Thursday, August 12, 2010

Pagi tadi telah berlansungnya perlawanan persahabatan antara England dan Hungary di Stadium Wembley dimana Theo Walcott telah diturunkan didalam kesebelasan utama. Sementara itu Gibbs dimasukkan seawal minit pertama separuh masa kedua dan Wilshere pada minit ke 83 untuk penampilan pertama masing-masing.

Penampilan pertama untuk Wilshere pada umur 18 tahun
Theo Walcott dilihat bermain dengan baik dan menurut statistik pada separuh masa pertama, beliau berjaya mengelecek melepasi pemain lawan sebanyak lima kali. Sedikit improvement dari Walcott yang sebelum ini dikritik kerana hanya membuat larian pantas tetapi tiada kemahiran gelecek. Beliau juga hampir membantu England mendapatkan gol awal apabila bola lorongannya ke dalam kotak penalti disepak tinggi oleh Adam Johnson.

Dalam perlawanan tersebut England pada mulanya ketinggalan 0 - 1 apabila Phil Jagielka tertolak gol kedalam gawang sendiri dan walaupun Michael Dawson berjaya mengeluarkan bola yang belum melepasi garisan gol, pengadil tetap memberikan gol untuk Hungary. Selang 8 minit Steven Gerrard berjaya menyamakan kedudukan dan 4 minit kemudian menjaringkan gol kemengangan untuk England. Dua gol yang catik dari Gerrard. Perlawanan berkesudahan England 2 - 1 Hunggary.

Disini aku sertakan highlights perlawanan tersebut.


Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment