Wednesday, September 1, 2010

Jendela perpindahan telah tertutup tepat pada 1 pagi waktu Malaysia sebentar tadi. Penjaga gol baru yang diharapkan oleh ramai penyokong Arsenal tidak kunjung tiba. Maka Manuel Almunia akan terus kekal sebagai penjaga gol utama the Gunners untuk musim ini. Sementara itu Armand Traore telah dipinjamkan ke Juventus dan Nacer Barazite ke Vitesse Arnhem sehingga penghujung musim ini.

Traore mencuba nasib di Serie A
Traore dikatakan telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Juventus dimana mereka diberi pilihan untuk mengikat beliau secara kekal setelah tamat musim 2010/11. Ini bermakna, Traore masih lagi akan kembali ke Stadium Emirates jikalau persembahan beliau di Serie A tidak begitu meyakinkan seperti yang pernah terjadi kepada Phillipe Senderos yang dipinjamkan ke AC Milan dua tahun lalu.

Berbalik kepada kisah penjaga gol, Almunia kini mampu menarik nafas lega setelah Wenger gagal mendapatkan pengganti beliau. Walaupun masih tidak yakin dengan persembahan yang ditunjukkan, kita tiada pilihan lain melainkan terus memberi sokongan sambil berharap beliau dapat memperbaiki kelemahan yang nampak ketara musim lepas. Jika Eboue boleh lakukan, tidak mustahil Almunia juga boleh lakukan yang sama.

Tak ada guna untuk kita luahkan rasa tidak puas hati, mencerca ataupun meminta agar Arsene Wenger mengundur diri. Beliau sudah cuba sedaya upaya untuk membawa penjaga gol baru tapi malangnya tidak berhasil. Sebab utama pembelian ini gagal adalah kerana Fulham gagal mendapatkan pengganti Schwarzer dan lebih malang lagi apabila penjaga gol pilihan kedua mereka pula tercedera.

Sebenarnya Arsenal hampir berjaya dapatkan Schwarzer apabila Fulham melihatkan Shay Given yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk berpindah dari Man City sebagai calon yang sesuai untuk mereka. Peluang mereka juga sangat cerah kerana Given dan Hughes pernah bekerja bersama di Man City. Namun ianya lenyap apabila Given menyatakan hasrat untuk terus kekal di Stadium City of Manchester dan berjuang untuk dapatkan kembali status penjaga gol utama.

Kenapa Given yang sebelum ini beria-ria nak tinggalkan City mengubah fikiran beliau? Ini adalah kerana beliau telah ditawarkan kontak baru oleh City. Walaupun tiada laporan rasmi dikhabarkan, ianya tidak mustahil kerana City sememangnya tidak mahu Given pergi dan dengan sumber keewangan yang tiada batasan, mereka mampu untuk membayar gaji yang mahal walaupun untuk pemain simpanan.

Pasti ramai yang masih salahkan Wenger berkenaan situasi ini. Antara persoalan yang timbul adalah:

Ada pihak mengatakan Fulham sebelum ini meminta £4 juta untuk Schwarzer. Kenapa Wenger tak mahu ikutkan harga yang ditetapkan Fulham?
Mungkin Wenger merasakan harga sebanyak itu tidak berpatutan untuk pemain yang berusia 37 tahun tersebut. Schwarzer dan Almunia tiada banyak bezanya, tapi mungkin kerana Almunia kerap melakukan kesilapan musim lepas, reputasi beliau jatuh merundum. Tambahan pula, Schwarzer telah secara rasmi meminta untuk dipindahkan. Jadi mahu atau tidak, Fulham terpaksa melepaskan pemain tersebut dan cari pengganti. Nasib tidak baik dan perkara yang telah diterangkan diatas terjadi, perpindahan ini tidak dapat menjadi kenyataan.

Kenapa tak Arsenal yang dapatkan Given?
Man City tidak akan lepaskan salah seorang pemain terbaik mereka menyertai pasukan yang dianggap pencabar terdekat. Ini secara tidak lansung memperkuatkan lagi pasukan lawan mereka.

Selepas musim lepas tamat, Wenger ada masa tiga bulan untuk mencari calon penjaga gol baru. Kenapa hanya tertumpu pada Schwarzer?
Dalam setiap perpindahan, persetujuan kelab dan pemain diperlukan. Jika sesebuah kelab lansung tidak mahu menjual pemain mereka atau meminta harga yang tinggi, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan pemain tersebut meminta untuk dipindahkan. Walau bagaimana pun ianya masih terpulang kepada kelab itu sendiri. Jika mereka tetap berdegil, tiada apa yang boleh dilakukan pemain tersebut berikutan masih terikat dengan kontrak. Namun mereka terpaksa berhadapan risiko pemain yang tidak gembira. Dalam satu lagi senario, kelab telah bersetuju namun pemain itu sendiri pula tidak mahu berpindah. Aku yakin Wenger sudah cuba cari sasaran lain namun salah satu dari situasi seperti ini yang menjadi halangan.

Namun, jawapan-jawapan yang diberikan diatas adalah salah satu kemungkinan. Apa yang terjadi sebenarnya, cuma Wenger sahaja yang tahu. Siapalah kita nak mempersoalkan Wenger. Beliau berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang bolasepak dan pernah membawa kejayaan gemilang buat Arsenal. Kalau nak team yang sentiasa dapat pemain yang diiginkan, baik sokong Man Utd, Chelsea atau Man City. Sebenarnya ia berbalik kepada persoalan kenapa seseorang itu menyokong Arsenal. Ada orang sokong Arsenal sebab pemain, ada yang suka cara permainan, ada yang sokong sebab Arsene Wenger, ada pula yang ikut kawan dan macam-macam lagi.

Sementara itu, Alexander Hleb telah menyertai Birmingham City melalui perjanjian pinjaman dari Barcelona. Malas nak cakap banyak sebab aku pasti korang semua pun tahu apa masalah mamat ni.

Ryo Miyaichi pula telah ditawarkan kontrak untuk menyertai Arsenal walaupun beliau sedang menjalani pemulihan akibat patah kaki ketika beraksi dalam sesi percubaan bersama Ajax. Kecederaan itu dikhabarkan sangat serius sehinggakan Ajax membatalkan hasrat mereka untuk mengikat kontrak pemain muda yang berbakat besar dari Jepun itu. Namun, pakar perubatan Ckukyo High School telah mengesahkan kecederaan tersebut tidaklah seteruk yang disangka sebelum ini. Laporan di Jepun mengkhabarkan Miyaichi akan menandatangani kontrak lima tahun bersama Arsenal setelah umur beliau mencapai 18 tahun bulan Disember ini.

Dalam berita lain, penjaga gol simpanan Arsenal, James Shea telah dipanggil secara mengejut untuk berlatih bersama skuad England setelah Ben Foster dan Scott Carson masih dalam proses pemulihan dari kecederaan. Ini menyebabkan skuad England kurang satu penjaga gol untuk berlatih pada hari semalam. Namun ianya tidak bermakna Shea akan dipanggil untuk membuat penampilan antarabangsa kerana Foster dan Carson dijangka akan pulih sebelum perlawanan pusingan kelayakan menentang Bulgaria hari Jumaat ini.

Untuk kasi korang sedap hati sikit, aku sertakan video 'Almunia the Hero' yang mempamerkan aksi-aksi menarik beliau sebelum ini. Jangan nak kecewa sangat. Bak kata kawan aku, *'bukan semua perkara yang kita nak dalam dunia ni kita boleh dapat'. Refer pada undian yang aku buat, ramai yang memilih Stekelenburg tapi hakikatnya...

*(Ayat ini juga boleh diguna pakai untuk kasi nasihat orang yang baru putus cinta)


p/s: sori kalau ayat tunggang langgang, tak sempat nak double check. Aku dah mengantok gila ni.

Tagged: ,

6 comments:

  1. good luck, traore..
    kita doa ajelah supaya almunia akan performance dengan amat mantap sekali season ni...
    asik kene kritik jer lame2 mmg bebal la mamat tu...

    ReplyDelete
  2. Almunia needs to get a slap on his face so he wakes up, starts performing and keeps his momentum until the end of this season.

    Oh, jangan risau tentang ayat tunggang-langgang itu. Apa ada dengan bahasa yang hebat kalau isinya kelat.

    Reaksi saya: Saya tanda Menarik ok! :)

    ReplyDelete
  3. post yg menarik perhatian bro..tahniah.. sama2 lah kita mgharapkan almunia seperti almunia 2007/2008 atau lebih baik dari itu.. aku x kesal kalu wenger x bw masuk keeper barupun, wenger dh cuba sedayanya dan dia lebih tahu apa yg dia lakukan utk arsenal.. sama2lah kita memahaminya.. dan mmg ramai org yg meminati arsenal ats beberapa sebab, aku minat arsenal bkn krn pemain tp kerana permainan arsenal n of course aku suka wenger krn dia yg brtggjwb trhadap gaya prmainan arsenal dari dulu n kini.. kalu aku lbih meminati pemain nampaknya sikit masa lg aku sokong barca ar..huh x sggup derr..

    ReplyDelete
  4. @TT semangat camtu la kita nak.. we've got almooniaa.. we've got almooniaa.. we've got almooniaa... haha

    @Umihannie agreed =) and thanks!

    @awegooner thanks jugak. almunia takdelah teruk sgt sebenarnya. cuma yg risau skang ni kalau dia injured cmne? Fab21 ganti?? itu yang lemah tu.

    btw, masa aku start sokong arsenal sbb player, bergkamp. masa tu bdk2 lagi. aku tak tau ape. dah lame sokong arsenal, aku mula suka cara permainan Arsenal yang dicipta oleh Wenger.

    ReplyDelete
  5. huh bergkamp..x dinafikan kehebatannya.. rasanya xde player arsenal skrg yg semuanya hmpir smpurna spt bergkamp..

    ReplyDelete
  6. bergkamp sgt skilfull, finishing mantap, wide vision..

    ReplyDelete