aspects of my game and this call up will certainly be a great learning experience for me."

Tahniah buat Wilshere, Gibbs dan Walcott! 

Laporan asal: Mirror Football

Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment