Wednesday, April 13, 2011

Khabar angin yang mengatakan Andrey Arshavin akan tinggalkan Arsenal untuk kembali ke Zenit St Petersburg kembali bertiup kencang. Seperti yang dilaporkan Gooner Talk, pengurus Zenit, Luciano Spalleti mengakui akan membuat pertanyaan berhubung potensi untuk membawa bekas bintang mereka kembali ke Stadium Petrovsky.

Walaupun dikatakan 'out of form', Arshavin telah melakukan assist sebanyak 17 kali untuk musim ini
Spalleti merasakan sekarang adalah masa yang sesuai setelah Arshavin dilihat sukar untuk mengekal persembahan yang konsisten dan akan kehilangan tempat jika Nasri atau Walcott cergas untuk bermain. Beliau dipetik berkata:
Arshavin has repeatedly demonstrated himself to be a champion. In June we will have to see if his transfer is possible.

Penyandang juara Liga Perdana Russia ini dilaporkan turut akan cuba tawarkan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli diakhir musim kepada Arsenal jika perlu. Arsene Wenger pula sebelum ini telah menyatakan bagaimana beliau sangat terdesak untuk mengekalkan Arshavin di Stadium Emirates setelah khabar angin yang sama bertiup awal Januari lepas.

Namun begitu, dalam laman rasmi Arshavin, beliau ditanyakan satu soalan yang akan membuatkan kita tertanya-tanya pakah maksud sebenarnya jawapan yang diberikan tersebut. Soalannya berbunyi:
"Andrey, are you going to come back to Russia after your football career is over?" -Natalia.
Arshavin menjawab: "I’ll be in Saint-Petersburg soon".

Adakah Arshavin bermaksud akan pulang bercuti pada hujung musim panas ini ataupun beliau akan sertai kelab Zenit St Peterburg? Maksud sebenar hanya beliau saja yang tau.

Reaksi anda:

Tagged: , ,

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aku mmg minat asabin ni...musim awal pertamanya...adalah musim yg mmg aku salute...klo tak pasal sumbangan dia..aku rasa kita mungkin gagal dpt tiket ke ucl...dia bawa perubahan baru, mybe dia dah burn-out skit musim ini...tp still ada sumbangan yg berbaloi musim ini....jgn cepat melatah....go asabinnnn

    ReplyDelete
  3. yup, walaupun x konsisten musim ni dia ada assist 17 kali.. kalau dia konsisten aku rasa dia mesti mampu sumbangkan lebih byk lagi assist mahupun gol

    ReplyDelete