Friday, August 27, 2010

Arsenal akan berdepan dengan pasukan Shakhtar Donetsk, Sporting Braga dan Partizan Belgrade hasil daripada cabutan bertuah yang meletakkan mereka di dalam kumpulan H. Laluan Arsenal untuk layak ke pusingan seterusnya nampak mudah dan ianya amat mengaibkan jika anak-anak buah Arsene Wenger gagal untuk berbuat demikian.

Perlawanan akhir untuk musim ini bakal berlansung di Stadium Wembley, England.
Namun, the Gunners akan menghadapi cabaran yang sukar apabila bermain ditempat lawan terutama sekali ketika perlawanan menentang Shakhtar Donetsk dan Partizan Belgrade kerana dijangkakan tidak ramai penyokong yang sanggup untuk pergi memberi sokongan ke negara timur Eropah tersebut. Walaupun begitu, ini adalah bukan alasan untuk Arsenal tidak layak dari peringkat kumpulan.

Pesaing Arsenal di Liga Perdana Inggeris, Man Utd dan Chelsea juga diramalkan tidak menghadapi sebarang masalah untuk layak dari kumpulan masing-masing. Sementara itu musuh tradisi, Tottenham Hotspur pula bakal berdepan dengan ujian getir apabila berada di dalam kumpulan yang sama dengan juara bertahan Inter Milan,Werder Bremen dan juga FC Twente.

Berikut adalah sedikit info tentang tiga pasukan lain yang turut bersama Arsenal dalam kumpulan H.

Shakhtar Donetsk yang merupakan juara Ukraine akan dibarisi oleh bekas penyerang Arsenal, Eduardo. Ironinya, Eduardo pernah berkata sebelum ini bahawa beliau tidak mahu berdepan dengan Arsenal di dalam kejohanan Liga Juara-juara Eropah. Yang jelasnya, penyokong Arsenal tidak akan berdendam dengan beliau meskipun beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Shakhtar.

Sporting Braga adalah naib juara liga Portugis dan layak ke pusingan kumpulan Liga Juara-juara Eropah apabila menewaskan Sevilla di peringkat play-off dengan agregat 5-3. Perlawanan tersebut mengundang kepada kontroversi dalaman Sevilla apabila pemain terbaru Arsenal, Sebastian Squillaci tidak mahu bermain dengan Sevilla sebelum ini bagi mengelakkan beliau terikat kepada peraturan cup-tied.

Sementara itu Partizan pula mempunyai sejarah tersendiri dalam kejohanan ini. Mereka dan Sporting Lisbon mencipta sejarah apabila merasmikan perlawanan pertama European Cup iaitu nama lama bagi Champions League pada 4 September 1955. Partizan juga pernah menjadi naib juara dalam kejohanan ini pada tahun 1966 dimana mereka tewas kepada Real Madrid.

Tagged:

2 comments:

  1. kumpulan yg agak menarik tapi tak semenarik radiohead..heheheh..
    harap2 bleh ke final season ni..amin

    ReplyDelete
  2. mungkin boleh kalau skuad arsenal mantap. kamon wenger, beli keeper je lagi. aku dah nampak kelibat champs league dlm kabinet piala kt stadium emirates tu. haha

    ReplyDelete