Monday, August 23, 2010

Sevilla telah mengumumkan di dalam laman web rasmi mereka sevillafc.es bahawa Sebastien Squillaci kini telah berlepas ke London untuk menjalani ujian perubatan di Stadium Emirates setelah kedua-dua kelab telah mencapai kata sepakat dalam perjanjian perpindahan ini. Khabar angin mengatakan Arsenal telah bersetuju untuk membayar £5.5 juta untuk mendapatkan pemain tersebut. Mereka turut menyatakan bahawa Squillaci meminta tidak agar diturunkan dalam perlawanan play-off Liga-liga Juara Eropah lalu atas alasan tidak sihat.

Squillaci melambaikan tangan sebelum berlepas ke London
CaughtOffside pula mengaitkan Gael Clichy dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu dimana Jose Mourinho dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain bek kiri itu dengan harga £16 juta. Mourinho yang kini sedang mencari sasaran bek kiri yang baru setelah gagal mendapatkan Ashley Cole. Namun begitu tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sumber tersebut bukan boleh dipercayai sangat dan jika ianya benar sekalipun, ini akan memberikan peluang kepada pemain kebangsaan England iaitu Keiran Gibbs untuk menyinar.

Sementara itu bekas ketua pasukan Arsenal iaitu William Gallas telah melengkapkan perpindahan ke White Hart Lane hari ini. Sebelum ini Gallas dikaitkan dengan beberapa kelab di Eropah termasuklah AS Roma, Celtic dan Panathinaikos yang mana kesemuanya tiada kata persetujuan dapat dicapai kerana beliau dikatakan meminta gaji yang tinggi. Kemungkinan Gallas akhirnya menyertai Spurs adalah samada beliau tiada  kelab lain lagi yang mahukan khidmat beliau ataupun Spurs sanggup membayar gaji yang mahal untuk pemain yang berusia 33 tahun itu.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment