Tuesday, July 26, 2011

Hasrat Arsene Wenger untuk mencuba teknologi garisan gol dalam Emirates Cup hujung minggu ini tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan oleh FIFA atas alasan ianya terlalu awal untuk diguna pakai. Bagi Wenger, Emirates Cup adalah acara yang sesuai bagi mencuba teknologi ini yang mana beliau sudah lama memberikan sokongan terhadapnya.


Sebelum ini presiden FIFA, Sepp Blater dengan tegas menentang inovasi ini dan berkeras menyatakan pengadil dan penjaga garisan adalah cara yang sesuai bagi mengetahui bola sudah melepasi garisan ataupun tidak. Namun selepas insiden dimana gol Frank Lampard tidak dikira ketika England menentang Jerman dalam Piala Dunia lepas, Blatter terpaksa mempertimbangkan pendirian beliau.

Sehubungan dengan itu, sembilan sistem yang berlainan, semuanya dari Eropah, akan diuji diantara September hingga Disember tahun ini oleh The Swiss Federal Laboratories for Materials Science and Technology. FIFA dikatakan akan mengkaji keputusan ujian pada Mac tahun depan dan akan membuat kajian saringan kedua untuk sistem yang terbaik.

Pihak Barclays Premier League mendedahkan pada minggu lepas bahawa mereka juga sedang mengkaji kemungkinan untuk membawa teknologi ini ke Liga Perdana seawal musim 2012-13 setelah FIFA dilihat semakin terbuka dengan cadangan ini.

Menurut Wenger, perkembangan ini adalah positif dan beliau menjangkakan teknologi ini akan diguna pakai dalam Piala Dunia di Brazil tiga tahun akan datang. Kalau boleh beliau juga mahu teknologi ini dipakai bukan sahaja untuk menentukan keputusan garisan gol, malah lebih dari itu.

Beliau dipetik berkata:
You know it could be a help for the referees. The more help they get, the more decisions they get right. If out of 100 decisions they get 95 right instead of 85, you have to use technology. And I would like to use it for more than goal-line decisions, but it’s a first step.

Laporan: The Mail

Emmanuel Eboue adalah seorang lagi pemain yang dijangka akan dijual Arsene Wenger dalam misi 'menyegarkan' pasukan Arsenal bagi menghadapi musim akan datang.


Galatasaray dilaporkan akan membida £4juta bagi mendapatkan pemain yang tidak dapat mempamerkan persembahan yang konsisten sejak beberapa musim kebelakangan ini. 

Insiden yang sangat menjatuhkan reputasi beliau adalah ketika menyebabkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. 

Ia juga dikatakan menjadi titik tolak kejatuhan moral rakan sepasukan lain apabila kehilangan dua mata berharga disaat Arsenal bersaing hebat dengan Man Utd dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana.

Eboue tidak ikut serta pada Asia Tour baru-baru ini kerana menurut Wenger beliau mengalami kecederaan betis. Namun Eboue juga ditinggalkan di London ketika para pemain lain bergerak ke Jerman untuk beraksi menentang FC Cologne. Ianya dikatakan bagi membolehkan beliau melengkapkan perpindahan ke kelab lain.

Laporan: The Guardian

Jay Emmanuel-Thomas dilaporkan akan sertai Ipswich Town dalam masa 24 jam bergantung kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan. Pada awalnya, Arsenal turut menerima bidaan dari pesaing Ipswich iaitu Burnley, namun JET tidak berminat untuk berbincang dengan mereka.


Pemain berusia 20 tahun ini memilih jalan keluar setelah Arsene Wenger mengesahkan beliau tidak akan terlibat dalam kesebelasan Arsenal musim akan datang.

Satu ketika dulu aku pernah jugak ikut perkembangan JET. Beliau mempunyai susuk tubuh yang sasa dan tinggi - ciri-ciri yang aku rasakan perlu ada dalam pasukan kita. Tambahan pula JET adalah seorang penyerang, maka ianya sangat berguna untuk menandingi pemain-pemain pertahanan kental pasukan lawan.

Dalam pasukan simpanan Arsenal, JET sangat menyerlah. Beliau banyak menjaringkan gol dan mudah mendominasi kawasan pertahanan lawan. Bukan taraf beliau untuk bermain dalam pasukan simpanan. Oleh yang demikian Arsene Wenger telah meminjamkan JET kepada Cardiff City bagi memberi peluang kepada beliau beraksi secara kerap.

Sayangnya, ketika bersama Cardiff, persembahan JET tidak menyerlah dan mendatangkan tanda tanya samada beliau mampu untuk beraksi dengan baik dalam Liga Perdana. Ramai yang berpendapat JET terlalu bagus untuk bermain dalam pasukan simpanan tetapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, Ipswich Town akan membayar yuran perpindahan sebanyak £1.1juta kepada Arsenal.

Laporan: Young Guns

Monday, July 18, 2011



Hihi, Saje je. Arsene Wenger telah mengesahkan yang Denilson akan balik ke Brazil untuk di loankan. Arsenal menandatangi pemain ini dengan harga 3.4m dari Brazil juga pada Ogos 2006. Walaupun hanya membuat 150 penampilan, Denilson sukar mendapat kesebelasan utama di bawah Arsene. Dia juga berkata ini adalah peluang beliau bermain di kesebelasan utama di Brazil. Dia juga sedih sebab meninggalkan rakan di Arsenal dan semua yang banyak membantu dia. 

Kesian juga tengok dia ne masa introduce masuk stadium training hari tu kena boo. Aq x sampai hati juga na boo, aq diam dan tepuk tangan je la.Takpe la, ini mungkin peluang terbaik dia untuk konsisten dalam permainan. Selamat Maju jaya! 

Antara kata-kata dia :
I want to say thank you to the club and, of course also a big thank you to all the Arsenal fans who are special. I'm now focused on doing well in Brazill next season, but will always be looking out for the Arsenal results. It's a great club with many great players, a good team spirit and a top-class manager. I wish you well for next season.

Thursday, July 14, 2011

Kepada sesiapa yang tak pergi stadium semalam dan yang pergi tapi nak tengok lagi.. Silalah layan full highlights ni..



Wednesday, July 13, 2011

Kompilasi gol dan skill Gervinho..



Tuesday, July 12, 2011

Tajuk entri kali ni memang semuanya menimbulkan persoalan. Itu sebab semuanya ada tanda soal. Walau macam mana pun, semua berita ni sebenarnya dari dua tiga hari lepas lagi. Cuma aku tak sempat nak post je. Sori kalau membosankan.

Downing vs Nasri
Sejak beberapa hari lalu nama Stewart Downing kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates bagi menggantikan tempat Samir Nasri jika beliau dijual. Pada Sabtu lepas, Mirror Football melaporkan Arsenal akan cuba merampas Downing dari Liverpool. Sementara The Star pula melaporkan semalam bahawa pengerusi kelab, Peter Hill-Wood menyatakan beliau tidak tahu menahu sebarang bidaan rasmi dilakukan.

Aku jarang tengok Downing main tapi berbaloi ke kalau nak beli dengan harga £20juta? Pemain Inggeris memang over rated. Dalam sidang akhbar semalam Wenger menegaskan Arsenal akan kekalkan Nasri seperti yang dilaporkan juga oleh Arsenal.com. Maka kemungkinan besar ini hanyalah spekulasi dan kita takkan dapatkan Downing. Phew!

Sementara itu, Arsenal dikatakan sedang mengikuti perkembangan Hugo Rodallega. Menurut Sky Sports, penyerang Wigan itu mengakui bahawa Arsenal berminat untuk dapatkan khidmat beliau dan Arsenal adalah diantara kelab yang beliau sukai.

Bagi aku kita tak perlu lagi pemain dibarisan penyerang. Ape cerita dengan pertahanan kita? Samba? Cahill? Dah takde berita sekarang.

Sebenarnya bukan takde lansung cerita. Per Mertesacker kembali dikaitkan dengan Arsenal seperti yang dilaporkan oleh The People. Dah bermusim-musim pertahanan yang berketinggian 198cm ni dikaitkan dan setiap kali tulah aku berharap khabar angin ni jadi kenyataaan. Tapi, hampa je selalu.

Monday, July 11, 2011


Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia tidak turut serta dalam siri jelajah Asia kerana dikatakan sedang dalam proses untuk melengkapkan perpindahan keluar dari Stadium Emirates. The Star melaporkan bahawa Bendtner telah terbang ke Jerman pada hujung minggu lepas bagi berbincang dengan Dortmund.

Bendtner dinilai £12juta oleh Arsenal namun kini tawaran £9juta sudah memadai bagi melepaskan penyerang kebangsaan Denmark itu berhijrah ke kelab lain. Selain Dortmund, Sporting Lisbon juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Bendtner.

Sementara itu Almunia pula dikhabarkan telah pulang ke Sepanyol dengan berkemungkinan akan menyertai Atletico Madrid atau pun Malaga. Arsene Wenger dipercayai mahukan £1juta sahaja untuk penjaga gol berusia 34 tahun tersebut.

Skuad Arsenal telah tiba di Kuala Lumpur petang tadi dan satu sidang akhbar telah diadakan serta merta. Apa yang menariknya Arsene Wenger tiba dengan membawa khabar baik untuk kita semua. Buat masa ini sekurang-kurangnya.


Wenger mengesahkan bahawa Gervinho sudah menyertai Arsenal dimana beliau telah lulus dalam ujian perubatan di London Colney pada Khamis lepas. Gervinho tidak dapat mengikut rombongan ini kerana dikatakan masih belum menjalani sebarang sesi latihan. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan sebab utama beliau masih belum diumumkan sebagai pemain Arsenal kerana mengalami kesukaran mendapatkan visa.

Satu lagi khabar baik adalah apabila Wenger memberitahu wartawan bahawa Cesc Fabregas masih lagi pemain Arsenal untuk musim depan.

Wenger berkata:
Cesc loves the club and hopefully we will manage. We know that this story for Barcelona has gone on for years now, we have to close that and focus on the season, hopefully with Cesc Fabregas.

Sementara itu Wenger turut menegaskan bahawa Samir Nasri juga masih akan kekal di Stadium Emirates sehingga tamat kontrak beliau. Walaubagaimana pun Wenger tidak mendedahkan samada Nasri akan menandatangani kontrak lanjutan atau tidak.

Menurut Wenger:
Will he be at the club next season? I say yes. The second part (of the question) - will he sign a new contract? I hope yes, but I am not the only one to decide.

Hanya satu je berita tak best iaitu apabila ditanya bagaimana dengan posisi left back yang ditinggalkan oleh Gael Clichy. Wenger menerangkan beliau akan menggunakan Keiran Gibbs, Armand Traore dan Thomas Vermaelen.



Arsene Wenger telah menamakan senarai 23 pemain yang menyertai tour ke Kuala Lumpur dan China semalam. Seperti yang aku dah kasi tau tempoh hari, Cesc Fabregas tidak dapat mengikuti tour ini kerana kecederaan hamstring. Begitu juga Eboue, Diaby dan Fabianski turut mengalami kecederaan.

Sementara itu ketiadaan Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner didalam skuad mencadangkan bahawa mereka mungkin meninggalkan kelab tak lama lagi memandangkan mereka berdua tidak dilaporkan mengalami sebarang kecederaan.

Senarai 23 pemain yang hadir:

Wojciech Szczesny
Vito Mannone

Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna

Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Ryo Miyaichi

Carlos Vela
Robin van Persie
Marouane Chamakh
Andrey Arshavin
Theo Walcott

Saturday, July 9, 2011

Sejak dua minggu lepas lagi Arsenal dikatakan berminat untuk membawa Arturo Vidal ke Stadium Emirates. Pada awalnya, Mirror Football melaporkan pemain tengah Bayer Leverkusen tersebut dinilaikan dalam lingkungan £15juta, namun semalam Sky Sports pula melaporkan pengurus Leverkusen, Robin Dutt hanya bersedia untuk memberi pelepasan jika ditawarkan dalam anggaran £19juta.

Seorang lagi defensive midfielder untuk jadi tunjang barisan belakang?
Vidal dikatakan berminat untuk mengikut bekas pengurus Leverkusen, Jupp Heynckes ke Bayern Munich namun kelab tersebut menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual bintang mereka kepada pesaing di Bundesliga manakala kelab luar pula perlu membuat tawaran menepati harga yang diinginkan.

Pemain berusia 24 tahun ini adalah salah seorang pemain yang mempamerkan persembahan paling konsisten dalam Bundesliga pada musim lepas dan dalam kempen tersebut beliau turut berjaya menjaringkan 10 gol untuk Leverkusen.

Arsene Wenger dikatakan sedang membuat pemerhatian terhadap pemain kebangsaan Chile ini setelah masa depan kapten Cesc Fabregas dan Samir Nasri untuk kekal bersama Arsenal masih lagi samar-samar. Kedua-dua akhbar iaitu Mirror Football dan Skysports mencadangkan bahawa beliau adalah pengganti kepada Fabregas jika kapten kita ini pindah ke Barcelona.

Aku tak pernah tengok aksi Vidal dan kat mana posisi dia tapi dalam Football Manager, dia dikenal pasti sebagai defensive midfielder. Aku ada beli untuk Arsenal, memang hebat! Haha. Menurut Wikipedia, Vidal adalah pemain defensive midfielder. Oleh itu aku setuju kalau Wenger beli Vidal sebagai pencabar Alex Song, malah hanya Song sahaja yang bermain diposisi tersebut buat masa sekarang.

Tapi, bab posisi ni kadang-kadang boleh ditukar-tukar mengikut kesesuaian formasi dan taktikal permainan. Vidal juga dikatakan pemain yang serba boleh dimana boleh juga diletakkan di posisi full back. Maka dengan itu, beliau turut menarik minat AC Milan, Juventus dan Man City. Sebelum ini Milan dikatakan pernah membuat tawaran £9juta dan sudah pastinya ditolak oleh Leverkusen.


Wenger menegaskan di Arsenal.com yang dia sedang bekerja keras untuk membawa masuk pemain yang berkualiti di Arsenal. Dia memahami perasaan fans untuk menyaksikan kelibat pemain baru di Emirates, sebaliknya dia masih mencari. Wenger juga mengesahkan striker Gervinho semakin hampir, dan dia akan cuba sedaya upaya untuk membawa 1 atau 2 pemain lagi. Dia berkata :

My responsibility is first of all not to lose players and then to add and make us stronger. i've have said many times that we were very close to winning things last season, despite the disappointment we had at the end. I hope that provokes a response from my players. We were so close this time we want to come back and achieve it.

Wenger juga sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan duo Arsenal Nasri dan Fabregas yang sering digemburkan itu. Nasri dijangka akan bersama skuad Arsenal semasa menentang Harimau Muda, walaubagaimana pun Fabregas ada masalah maskular dan tidak dapat hadir. Eboue dalam keraguan. Wenger berkata mengenai pre-match :

We will take the strongest possible squad, “Fabregas will not travel because he still has a small muscular problem. He will stay and practice here. There is a doubt about Eboue who has done his calf.”


Nanti aq akan update full skuad yang akan turun InsyaAllah.

Friday, July 8, 2011

Lansbury nak kekal
Hari ni sangat bosan. Tak ada berita menarik tentang Arsenal yang nak diceritakan. Balik-balik pasal Fabregas nak pergi Barcelona, Nasri dengan kontraknya, nak bida Juan Mata dan tak ketinggalan tawaran rendah untuk Alex Chamberlain. Serius dah bosan. Nasib baiklah kat ofis, kalau tak memang aku tido dah time hujan-hujan camni.

Nasib baiklah ada jugak cerita lain daripada yang lain yang aku jumpa. Itu pun dari The Sun. Walaupun sumber beritanya banyak yang tak boleh percaya, korang hadapkan jelah ya. Dah taktau nak cerita apa lagi dah.

The Sun melaporkan pengurus skuad kenari, Paul Lambert bersedia membida sebanyak £2 juta untuk membawa Henri Lansbury ke Norwich City. Namun, pemain berusia 20 tahun itu masih ingin kekal bersama Arsenal dan mungkin akan hanya dipinjamkan jika beliau menandatangani kontrak baru.

Pada musim lepas, memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Norwich sehingga mereka layak ke Liga Perdana musim ni. Jadi jika Lansbury sekali lagi ke Norwich pada musim ni ada bagusnya juga kerana kali dia akan dapat banyak pengalaman bermain dalam Liga Perdana. Ini adalah peluang terbaiknya untuk buktikan kepada Wenger bahawa dia memang layak dan sudah bersedia untuk bermain dalam Liga Perdana.

Sementara itu, Patrick Vieira dikatakan akan menolak tawaran Wenger bagi menjadi jurulatih Arsenal dan sebaliknya menyertai Roberto Mancini yang juga mahukan beliau menjadi jurulatih separuh masa di Man City. Kalau lah benar, tak ada apa nak dihairankan kenapa pemain berstatus lagenda ini sanggup bekerja dibawah Mancini berbanding Wenger.. mestilah sebab £££!!

Thursday, July 7, 2011

Ya, alangkah bagusnya kalau betul tapi realitinya cerita ini nampak mengarut je lebih. Oleh kerana tengah rajin nak menulis maka aku ceritakan la jugak khabar angin ni. Menurut laporan, Wenger kini bersedia untuk berbelanja besar dengan menawarkan  £27juta kepada Real Madrid.

Mimpi je lah kalau Benzema sertai Arsenal
Sebelum ini presiden Real, Florintino Perez dan penasihat, Zinedine Zidane mahukan Benzema kekal di Santiago Bernabeu. Malah ejen kepada Benzema juga mengeluarkan kenyataan bahawa bekas pemain Lyon itu takkan kemana-mana. 

Benzema jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Real Madrid musim lepas setelah mengalami masalah kecederaan. Oleh itu, Jose Mourinho dikatakan mahu menjual Benzema bagi mengumpul wang dalam misi mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero yang dilihat calon sesuai bagi menggantikan beliau yang sukar kembalikan form asal.

Tindakan membida pemain bertaraf bintang seperti Benzema ini dilihat salah satu cara Wenger bagi meyakinkan Fabregas dan Nasri untuk kekal dimana Arsenal serius dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan yang dah enam tahun malap ini.

Jadi macam mana? Korang percaya ke? Haha.

Bagi aku ini adalah Mustahil sebab:
1. Wenger tak mungkin akan berbelanja £27 juta untuk seorang pemain
2. Nak ke Benzema sertai Arsenal yang kurang pemain bertaraf bintang?
3. Boleh ke Arsenal bayar gaji yang tinggi sama yang Benzema dapat kat Real Madrid? Nak bayar gaji Nasri lebih sket pun tak boleh.

Aku berani jamin lah semua ni mengarut je. Tapi, kalau lah Benzema akhirnya betul-betul sertai Arsenal, aku janji akan post entri sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu hari. Haha.

Sumber: The Mail

Aku ada berita tak best untuk kesemua peminat Arsenal di Malaysia ini dimana Cesc Fabregas mungkin tak akan ikut skuad Arsenal ke Kuala Lumpur pada Ahad ini berikutan masalah kecederaan hamstring yang berterusan.

Tak habis-habis dengan hamstring
Rasa tak best nak ke stadium Bukit Jalil ni bukan kita je yang rasa, malah fans Liverpool juga mengalami nasib yang sama apabila kapten Steven Gerrard pun tak datang bagi mengembalikan kecergasan beliau sebagai langkah awal untuk persiapan musim depan.

Fabregas akan menghabiskan masa beliau di gym dan menjalani latihan kecergasan untuk memulihkan kecederaan tersebut sambil menunggu khabar yang mengatakan beliau boleh pergi dari Stadium Emirates setelah Barcelona membuat tawaran £40 juta. Itupun kalau diorang akhirnya nak bayar banyak tulah. Kalau takde gak, cuba lagi tahun depan.

Setakat ini Barcelona dikhabarkan tak mahu buat tawaran sebanyak £40 juta dan hanya bersetuju dengan harga £34 juta. Untuk itu, Barcelona mencadangkan baki £6 juta tu kira lupus apabila mereka menganggap Arsenal sepatutnya membayar sebanyak itu ketika mendapatkan Jon Toral dan Hector Bellerin dan harga£350,000 yang dibayar adalah tidak sah dan salah disisi undang-undang.

Barcelona juga mengugut untuk membuat aduan kepada FIFA dan hanya jika Arsenal setuju jual Fabregas dengan harga £34 juta, mereka akan melupakan kes ini. Wenger pula merasakan proses mendapatkan dua prospek ini adalah sah dan tidak goyang lutut pun kalau Barcelona akan mengadu kepada FIFA.

Sumber: The Mirror

Samir Nasri akan pulang ke London untuk menyertai sesi latihan skuad Arsenal hari ini dan dia dijangka akan mengemukakan hasrat kepada Wenger untuk meninggalkan kelab. Cerita banyak tak guna, kalau memang dia tinggalkan Arsenal, aku tak ada masalah jika dilepaskan dengan harga yang berpatutan.

£25 juta atau biarkan Nasri pergi secara percuma?
Seperti yang aku kasi tau semalam, Wenger tak akan lepaskan Nasri. Tidak jika kurang dari £25 juta sekurang-kurangnya maka tidak hairan lah Man Utd yang membuat tawaran rasmi sebanyak £20 semalam ditolak mentah-mentah. 

Selain dikaitkan rapat dengan Man City, Nasri juga dipantau oleh Chelsea dan Inter Milan yang mana ketiga-tiga kelab ini mungkin juga akan membuat tawaran setelah berita tawaran Man Utd ini tersebar.

Bagi aku kalau Inter yang buat tawaran £20 juta pun dah memadai daripada biarkan Nasri pindah ke Man Utd, Man City ataupun Chelsea.

Kalau hingga ke hari Sabtu ni masih tiada perkembangan mengenai perpindahan beliau, Nasri akan turut berangkat ke Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Sumber: The Guardian

Wednesday, July 6, 2011

Wenger dan polisi dalam membuat keputusan beliau.. hahaha

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Diambil dari: Studs-up

Semalam Gael Clichy telah melengkapkan perpindahan £7 juta beliau ke Man City setelah lapan musim bersama Arsenal. Pemergian Clichy sudah pastinya meninggalkan kesan kepada barisan pertahanan Arsenal kerana hingga ke waktu ini tak ada siapa pun yang boleh dikatakan layak untuk menggantikan ketiadaan beliau. 

Babai!
Pemain yang tinggal sekarang hanyalah Keiran Gibbs, Armand Traore yang dipinjamkan ke Juventus sepanjang musim lepas dan Pedro Botelho yang sama seperti Traore dipinjamkan sepanjang musim. Keupayaan Traore dan Pedro Botelho untuk menggalas tugas ini sangatlah diragui. Hanya Gibbs sahaja yang mungkin dapat mengisi kekosongan ini jika dilihat reputasi beliau yang pernah mewakili skuad senior England sebanyak dua kali, namun masalahnya beliau mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi.

Kita tidak boleh menanggung risiko ini jika serius untuk mendapatkan sebarang piala untuk musim depan. Ada cakap-cakap yang mengatakan Thomas Vermaelen mungkin boleh diletakkan sebagai left back, namun ini bukanlah penyelesaian yang konkrit. Vermaelen bukanlah pemain yang mempunyai kelajuan seperti Clichy dan Gibbs dan pada pendapat aku, Vermaelen lebih berkesan dibahagian tengah. 

Untuk itu, Arsene Wenger perlu mencari pengganti yang sesuai dan tidak berharap sangat kepada Keiran Gibbs yang pada pendapat aku masih belum bersedia untuk menggalas pemain left back utama Arsenal. Nama yang dikaitkan adalah Leighton Baines dari Everton dan Jose Enrique dari Newcastle.

Cesc Fabregas sudah kembali ke London semalam untuk menjalani latihan pra musim dan dikatakan akan berbincang bersama Arsene Wenger mengenai masa depan beliau. Fabregas dikatakan akan meminta untuk dibenarkan kembali ke Barcelona. Segalanya akan diputuskan sebelum skuad Arsenal terbang ke Malaysia pada hari Ahad ini. Lebih baik tunggu hari minggu ni je sebab aku dah malas nak bukak cerita perpindahan Fabregas ni.

Khabar angin telah bertiup kencang mengatakan Man City telah berjaya dapatkan Samir Nasri dengan bayaran perpindahan sebanyak £19 juta seperti yang dilaporkan oleh The Mail. Akan tetapi menurut The Mirror pula, Arsenal tidak akan menjual Nasri jika tiada tawaran melebihi £25 juta dikemukan. 

Sementara itu, Ricky Alvarez yang dikatakan bakal menjadi pemain Arsenal sejak dua minggu lalu kini telah terbang ke Milan bagi melengkapkan perpindahan ke Inter Milan dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta.

p/s: Maaf lah entri kelam kabut sket sebab aku sibuk.

Friday, July 1, 2011

Kepada sesiapa yang nak jadual perlawanan Arsenal musim depan sentiasa terpampang kat monitor pc atau laptop korang, boleh la dapatkan wallpaper seperti dibawah ni dari blog LadyArse.

Contoh dari laptop aku je
Berminat? Sila lah pilih mengikut saiz paparan masing-masing;
1024 x 768, 1280 x 1024, 1600 x 1050, 1920 x 1280, 1920 x 1290, 1440 x 990, Mac