Friday, August 13, 2010

Menurut laporan BBC Sport, Arsene Wenger telah mendedahkan bahawa beliau semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru bersama the Gunners. Kontrak asal Wenger akan tamat pada penghujung musim ini, tetapi beliau mengatakan kontrak baru telah disediakan oleh pihak pengurusan Arsenal menjelang permulaan musim baru ini.

Wenger telah memenangi 11 piala dalam 13 tahun bersama Arsenal
Beliau dipetik berkata:
"I have to show as well how much I believe in this team by showing my commitment. My situation will be sorted out very soon. I believe my commitment to the club has nothing do with the speculation of how the season would go, because that would be unfair. If I do not do well, and one day the club is not happy with me I can completely understand that I do not stay here any more. But I believe we will do well."

Sementara itu, Wenger buat pertama kalinya telah menetapkan tarikh Aaron Ramsey akan kembali beraksi, iaitu pada November ini. Menurut Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:
"We have some problems with Bendtner and Djourou (hamstring). Bendtner will be out for four weeks I think with a groin problem. But we have Ramsey who is coming back in November now. All the rest of the injuries are short term."

Bastos tidak diperlukan di Stadium Emirates
Michel Bastos adalah nama baru yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Sesungguhnya khabar angin ini adalah yang paling tidak munasabah. Pemain kebangsaan Brazil itu mewakili kelab Lyon dan bermain diposisi sayap dan juga leftback. Sebab yang pertama, Arsenal tidak memerlukan leftback lagi dengan adanya Keiran Gibbs yang bakal memberi saingan sengit kepada Gael Clichy. Kedua, Arsenal sangat memerlukan pemain pertahanan tengah dan penjaga gol. Ketiga, harga £20 juta lansung tidak masuk akal.

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment