Goal.com adalah sumber yang paling tidak boleh dipercayai sekali, mereka melaporkan Arsene Wenger pernah ditawarkan untuk menguruskan pasukan Barcelona pada 2001. Menurut mereka, ianya didedahkan sendiri bekas presiden Barca iaitu Joan Gaspart. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi berita-berita yang tidak munasabah dilaporkan Goal.com.
Wenger adalah seorang yang berpegang kuat pada prinsip |
Gaspart dipetik berkata kepada Com Radio, mereka sebenarnya pernah berbincang dengan Wenger untuk menawarkan jawatan tersebut selepas Serra Ferrer meninggalkan Nou Camp. Wenger pula dikatakan berminat untuk menyertai Barcelona dan meninggalkan the Gunners tetapi hasratnya dihalang oleh pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood. Beliau diminta untuk memenuhi kontrak bersama Arsenal.
Menurut Gaspart lagi, beliau menasihatkan presiden Barca iaitu Sandro Rosell, supaya terbang ke London dan duduk berbincang dengan Arsene Wenger jika benar-benar berhajat mendapatkan Cesc Fabregas. Kata beliau, isu ini perlu diselesaikan dengan pertemuan dan bukan melalui telefon atau orang tengah.
Laporan ini sangatlah tidak berasas. Ini adalah kerana:
- Arsene Wenger adalah orang yang berpegang pada prinsip. Beliau menghormati kontrak bersama Arsenal dan tidak akan dengan mudah menyertai kelab lain jika masih terikat dengan kontrak.
- Arsene Wenger turut terlibat secara tidak lansung dalam rancangan pembinaan Stadium Emirates yang bermula sejak penhujung 1990an. Beliau diberi tugas untuk menguruskan Arsenal dengan sumber kewangan yang terhad.
- Arsene Wenger juga tidak akan meninggalkan the Gunners yang ketika itu sedang berada dipuncak dan mempunyai pemain-pemain yang berkaliber seperti Thierry Henry, Patrick Vieira, Robert Pires, Fredrik Ljunberg, Sol Campbell dan Ashley Cole.
- Arsenal telah berkali-kali menyatakan keengganan untuk berbincang. Pintu pejabat Arsenal tidak akan dibuka untuk Rosell meskipun beliau datang ke London. Wenger pernah berkata:
"Jika saya ingin beli rumah anda dan anda tidak mahu menjualnya, anda tidak akan berbincang dengan saya, itu adalah normal."
- Ini adalah salah satu usaha jahat untuk meracuni fikiran Cesc yang Arsene Wenger juga pernah ingin menyertai Barcelona.
- Joan Gaspart sebenarnya mahu berkempen secara tidak lansung dan cuba yakinkan pengundi-pengundi Barcelona supaya memilih beliau kembali suatu hari nanti. Kenyataan Gaspart berbunyi seperti beliau pernah berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap rancangan beliau.
0 comment(s):
Post a Comment