Thursday, August 5, 2010

Setelah diberitakan gagal untuk dapatkan khidmat Mark Schwarzer, Wenger mungkin beralih kepada sasaran baru untuk penyandang jersi nombor 1 Arsenal. Kini Joe Hart pula dikaitkan dengan perpindahan yang bernilai £8 juta ke Stadium Emirates, menurut Caughtoffside. Turut dilaporkan Sunderland juga berminat untuk dapatkan Hart menerusi perjanjian pinjaman setelah penjaga gol utama mereka Craig Gordon mengalami kecederaan.

Hart merupakan bakal penjaga gol utama England
Roberto Mancini dikatakan tidak mempunyai masalah untuk melepaskan penjaga gol England itu kerana City sudah mempunyai Shay Given serta Stuart Taylor dan penjaga gol kebangsaan Colombia, David Gonzalez sebagai backup. Walaupun baru berusia 23 tahun, Hart sememangnya seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak mungkin akan selesa untuk hanya duduk dibangku simpanan.

Namun persoalannya, adakah Joe Hart calon yang sesuai untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal? Sudah cukupkah pengalaman beliau untuk membantu Arsenal untuk menjuarai liga atau Liga Juara-juara Eropah? Bagaimana pula dengan Szczesny yang dikatakan bakal menjadi bintang Arsenal suatu hari nanti?

Kemungkinan untuk Wenger tidak mendapatkan Hart adalah sangat tinggi kerana disaat ini, the Gunners memerlukan penjaga gol yang berpengalaman luas dan dikhuatiri perkembangan Szczesny turut terbantut dengan kehadiran penjaga gol muda Man City tersebut.

Sementara itu menurut ScoutGS, sebuah laman web Galatasaray, mereka semakin hampir untuk dapatkan khidmat Tomas Rosicky. Kesahihan berita ini tidak dapat dipastikan. Kemungkinan untuk beliau berpindah juga adalah tidak mustahil memandangkan umur beliau yang menghampiri 30 tahun serta mempunyai kecenderungan untuk tercedera yang tinggi. Perkembangan positif Jack Wilshere yang berupaya untuk menggantikan beliau turut sedikit sebanyak menguatkan lagi kemungkinan ini.

Rosicky hanya mampu membuat 69 penampilan dalam 4 musim bersama Arsenal
Sekali lagi timbul persoalan adakah Arsenal mampu untuk kehilangan pemain yang berpengalaman luas seperti Rosicky? Hanya Wenger sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk Arsenal.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment