Tuesday, September 28, 2010

Post match untuk kali ni lambat dan memang lain dari biasa kerana disampaikan dalam bentuk cerita atau luahan hati. Pertama sebab aku betul-betul sibuk dengan tugasan kerja buat masa ni dan kedua mood tu takde disebabkan persembahan semacam najis kebanyakan pemain Arsenal. Cilakak sungguh!

Sesungguhnya aku tak tengok pun game malam tu sebab aku buat overtime kat ofis dan bila aku pergi kedai makan semuanya bukak game Liverpool. Oleh kerana over confident Arsenal akan membelasah pasukan yang baru promote tersebut, aku layan saja game Liverpool sambil makan roti banjir dan teh ais dan dengan senang hati aku menganjing fans Liverpool yang berhempas pulas menahan asakan Sunderland di tempat sendiri.

Oleh kerana berasa pelik kenapa tak ada updates jaringan gol pada masa kedua, aku pun check lah live score dari telepon aku. Terkejut beruk aku tengok result Arsenal dah kena dua biji. Jadi sebelum ESPN update score baik aku blah dulu sebab tadi bukan main suka hati menganjing fans Liverpool. Masa tengah nak bayar aku refresh, kena lagi sebijik. Maka pada masa itu aku sudah dapat mengagak mesti budak-budak ni main macam taik.

Serious aku tak boleh nak bagi ulasan setiap pemain kerana aku hanya sekadar melihat video highlights perlawanan tersebut. Dari banyak yang aku baca ramai yang menyalahkan Diaby dan Almunia. Diaby memang terkenal dengan kemalasan beliau dan aku percaya je kalau beliau dipersalahkan. Sementara Almunia, baru je nak yakin dengan persembahan dah buat hal balik. Namun aku lebih percaya kalau dikatakan setiap pemain yang terlibat turut menyumbang kekalahan memalukan ini. 

Kesian kat fans yang buat banner ni. Haha!
Berbalik kepada permasalahan penjaga gol yang memang dari dulu lagi patut Wenger selesaikan. Bekas pengurus George Graham hari ini berkata Arsenal perlu gantikan Almunia dengan penjaga gol lain jika mahu bergelar juara. Tetapi, masalahnya sekarang transfer window masih lagi tertutup dan adakah Szczesny sudah bersedia untuk menggalas tugas berat ini?

Aku bersetuju dengan pandangan arseblog yang berpendapat tidak salah jika pemain muda itu diberi peluang dan jika beliau melakukan kesilapan sekalipun sekurang-kurangnya beliau boleh belajar dari kesilapan tersebut jika nak dibandingkan dengan Almunia dan Fabianski yang sudah banyak kali melakukan kesilapan tetapi masih bengap kerana tak pernah belajar dari kesilapan.

Walaupun begitu, mampukah Arsenal untuk menjadi juara jika Wenger memberi ruang untuk Szczesny belajar dari kesilapan yang bakal beliau lakukan? Keputusan terletak ditangan Wenger samada nak gamble kasi Szczesny beraksi atau terus berharap agar Almunia kurang lakukan kesilapan. Yang pastinya Almunia disahkan tidak mengikuti rombongan pasukan ke Belgrade akibat kecederaan. Mari kita lihat sama ada Wenger aku turunkan Fabianski atau dua lagi penjaga gol muda yang ada.

Highlights

Saturday, September 25, 2010

Menurut laporan yang disiarkan Telegraph.co.uk, keuntungan ini adalah hasil dari penjualan pangsapuri yang dibina dalam projek pembangunan Highbury Square. Hasil dari penjualan tersebut, Arsenal bukan saja berjaya melangsaikan hutang projek yang menelan belanja sebanyak £130 juta itu malah menikmati keuntungan sebanyak £56 juta.

Projek pembangunan Highbury Square adalah bukti pengurusan cemerlang Arsenal
Namun, keuntungan tersebut kurang sedikit berikutan terdapat lima perlawanan di Stadium Emirates yang kurang penonton pada musim lepas dan juga peningkatan gaji pemain. Menurut CEO Arsenal, Ivan Gazidis, peningkatan gaji inilah yang membolehkan Arsenal terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau turut menerangkan hasil keuntungan ini akan digunakan dalam menawarkan kontrak pemain ataupun sebagai yuran perpindahan untuk dapatkan pemain baru. Walaupun begitu, ianya tidak bermakna Arsenal boleh bersaing sama tahap dengan Man City kerana jenis yuran perpindahan dan gaji yang ditawarkan mereka adalah tidak elok bagi bisnes bolasepak.

Tambah Gazidis lagi, Arsenal akan meneruskan polisi mengembangkan bakat pemain muda daripada membeli bintang ternama. Beliau akui polisi ini adalah satu langkah yang sukar, tetapi hasil daripada polisi ini jugalah kita melihat perkembangan dan kemajuan pemain muda yang hebat sekali dan bagi beliau persembahan menentang Spurs tempohari menggambarkan segalanya.

Semua ini membuktikan Arsenal adalah sebuah kelab bola sepak yang diuruskan dengan cemerlang oleh pihak pengurusannya. Kejayaan bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi dengan mudah dan Arsenal memilih cara sendiri untuk mendapatkan sumber keewangan dalam menguruskan kelab ini.

Kebanyakan kelab memilih jalan pintas dengan menjual harga diri hak milik kelab kepada individu yang kaya raya seperti Abramovich, Glaziers, Pak Syeikh, Hicks & Gillet dan lain-lain bagi mendapatkan bantuan keewangan yang membolehkan mereka membeli pemain bertaraf bintang.

Walaupun Chelsea berjaya bergelar juara mee segera, namun kelab itu telah melaporkan mereka mengalami kerugian sebanyak £44.4 juta pada Disember tahun lalu. Sementara itu, Man Utd melaporkan mereka memperoleh keuntungan sebanyak £48.2 juta pada Januari lalu namun kebanyakan penyokong kini inginkan Glaziers tinggalkan kelab itu kerana dipercayai mereka banyak mengaut keuntungan untuk kegunan sendiri.

Friday, September 24, 2010

Arsene Wenger telah memberi tahu Wojciech Szczesny bahawa suatu hari masanya akan tiba dimana beliau akan menjadi penjaga gol utama Arsenal dan ianya sudah pasti bukanlah sekarang. Szczesny sebelum ini dilaporkan menyelar tindakan Wenger yang lansung tidak menyenaraikan nama beliau ketika perlawanan Carling Cup tempoh hari.

Setelah menimba pengalaman yang berguna ketika dipinjamkan kepada Brentford musim lepas, bintang muda Poland ini menegaskan beliau kini sudah bersedia untuk beraksi diperingkat tertinggi tetapi "tiada siapa yang cukup berani" untuk mengambil beliau bermain dalam kebanyakan perlawanan.

Szczesny berada dibelakang Mannone dalam turutan penjaga gol Arsenal
Walau bagaimanapun, Arsene Wenger tidak menyangkal kenyataan Szczesny yang beliau berhak mendapat peluang namun didepan beliau, ada Mannone yang berhak mendapat peluang juga. Menurut Wenger, persaingan dan keputusan adalah sebahagian daripada tugas seorang pemain bola sepak dan bos Arsenal itu juga percaya apa yang terbaik untuk Szczesny lakukan sekarang adalah fokus, bekerja keras dan percayakan Arsenal.

Wenger turut menerangkan bahawa sikap tidak sabar adalah memang karekter pemain muda dan mereka lupa penjaga gol boleh beraksi sehingga umur 40, tidak seperti pemain biasa yang hanya mampu bertahan hingga umur 32 ke 34 tahun. Maka apa yang mereka terlepas pada awal karier, mereka akan dapat balik pada penghujung karier.

Kontrak Szczesny akan tamat pada hujung musim ini dan beliau bebas untuk berbincang dengan mana-mana kelab pada bulan Januari ini. Namun begitu, Wenger sangat berhasrat untuk mengekalkan penjaga gol muda itu. Menurut The Sun UK, Wenger dipetik berkata:
When you educated a player like we do with Szczesny, who arrives at the age of 16, it is a long-term investment which costs a lot of money, so you want to keep the players. We will talk to him about a new deal. We rate him and we want to keep him.

Thursday, September 23, 2010

Penjaga gol muda berusia 20 tahun ini telah menyuarakan kekecewaan beliau terhadap Arsene Wenger setelah tidak diturunkan dalam perlawanan Carling Cup semalam dan beliau juga bersedia berpindah dari Stadium Emirates untuk mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Sudah tiba masanya Wenger jadikan Szczesny sebagai pengganti Fabianski
Bintang muda Poland yang dijangka bakal menyerlah pada masa hadapan itu lansung tidak disenaraikan dalam kemenangan besar terhadap Spurs walaupun beliau dilihat beraksi dengan cemerlang ketika dipinjamkan ke kelab Brentford musim lepas.

Bercakap kepada Gazeta Wyborcza, beliau mengakui yang beliau kini telah hilang sebar dengan situasi di Stadium Emirates. Situasi yang dimaksudkan Szczesny adalah Wenger seolah telah terlupa beliau mempunyai penjaga gol bernama Wojciech Szczesny yang bermain untuk The Gunners.

Rakan-rakan sepasukan Szczesny menenangkan beliau supaya tidak risau kerana perjalan karier beliau adalah seperti marathon, bukan seperti acara pecut. Namun bagi beliau, marathon bukan bermakna terpaksa berlari ditempat yang sama selama tiga tahun.

Szczesny mengakhiri temubual tersebut dengan berkata:
I'm ready to play at the highest level but I need a club that believes in a 20-year-old. In Arsenal there's no such bravery. My main goal is to play for Arsenal, but if there's a move option, we'll have words.

Arsenal telah mengesahkan bahawa Keiran Gibbs hanya mengalami kecederaan kaki yang ringan ketika perlawanan pusingan ketiga Carling Cup menentang Spurs pagi tadi dan beliau akan direhatkan dalam masa yang singkat. 

Gibbs bernasib baik tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk
Sebelum ini Wenger amat risau bek kiri itu sekali lagi mengalami kecederaan patah tulang metatarsal yang terletak dibahagian tapak kaki. Ianya adalah kecederaan yang menyebabkan Gibbs terlepas untuk beraksi hampir keseluruhan musim lepas dan dengan itu juga peluang untuk menyertai skuad England pada Piala Dunia 2010 turut tertutup.

Walau bagaimanapun setelah menjalani ujian perubatan, kecederaan tersebut tidak lebih daripada lebam yang teruk. 

Wednesday, September 22, 2010

Seperti yang aku beritahu sebelum ini, aku malas nak buat liputan untuk perlawanan Carling dan FA Cup. Akan tetapi untuk tidak mengecewakan kalian semua, aku sertakan sini highlights perlawanan semalam selama 16 minit yang bukan sahaja memaparkan jaringan gol malah percubaan-percubaan menarik kedua-dua belah pihak.

Lansbury meraikan gol pertama dalam karier professional beliau
Antara adegan tersebut adalah:
  • Lansbury ditolak oleh Assou-Ekotto dan jatuh didalam kotak penalti, tetapi pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
  • Gerakan menarik Gibbs, Rosicky dan Wilshere mencipta jaringan kepada Henri Lansbury yang merupakan gol professional pertama beliau.
  • Kesilapan Johan Djourou yang hampir membenarkan Pavlychenko menaringkan gol.
  • Gol Robbie Keane yang sebenarnya offide yang juga sekali lagi menyaksikan kelemahan Fabianski.
  • Tandukan bebas Vela yang sepatutnya masuk kedalam gawang.
  • Terjahan tepat pada masa oleh Koscielny yang menyelamatkan keadaan.
  • Kaki Nasri tersangkut pada Bassong dan sepakan penalti dihadiahkan kepada Arsenal.
  • Chamakh ditarik dalam kotak penalti dan sekali lagi penalti.
  • Gibbs terjengket cedera.
  • Rembatan kencang Arshavin untuk gol keempat.
  • Nasri clear bola diatas garisan gol.
  • Rambut Brylcream bekas pemain Arsenal, David Bentley.



Tuesday, September 21, 2010

Reyes adalah seorang pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan suatu ketika dilihat mempunyai potensi besar untuk menyinar namun akibat dari masalah kecederaan, prestasi beliau mula merundum jatuh. Walaupun begitu, ramai yang tidak menyedari penglibatan beliau dalam kebanyakan gol yang dijaringkan Arsenal pada musim 2005/06. Tidak kiralah melalui hantaran through ball, set piece, atau merembat kencang kedalam gawang pihak lawan.

Sesungguhnya beliau memberikan impak yang besar pada musim tersebut terutama sekali ketika kempen Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan Arsenal menjadi naib juara setelah tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir yang berlansung di Paris. Reyes telah meminta untuk berpindah ke Sepanyol kerana merasakan gaya permainan di England tidak sesuai bagi diri beliau dan kini mewakili kelab Atletico Madrid.

*Update

Sedikit info mengenai Jose Antonio Reyes:
  • Dilahirkan pada 1 September 1983.
  • Posisi asal sebagai sayap kiri namun boleh juga bermain diposisi penyerang.
  • Memulakan karier professional bersama kelab asal Sevilla FC pada umur 16 dan menyertai Arsenal pada umur 20 tahun.
  • Arsenal membayar £10 juta untuk mendapatkan khidmat Reyes pada Januari 2004 dan Sevilla bakal menerima £7 juta lagi jika beliau beraksi dengan baik.
  • Sepanjang 3 tahun bersama Arsenal beliau menjaringkan 16 gol dalam 69 perlawanan.
  • Dipinjamkan ke Real Madrid pada musim 2006/07 melalui pertukaran dengan Julio Baptista.
  • Pada Julai 2007, Reyes melengkapkan perpindahan £10.2 juta ke Atletico Madrid.



Arsene Wenger telah dikenakan tindakan denda sebanyak £8,000 dan digantung satu perlawanan oleh FA England atas alasan berkelakuan tidak baik berikutan aksi beliau setelah tamat perlawanan menentang Sunderland pada Sabtu lepas.

Wenger tidak berpuas hati setelah gol penyamaan hadir pada minit ke-5 masa kecederaan
Beliau dilihat secara sinis menepuk belakang Martin Atkinson selain komen selepas perlawanan beliau yang sangat kritikal menghentam mutu pengadilan perlawanan tersebut.

Kenyataan dalam laman web rasmi England menerangkan:
Arsenal manager Arsene Wenger has been charged with using insulting and/or abusive language and behaviour amounting to improper conduct.

Dalam prosedur terbaru FA, pengurus yang banyak menyuarakan pendapat ini diberi masa sehingga Khamis ini untuk memberi respon dan jikalau beliau menolak dakwaan tersebut, kes ini akan diperdengarkan kepada Regulatory Commission.

Namun begitu, aku berharap FA tidak mengamalkan sikap double-standard terhadap pengurus bukan berbangsa Inggeris dengan mengenakan juga tindakan terhadap Alex Ferguson kerana melabel Torres sebagai penipu pada perlawanan menentang Liverpool semalam. Ini kerana Wenger pernah didenda sebanyak £15,000 kerana menyatakan Nistelrooy adalah seorang penipu pada 2004.

Sehingga kini, Almunia berjaya memanfaatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Walaupun aksi beliau agak tidak meyakinkan pada perlawanan pembukaan menentang Liverpool tempoh hari, Almunia semakin kurang melakukan kesilapan yang biasa beliau lakukan pada perlawanan selepas itu termasuk ketika menentang Sunderland minggu lepas.

Menurut laporan The Sun UK, Almunia menyeru rakan sepasukan supaya membentuk naluri membunuh pada diri masing-masing jika mahu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Sikap lantang bersuara ini sangat bagus, bukan hanya setakat kenyataan dimedia malah Almunia juga perlu lebih tegas dipadang selaras dengan status beliau seorang pemain senior.

Video dibawah mempamerkan aksi cemerlang Almunia pada musim terdahulu sebelum prestasi beliau merosot agak teruk pada musim lepas. Sila kira berapa sepakan penalti yang beliau berjaya selamatkan.



Monday, September 20, 2010

Marouane Chamakh adalah diantara pemain yang beraksi agak baik berdasarkan penglibatan beliau dalam kebanyakan gerakan serangan Arsenal. Beliau banyak melakukan larian-larian yang membuka ruang dan tidak hanya menunggu bola untuk sampai dikaki. Semangat juang tinggi ini haruslah dipuji dan dicontohi oleh pemain lain terutama sekali Arshavin dan Diaby.

Pemain kebangsaan Morocco ini sentiasa nampak merbahaya namun aksi beliau tidak cukup tajam untuk menjaringkan gol. Jikalau Chamakh dapat memperbaiki lagi permainan nescaya suatu hari nanti beliau boleh menjadi salah satu penyerang berbisa di England dan Eropah.



Kebanyakan fans Arsenal masih lagi merasakan kekecewaan dengan keputusan seri semalam dan hari ini pula dua persaing terdekat berjaya mengutip tiga mata penuh menambah bisa luka didada. Bagi mengurangkan kekecewaan tersebut, apa kata kita layan video kompilasi aksi cemerlang Koscielny menanduk, menerjah, memintas bola dan macam-macam lagi pada perlawanan menentang Sunderland semalam.

Lihat saja aksi Koscielny yang bertungkus-lumus mematikan serangan pihak lawan. Keputusan pasti tidak akan sama jika beliau lalai atau melakukan kesilapan dalam tugas tersebut. Sudah ternyata sekali Koscielny adalah pemain terbaik Arsenal pada perlawanan tersebut dan diharap beliau dapat meneruskan aksi yang cemerlang ini secara konsisten pada perlawanan seterusnya.



Sunday, September 19, 2010

Sangat mengecewakan, itu lah perasaan yang dirasai oleh setiap orang yang berkaitan dengan Arsenal FC. Baik dari penyokong, pemain, jurulatih, physio, pengurus, CEO hinggalah pengerusi. Bukan kerana keputusan seri adalah keputusan teruk, tetapi yang menyedihkan adalah apabila Arsenal hampir mendapat tiga mata penuh terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Kesebelasan utama yang diturunkan

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Nasri - Chamakh - Arshavin

Pada perlawanan awal pagi tadi, Arsenal berada didepan se-awal minit ke-13 hasil dari usaha Fabregas yang cuba memberikan tekanan kepada Anton Ferdinand. Ianya berkesan apabila clearance Ferdinand terkena kaki Fabregas dan melantun kedalam gawang Sunderland dari jarak 30 meter. Walaupun gembira dengan jaringan gol pelik tersebut, ianya telah menyebabkan Fabregas mengalami kecederaan hamstring.

Alex Song perlu lebih fokus kepada tugas defensive midfielder
Pada minit ke-29, Fabregas terpaksa dikeluarkan kerana bimbang kecederaan yang dialami akan menjadi lebih teruk. Beliau telah digantikan dengan Tomas Rosicky yang menyambung tugas sebagai ketua pasukan. Tiada aksi menarik yang dipamerkan oleh Arsenal selepas itu dan Sunderland dilihat lebih banyak menguasai kawalan bola dan banyak melakukan serangan berbanding the Gunners.

Separuh masa kedua nampak lebih seimbang dimana kedua-dua pasukan saling melakukan serangan. Pada minit ke-55 Alex Song dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua atas kesalahan menghalang Steed Malbranque. Walaupun rentak permainan Arsenal tidak terjejas tetapi ianya akan menjadi lebih berkesan jika the Gunners bermain cukup sebelas pemain.

Arsenal sepatutnya telah memastikan kemenangan mutlak apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74 setelah Samir Nasri dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun Tomas Rosicky telah mensia-siakannya apabila beliau menyepak bola tinggi melepasi palang gol. Pada minit terakhir perlawanan, Darren Bent menghukum Arsenal apabila clearance yang cuba dilakukan Clichy terkena Koscielny lantas Bent merembat masuk kedalam gol Arsenal.

Rumusan

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pertembungan dengan Sunderland di tempat lawan adalah sentiasa merumitkan. Keputusan yang sama seperti dua musim lepas dimana jersi Arsenal juga berwarna kuning dan yang membezakannya ketika itu adalah Arsenal yang menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan menerusi tandukan Cesc Fabregas.

Keputusan perlawanan seperti inilah yang akan membuatkan kita semua berkata, "Kalau lah Arsenal menang dengan Sunderland pada awal musim lalu.." apabila cuma satu mata saja yang membezakan pasukan yang menjadi juara liga. Namun ketika itu, tiada guna lagi kita memikirnya melainkan kekecewaan yang tak sudah. Apakah punca Arsenal gagal mendapat tiga mata penuh dan salah siapa?

Ramai pihak yang menyalahkan pengadil dan tidak nafikan memang keputusan pengadil sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan perlawanan ini. Antara keputusan salah yang dibuat oleh pengadil adalah melayangkan kad kuning pertama kepada Alex Song, tidak menghadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Sunderland didalam kotak penalti dan tidak meniup wisel penamat secara tepat.

Adalah normal apabila kita merasa kecewa apabila keputusan pengadil tidak memihak kepada kita namun ada juga ketika keputusan salah pengadil memihak kepada kita. Situasi seperti ini tidak dapat dielakkan maka aku berpendapat memang keputusan pengadil tidak banyak memihak kepada Arsenal, tetapi ianya bukanlah punca utama atas semua ini.

Apa yang dapat aku fikirkan buat masa ini, terdapat dua cara untuk mengatasi masalah pengadil yang sering melakukan kesilapan. Pertama adalah dengan melaksanakan penggunaan tanyangan semula video. Kedua, pihak FA menurunkan pangkat pengadil yang banyak melakukan kesilapan ke liga bawahan untuk beliau menambah pengalaman.

Pada pendapat aku, Arsenal harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal beraksi dengan lebih baik dan banyak melepaskan peluang untuk berada dalam keadaan selesa. Antaranya adalah apabila rembatan jarak dekat yang dilakukan oleh Arshavin tersasar jauh, Chamakh gagal menyudahkan peluang menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dan Rosicky yang menyepak tinggi sepakan penalti.

Walaupun Rosicky gagal menyempurnakan sepakan penalti, beliau tidak seharusnya dikecam kerana sesiapa saja boleh terlepas dari menjaringkan gol sepakan penalti tidak kiralah betapa hebatnya pemain tersebut kerana ianya adalah peluang 50-50. Jadi aku berpendapat pasukan Arsenal secara keseluruhannya patut melakukan lebih baik.

Namun, jika dilihat dari sudut positif, kita boleh nampak benteng pertahanan Arsenal semakin mantap. Pujian harus diberikan kepada Koscielny, Squillaci dan Manuel Almunia yang berjaya menghalang serangan bertali arus Sunderland. Jika mereka tidak beraksi dengan cemerlang, Sunderland mungkin berjaya mengutip tiga mata penuh dengan mudah.

Bagaimana pula dengan Wenger? Sebenarnya aku tidak pasti samada boleh kaitkan dengan Wenger atau tidak. Keputusan Wenger mengekalkan barisan pemain yang sama ketika perlawanan Liga Juara-juara Eropah tempoh hari boleh dikatakan tidak produktif. Ianya boleh menyebabkan pemain keletihan dan tidak dapat beraksi dengan baik.

Walaupun bermain dengan baik ketika dalam melakukan serangan, Alex Song nampak letih dan tidak selincah sebelum ini ketika bertahan. Beliau banyak melakukan kekasaran seteleh terlepas kawalan bola dan hampir mendapat kad kuning lebih awal apabila cuba menyekat pemain Sunderland dengan kaki beliau. Kad Kuning kedua pula akibat beliau menghadang Malbranque dengan badan setelah bola melepasi beliau.

Sementara itu Wilshere pula dilihat hilang punca dibahagian tengah. Apa yang boleh kita harapkan pada pemain berumur 18 tahun dan kurang pengalaman jika beliau dalam keletihan? Seharusnya Wenger melakukan sedikit rombakan pada barisan pemain. Mungkin beliau boleh menurunkan Denilson yang beraksi agak baik berbanding Wilshere. Rosicky berbanding Arshavin dan Eboue berbanding Nasri?

Walau bagaimanapun, aku bukanlah pakar dan Wenger lebih mengetahui pasukan yang diuruskan beliau. Semua ini hanyalah pendapat aku dan boleh jadi juga Wenger buat kesilapan kerana tiada siapa yang sempurna. Lebih elok jika kita tafsirkan ianya adalah salah percaturan dari Wenger. Adat permainan, kadangkala percaturan menjadi dan kadangkala tidak.

Perlu diingat, kita masih diawal musim dan Arsenal harus bangkit dan beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang. Pasukan-pasukan lain juga masih boleh drop points, jadi fokus dan konsentrasi setiap pemain adalah sangat penting agar kekecewaan ini tidak terbawa-bawa ke perlawanan seterusnya.

Aku masih lagi merasakan skuad Arsenal yang ada sekarang masih mampu bersaing untuk merebut sebarang kejuaraan kerana kita masih lagi ada van Persie, Walcott dan Ramsey yang sekarang ini sedang berehat akibat kecederaan. Jadi marilah kita berharap agar mereka cepat pulih dan tidak terus dihantui masalah kecederaan ini.

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Manuel Almunia (8)
Beraksi dengan cemerlang dan tidak banyak melakukan kesilapan dalam percubaan menyelamatkan keadaan.

Bakari Sagna (7)
Beraksi dengan baik.

Sebastian Squillaci (8)
Bertahan dengan cemerlang.

Laurent Koscielny (8) - Man of The Match
Bertahan dengan cemerlang dan banyak melakukan tandukan keluar dan terjahan tepat pada masa.

Gael Clichy (5)
Walaupun berjaya menanduk bola keluar didepan pintu gol, beliau masih melakukan kesilapan yang sering kita lihat. Gol penyamaan Sunderland juga hasil clearance tidak kemas beliau yang terkena Koscielny.

Alex Song (6)
Dilihat sering membantu barisan serangan dengan baik disamping tandukan beliau yang hampir menerjah gawang lawan namun beliau harus melakukan lebih baik ketika bertahan terutama sekali beliau menggalas tugas defensive midfielder. Beliau sepatutnya berhati-hati supaya tidak melakukan kekesaran setelah mendapat kad kuning pertama.

Cesc Fabregas (7)
Kita hanya dapat menyaksikan aksi ketua pasukan ini lebih kurang 30 minit tetapi ianya sudah cukup untuk kita lihat kesungguhan beliau mengasak dan memberi tekananan kepada pemain lawan. Ianya berhasil apabila beliau secara tidak sengaja telah menjaringkan gol tunggal Arsenal.

Jack Wilshere (5)
Lansung tidak menyerlah dan persembahan beliau tenggelam punca pada separuh masa pertama namun berjaya memperbaiki permaianan pada separuh masa kedua.

Samir Nasri (6)
Bukanlah aksi terbaik beliau.

Marouane Chamakh (6)
Melepaskan peluang menjaringkan gol ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol namun semangat melawan beliau haruslah dipuji.

Andrey Arshavin (5)
Persembahan Arshavin musim ini amat membimbangkan kerana aksi beliau tidak konsisten. Pada perlawanan sebelumnya aksi beliau agak teruk pada suatu ketika tetapi berubah pada ketika lain. Namun pada perlawanan ini, persembahan beliau memang sampah!

Tomas Rosicky (7)
Walaupun terlepas sepakan penalti, beliau banyak membantu dalam jentera serangan Arsenal. Menggantikan tugas perancang dengan baik.

Denilson (6)
Sekurang-kurangnya persembahan beliau lebih baik dari Wilshere pada perlawanan ini.

Video Highlights

Saturday, September 18, 2010

Salah satu video mesti tonton oleh setiap fans Arsenal. Ianya mengimbas kembali jasa ketua pasukan kita, Cesc Fabregas kepada kelab yang kita semua cintai ini. Oklah, sebelum aku buat lagi ayat yang tak bleh blah, baik korang layan video menarik kat bawah ni. Kredit kepada bino kerana berkongsi link.



p/s: muzik background video ni buat aku rasa syahdu.

Perlawanan menentang Sunderland ditempat lawan adalah perlawanan yang sentiasa merumitkan ditambah lagi dengan skuad Arsenal yang beraksi pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah pada hari Rabu lepas bakal berentap dengan skuad Sunderland yang tidak mempunyai sebarang perlawanan pada pertengahan minggu.

Fabregas menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan pada dua musim lepas
Pada musim lepas Arsenal tewas kepada Sunderland 1-0 hasil jaringan Darren Bent dan pada musim sebelum itu, the Gunners hampir juga tewas namun berjaya diselamatkan oleh tandukan Cesc Fabregas pada minit-minit terakhir perlawanan separuh masa kedua untuk menjadikan keputusan seri 1-1.  Jadi marilah kita berharap agar perkara yang hampir sama tidak berulang lagi.

Arsenal perlu berhati-hati walaupun menjaringkan banyak gol  pada perlawanan sebelumnya dan masih belum tewas musim ini, tidak mustahil bakal dikecewakan oleh Sunderland seperti musim lepas yang mana mereka berjaya menyekat kemaraan Arsenal yang masih belum tewas sebanyak 13 perlawanan ketika itu. Maka setiap pemain perlulah fokus dan mengekalkan konsentrasi masing-masing.

Diharap kekecewaan yang sama tidak terjadi seperti musim lepas
Kecederaan Vermaelen yang masih belum pulih bakal melihatkan tiadanya perubahan dibarisan pertahanan seperti perlawanan Liga Juara-juara Eropah tempoh hari. Persembahan baik Wilshere pada perlawanan tersebut juga akan mengekalkan tempat beliau sementara Nasri baru sahaja pulih dan diturunkan Rabu lepas mungkin akan direhatkan dan diganti dengan Rosicky.

Barisan kemungkinan pagi ini

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Rosicky - Chamakh - Arshavin

Simpanan: Fabianski, Gibbs, Djourou, Eboue, Denilson, Nasri, Vela 

Dalam berita lain, pemain pertahanan Sunderland, Anton Ferdinand dan pengurus pasukan beliau, Steve Bruce memberi sokongan kepada Arsene Wenger yang sebelum ini dikecam hebat oleh Owen Coyle, Sam Allardyce dan CEO Stoke Tony Scholes selepas menyuarakan pendapat beliau tentang tingkah-laku pemain pihak lawan terhadap pemain Arsenal.

Menurut Ferdinand, tiada siapa yang boleh mempersoalkan tindakan Wenger dan Arsenal bermain bola sepak sebagaimana ianya harus dimainkan. Dalam kenyataan beliau terhadap Wenger:
What he has achieved at Arsenal is unbelievable. I speak to quite a few of the boys at Arsenal, who I know from my time in London, and they have nothing but good words to say about him, about the way he is as a person, the way he is as a coach, as a manager - everything. They haven't got a bad word to say about him.

Beliau turut menambah:
For me, you cannot question Mr Wenger's credentials and the players he buys, the way he does his business. You can't beat that, and it shows in the way they play football. They play football the way football should be played.

Sementara itu Steve Bruce pula mengagumi Arsenal dan cara Wenger menguruskan kelab itu boleh dikatakan hampir layak digelar genius. Ini adalah kerana Arsenal tidak mempunyai dana seperti kelab-kelab lain tetapi masih lagi menjadi pesaing yang digeruni terutama sekali apabila berpindah dari Highbury ke Emirates yang banyak menelan belanja.

Pemain muda berusia 18 tahun ini menegaskan bahawa ketua pasukan beliau tersebut adalah pemain tengah terbaik dunia dan beliau beliau ingin menjadi Cesc Fabregas versi Inggeris. Wilshere percaya dengan terus berlatih bersama skuad the Gunners, ianya dapat membantu mencapai cita-cita beliau tersebut. Beliau turut gembira kerana Wenger menolak tawaran Bolton untuk membawa beliau kembali ke Stadium Reebok.

Wilshere masih lagi diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengekalkan permulaan tanpa kalah musim ini dimana beliau turut sama menyertai perjalanan ke Sunderland hari ini. Beliau seperti telah ditakdirkan untuk menjadi antara pemain terhebat Arsenal setelah menjadi pemain termuda bermain dalam Liga Perdana, dua musim lepas di dalam sejarah the Gunners.

Fabregas sentiasa gembira untuk menurunkan segala ilmu yang ada kepada protege beliau, Wilshere
Beliau kini dilihat berjaya mempamerkan aksi seperti apa yang diharapkan sejak dua musim lepas apabila beliau membantu Fabregas memusnahkan pasukan lawan. Wilshere turut menerangkan bahawa pada musim lepas, beliau terpaksa pergi ke Bolton kerana sudah ramai pemain hebat di Stadium Emirates dan beliau perlu bermain sebanyak yang mungkin.

Kini setelah kembali semula, beliau merasakan lebih kuat dan lebih berpengalaman yang pastinya memudahkan beliau bermain dalam kesebelasan utama. Bermain bersama Fabregas, Arshavin dan Song adakag peluang yang terbaik untuk beliau belajar. Bagi beliau, Fabregas adalah pemain terbaik dunia pada posisi yang beliau mainkan.

Antara kenyataan-kenyataan Wilshere mengenai Fabregas yang disiarkan oleh The Sun UK adalah seperti berikut:
  • Fabregas adalah pemain yang sempurna untuk beliau pelajari dan contohi kerana beliau mahu menjadi seperti ketua pasukan itu suatu hari nanti.
  • Wilshere berpendapat Fabregas melihat kearah beliau dan teringat sewaktu diri beliau pada umur 17 atau 18 tahun. Harapan beliau agar dapat mengikut jejak langkah dan menjadi bagus seperti Fabregas.
  • Fabregas selalu memanggil beliau ke satu tempat dan memberi kata dua pada permainan beliau. Sewaktu sesi latihan dan ketika perlawanan berlansung, Fabregas seringkali memberi kata semangat dan mengarah beliau untuk lakukan sesuatu.
  • Ianya sangat mudah untuk mencari Fabregas di padang kerana ketua pasukan itu sentiasa membuka ruang dengan baik.
  • Fabregas banyak membantu ketika dalam sesuatu perlawanan dan sentiasa berkomunikasi dengan beliau.
  • Fabregas adalah ketua pasukan yang hebat yang juga pemain yang hebat dan ternyata ianya sangat bagus sekali untuk bermain bersama di Arsenal seberapa lama yang mungkin.
  • Fabregas telah memberitahu beliau yang mana beliau tidak akan bermain setiap minggu dan beliau perlu menyusup masuk secara perlahan dan hanya selepas itu, mungkin beliau dapat melibatkan diri dengan lebih banyak aksi kesebelasan utama.
Diharap impian Wilshere ini akan menjadi kenyataan dan siapa tahu beliau bakal mengikut jejak langkah Fabregas sehingga berjaya dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal suatu hari nanti. Apa yang lebih menariknya, Wilshere mempunyai 100% DNA Arsenal!

Thursday, September 16, 2010

Pertama sekali, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog ini. Maaf sebab tak dapat nak kemaskini blog atas sebab kesibukan menyambut hari lebaran yang mulia ini. Bagi perlawanan pagi tadi, aku tak dapat nak buat ulasan secara menyeluruh sebab aku tak tengok pun. Walau bagaimanapun aku akan membuat ulasan secara ringkas berdasarkan video highlights yang aku sertakan kat bawah post ni.

Barisan kesebelasan yang diturunkan

Almunia
Sagna - Squillaci - Koscielny - Clichy
Song
Fabregas - Wilshere
Nasri - Chamakh - Arshavin
(Formation ni aku agak je sebab aku tak tengok game ni live)

Arsenal memulakan permainan dengan baik sekali dan hampir mendapat gol awal apabila Arshavin membuat hantaran kepada Nasri yang kemudian membuat lorongan ketengah untuk disambar Chamakh, namun flick yang beliau cuba lakukan tidak menjadi dan Fabregas juga tidak sempat untuk membuat follow-up bola tersebut. Arsenal sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti apabila Fabregas dijatuhkan didalam kotak penalti namun pengadil tetap meneruskan perlawanan.

Ketua pasukan yang masih menjadi inspirasi kepada setiap pemain
Pada minit ke-9, Chamakh pula dijatuhkan didalam kotak penalti oleh penjaga gol Braga, Felipe. Kali ini pengadil membuat keputusan tepat dengan menghadiahkan sepakan penalti disempurnakan dengan tenang oleh Cesc Fabregas. Kali terakhir Fabregas menjaringkan gol adalah melalui sepakan penalti di Stadium Emirates juga ketika menentang Barcelona musim lepas.

Wilshere hampir menambah gol kedua buat Arsenal apabila hantaran lambung Arshavin kedalam kotak penalti didada oleh Fabregas yang kemudian melantun kearah beliau namun Felipe berjaya menampan dengan baik percubaan tersebut. Gol kedua hadir pada minit ke-30 apabila hantaran Fabregas berjaya dikawal dengan baik oleh Arshavin yang membuat rembatan leret menerjah gawang Braga.

Lima minit kemudian, gol ketiga berjaya dihasilkan apabila Chamakh dan Wilshere membuat hantaran satu dua yang disudahi apabila flick yang dilakukan Wilshere membuka ruang untuk Chamakh menyepak masuk bola didepan pintu gol Braga. Separuh masa pertama tamat dengan Arsenal mendahului Braga 3 - 0.

Pada minit ke-53, Arsenal menambah gol keempat apabila tandukan bebas Fabregas menerjah gawang Braga hasil dari hantaran lintang Arshavin. Ketua pasukan Arsenal ini hampir melakukan hat-trick apabila hantaran satu dua bersama Arshavin membuka ruang untuk Fabregas menyempurnakan jaringan dalam situasi satu lawan satu dengan Felipe, namun bola lambung beliau yang sudah melepasi penjaga gol Braga itu berjaya disepak keluar oleh pemain pertahan Braga, Moises.

Arsenal membuat pertukaran pada minit ke-63 dengan mengeluarkan Chamakh dan Song yang diganti oleh Vela dan Denilson. Arshavin hampir menjaringkan gol kedua beliau apabila hantaran Fabregas berjaya dikawal kemas namun rembatan kencang beliau menggegarkan tiang gol Braga.

Carlos Vela meneruskan penyudahan cemerlang beliau pada perlawanan hujung minggu lepas apabila berjaya menjaringkan gol kelima Arsenal. Hantaran through ball Arshavin membuka ruang untuk Vela membuat lambuang ringkas melepasi Filipe pada minit ke-69. Vela sekali lagi mengena sasaran apabila hantaran Fabregas berjaya disempurnakan dengan baik untuk gol keenam Arsenal pada minit ke-84.

Rumusan

Cesc Fabregas membuktikan bahawa beliau tetap komited kepada Arsenal apabila ketua pasukan ini bertindak sebagai perancang utama dengan baik sekali. Beliau bukan sahaja merancang dua gol malah turut menjaringkal dua lagi dan hampir-hampir menghasilkan hat-trick pertama beliau musim ini. Fabregas kembali dengan aksi cemerlang seperti musim lepas lantas menepis segala spekulasi yang mengatakan beliau sudah tidak bersemangat untuk beraksi untuk the Gunners.

Andrey Arshavin pula yang banyak terlepas peluang pada Sabtu lepas nampak lebih tajam dimana beliau berjaya menjaringkan satu gol dan satu percubaan beliau juga terkena tiang gol. Beliau turut merancang dua lagi gol Arsenal. Sementara itu Chamakh dan Wilshere juga banyak memainkan perananan penting dalam kemenangan bergaya pagi tadi. 

Seorang lagi pemain yang turut menunjukkan peningkatan adalah Carlos Vela terutama sekali dari aspek penyudahan. Nampaknya Bendtner terpaksa berusaha keras sekembali pulih dari kecederaan kerana Vela dilihat semakin berkeyakinan tinggi dan kurang melepaskan peluang menjaringkan gol. 

Rating Blog Arsenal Nombor Empat

Tiada rating untuk kali ini sebab aku tak tengok aksi setiap pemain dengan teliti.

Video Highlights



Wednesday, September 8, 2010

Mail Online melaporkan Arsene Wenger sedang bercadang untuk mengrekrut seorang lagi pemain yang mempunyai DNA Barcelona. Beliau adalah Oriol Romeu yang baru berusia 18 tahun dan bermain di posisi tengah. Walaupun Romeu adalah pemain tengah yang serba boleh, posisi beliau yang lebih menonjol adalah sebagai defensive midfielder.

Romeu dikatakan bakal menjadi seperti Josep Guardiola pada masa akan datang
Romeu yang bermula dari akademi remaja Barcelona dibawa masuk kedalam skuad utama dan dikatakan bakal mendapat peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama, terutama sekali sebagai back-up kepada Sergio Busquets. Namun kini, peluang beliau menjadi semakin tipis setelah menjadi pilihan ketiga dengan kehadiran Javier Mascherano yang baru dibeli dari Liverpool.

Beliau masih belum berbincang dengan Barcelona untuk melanjutkan kontrak kerana dikatakan sedang menilai pilihan yang ada dan Wenger berpeluang untuk membawa seorang lagi bakal bintang masa hadapan keluar dari Nou Camp menuju ke Stadium Emirates.

Disini juga aku sertakan video aksi pemain muda dari Jepun yang bakal menandatangani kontrak professional bersama Arsenal apabila umur beliau mencapai 18 tahun pada Disember tahun ini. Beliau dilihat mempunyai gaya permainan seperti Cristiano Ronaldo iaitu cuba mengatasi pemain lawan dengan kemahiran teknikal yang tinggi.

Miyaichi sebelum ini dikatakan berada dalam radar beberapa kelab gergasi Eropah seperti Milan dan Ajax, hampir menghadapi masa depan yang gelap apabila kaki beliau patah sewaktu perlawanan percubaan bersama Ajax. Oleh kerana kecederaan tersebut, Milan dan Ajax telah menamatkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat bintang muda tersebut.

Namun setelah berjaya dipastikan kecederaan tersebut tidaklah seserius yang disangka pada awalnya, Arsenal telah membuat langkah awal dengan menawarkan kontrak untuk Miyaichi. Walau bagaimanapun beliau masih belum berjaya mendapat permit kerja untuk membolehkan beliau beraksi di England. Miyaichi hanya dibenarkan berpindah ke England untuk menyambung pelajaran dalam bidang bolasepak.


Tuesday, September 7, 2010

Oleh kerana terpaksa melalui minggu yang agak bosan, beberapa pemain dah bekas pemain banyak meluangkan lebih masa dalam temuramah bersama wartawan. Namun dalam tak sedar, ada sesetengah kenyataan mereka sangat bahlul dan tidak masuk akal.

Kita mulakan dengan si lahanat Adebayor. Beliau percaya dengan pemain Man City yang ada sekarang, ianya bermakna skuad bimbingan Roberto Mancini ini sudah berjaya menandingi kehebatan Arsenal. Selain itu beliau turut merasakan bahawa Man City akan dipandang sebagai skuad yang lebih besar dari Arsenal jikalau mereka berjaya menang sekurang-kurangnya sepuluh perlawanan berturut-turut.

Memang betul Man City dapat beli pemain yang diorang mahukan dengan hanya menabur wang berjuta-juta pound tetapi setiap pemain perlukan keserasian antara mereka untuk mendapatkan rentak permainan yang baik dan ianya tak akan menjadi jika pemain silih berganti. Yang paling tak boleh tahan, menang sepuluh perlawanan berturut-turut dah rasa bagus? Cuba atasi rekod 49 perlawanan tanpa kalah dulu baru boleh dipertimbangkan kehebatan City.

Ini diikuti dengan bekas pemain sayap Chelsea, Arjen Robben. Beliau percaya dengan mendapatkan khidmat Rafael van der Vaart, Spurs kini tiada banyak beza dari Arsenal. Robben turut memuji rakan sepasukan dari Belanda itu dengan mengatakan van der Vaart adalah salah seorang pemain tengah terbaik di Liga Perdana dan mungkin yang paling terbaik.

Baiklah, memang tidak disangkal van der Vaart adalah salah seorang pemain yang sangat berkualiti. Namun ianya tidak bermakna Spurs akan jadi lebih bagus dari Arsenal. Kehebatan sesebuah pasukan tidak bergantung kepada pemain sahaja seperti yang dikatakan oleh Adebayor dan Robben, tetapi taktik yang berkesan serta moral yang tinggi turut menjadi faktor. Lihat pada Inter, tiada Ronaldo dan Messi tapi masih boleh menjuarai Liga Juara-juara Eropah.

Oleh kerana berasa malu aduan mereka tidak dilayan oleh FA, Stoke menghantar wakil mereka Ryan Shawcross untuk membuat kenyataan bagi menutup malu mereka. Shawcross merasakan Wenger ada masalah peribadi terhadap beliau apabila nama beliau disebut dalam kenyataan Wenger berkenaan taktik ragbi yang dipakai Stoke.

Aku rasa tak salah kalau Wenger nak berdendam, kalau lah betul pun. Shawcross memang seorang pemain yang kasar dan lebih teruk lagi, dia sering terlepas dari hukuman berat memandangkan beliau adalah salah seorang bintang muda England. Beliau pernah mencederakan Theo Walcott dan Adebayor sehinggakan terpaksa berehat selama tiga ke empat minggu dan penyebab kaki Ramsey patah.

Beralih kepada bekas penjaga gol Arsenal, John Lukic. Beliau berkata bahawa Wenger sepatutnya perlu dapatkan penjaga gol seperti Jose Reina, Victor Valdes atau Julio Cesar. Menurut beliau, Arsenal bakal menanggung akibat apabila gagal mendapatkan penjaga gol yang berkualiti pada musim ini. Lukic turut menegaskan, George Graham yang juga bekas pengurus Arsenal membelanjakan £1.3 juta untuk David Seaman yang mana rekod perpindahan termahal bagi penjaga gol di Great Britain ketika itu.

Seaman mewakili Arsenal selama 13 tahun dan membuat 405 penampilan dari 1990 hingga 2003
Mungkin benar kata-kata Lukic tersebut namun zaman sudah berubah. Seaman dibeli dari kelab QPR dan kini kebanyakan kelab sudah menjadi kaya. Arsenal mungkin tidak dapat membida Reina, Valdes dan Cesar kerana kelab yang diwakili masing-masing tidak berminat untuk menjual penjaga gol terbaik mereka. Selain itu, mereka juga bukan dalam situasi yang perlukan wang dan mungkin hanya akan mempertimbagkan tawaran jika yang diterima sangat tinggi.

Akhir sekali, Mark Schwarzer masih lagi kecewa kerana tidak dapat menyertai skuad the Gunners musim ini. Namun beliau masih bertindak secara professional apabila tidak mahu berkata apa-apa tentang isu perpindahan ini kerana bimbang akan berkata perkara yang salah yang mampu merenggangkan hubungan beliau dengan Fulham.

Tiada apa yang aku boleh katakan pada Schwarzer melainkan beliau tiada rezeki untuk bermain bersama Arsenal. Walau bagaimanapun, macam mana Schwarzer boleh dipilih sebagai calon pengganti Almunia musim ini jika beliau bakal dipanggil skuad kebangsaan Australia untuk kejohanan Asian Cup di Qatar pada Januari tahun depan? Mungkin ada hikmahnya Almunia masih kekal sebagai penjaga gol Arsenal musim ini.

Sunday, September 5, 2010

Telegraph.co.uk melaporkan bahawa Persatuan Bolasepak England (FA) telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap Arsene Wenger berkenaan aduan yang dibuat oleh Stoke City. Pengurus pasukan Stoke, Tony Pulis sebelum ini telah membuat aduan secara rasmi kerana tidak berpuas hati setelah merasakan mereka dituduh menggunakan taktik ragbi dalam perlawanan bolasepak.

Pengurus berhak suarakan keperihatianan terhadap sesuatu isu asalkan ianya tidak keterlaluan
Menurut peraturan FA, setiap pengurus pasukan dilarang bercakap mengenai pengadil yang bakal mengadili perlawanan tersebut sebelum perlawanan dilansungkan. Ini bagi mengelakkan tindakan pengadil tersebut tidak terpengaruh dari ulasan seseorang pengurus terhadap beliau. Dalam aduan kepada FA tersebut, Wenger dikatakan secara halus menujukan komen beliau terhadap Chris Foy yang mengadili perlawanan menentang Blackburn tempoh hari.

Kenyataan Wenger berbunyi:
It is more rugby on the goalkeepers than football. When you see the way Shawcross kicked Heurelho Gomes, how Robert Huth pushed Gomes in the goal, you cannot say that is football anymore.

Pihak FA telah meneliti kenyataan tersebut dan memutuskan bahawa tiada kes untuk dijawab oleh Arsene Wenger. Mereka percaya Wenger berhak menyuarakan keperihatinan beliau tentang cara pengadilan setiap perlawanan. Selain itu, pihak FA juga tidak menemui kenyataan Wenger pada sebarang masa yang menyebut nama Chris Foy secara umumnya.

Sementara itu, Mirror Football melaporkan Arsenal dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris sedang memerhati rapat penjaga gol muda Dynamo Kiev, Maxim Koval. Pemain berusia 17 tahun tersebut telah bermain pada perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-juara Eropah musim ini menentang Ajax dan dilihat bakal menjadi bintang pada masa akan datang.

Saturday, September 4, 2010

Andrey Arshavin diumumkan sebagai penerima anugerah Zvezda untuk bulan Ogos. Anugerah tersebut adalah lebih kurang sama seperti anugerah pemain terbaik cuma ianya adalah untuk pemain Russia yang tidak kira dimana seseorang pemain itu bermain. Ketua pasukan kebangsaan Rusia itu telah menerima undi sebanyak 46.2% berbanding tempat kedua, Artyom Dzyuba yang hanya menerima 25.5% undi.

Beliau sebenarnya terkejut dengan pengumuman tersebut kerana bagi beliau persembahan beliau setakat ini tidak cukup bagus untuk menerima anugerah tersebut walaupun telah menjaringkan dua gol dari tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris. Walaupun begitu, beliau tidak dapat menamakan calon yang lebih sesuai memandangkan beliau jarang mengikuti perkembangan Liga Rusia disebabkan kesuntukan masa.

Dalam laporan yang disiarkan oleh Sport Express, Arshavin juga mengulas tentang perlawanan menentang Andorra yang akan datang dimana pada pertembungan kali terakhir mereka, beliau dilayangkan kad merah. Arshavin akui ianyakan akan kekal sebagai antara saat paling sedih dalam karier beliau kerana beliau jarang digantung dalam perlawanan penting dan beliau ingat setiap kes-kes tersebut.

Ketua pasukan Russia ini mempunyai sikap panas baran tapi kini lebih tenang dan bersabar
Beliau turut mengulas cara permainan Andorra yang akan membuatkan sesiapa sahaja naik angin kerena mereka banyak menolak dan mencengkam bagi menghalang seseorang pemain beraksi dengan baik. Namun kini beliau sudah banyak pengalaman dalam situasi seperti ini dan berharap tidak jatuh dalam perangkap (yang menyebabkan beliau berang) yang sama. Selama setahun setengah berada di England, beliau banyak berubah - menjadi lebih tenang, professional dan dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Sementara itu cara permainan beliau juga diubah suai sedikit. Ashavin berkata:
As for my football I can say that my style has also altered – it is more effective but less picturesque. I do not remember when was the last time I score a really beautiful goal."

Seperti kita semua tahu Arshavin gemar dan berupaya menjaringkan gol melalui usaha solo beliau. Namun cara sebegitu agak sukar dipaktikkan dalam Liga Perdana Inggeris berikutan kebanyakan pasukan digambarkan seperti meletakkan bas di dalam kotak penalti. Ini kerana pasukan lawan sedar jika mereka tidak mengerumuni kotak penalti sendiri ketika diserang, pemain-pemain Arsenal yang  mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi akan mudah menghasilkan gol.

Friday, September 3, 2010

Seperti yang kita tahu minggu ini tiada perlawanan liga yang berlansung kerana memberi laluan kepada perlawanan pusingan kelayakan Euro 2012. Maka agak sunyi juga lah berita tentang Arsenal buat masa ini. Namun bagi tidak menghampakan bino kawan-kawan yang datang melawat blog ni, aku kongsikan artikel dari Mirror Football yang mana aku terjemahkan ke dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian untuk bahan bacaan kepada sesiapa yang belum membacanya.

Caption gambar diatas bermaksud tersirat. Jangan tersalah anggap.
Squillaci pernah mewakili beberapa kelab ternama di Eropah, beraksi di peringkat tertinggi tetapi nama beliau tidak begitu dikenali ramai. Maka penulis Mirror Football, Chris Bloor menceritakan sedikit sebanyak tentang Sebastien Squillaci yang perlu anda tahu.

1. Sebastien Squillaci dilahirkan di Toulon, Perancis pada 11 Ogos 1980.

2. Beliau memulakan karier bersama kelab kelahiran, Toulon dan tidak lama kemudian menarik minat Monaco yang mengambil beliau untuk bersama mereka pada tahun 1998.

3. Permulaan karier bersama Monaco tidak begitu mudah. Beliau sukar untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan terpaksa bermain dalam pasukan simpanan. Setelah dua tahun bersama Monaco, beliau dipinjamkan ke kelab Ajaccio selama dua tahun.

4. Namun, pada tahun 2002, apabila Didier Deschamps dilantik menjadi pengurus di Stade Louis, Squillaci dipanggil semula untuk beraksi bersama Monaco. Pada waktu itu, beliau dan Gael Givet yang kini mewakili Blackburn Rovers, membentuk gandingan yang mantap pada barisan pertahanan sehinggakan mereka layak ke perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Monaco telah menewaskan Real Madrid dan Chelsea pada peringkat sebelumnya namun tewas pada perlawanan akhir ditangan Porto.

5. Persembahan cemerlang Squillaci telah menarik minat beberapa kelab ternama di Eropah, tetapi Lyon lebih serius dan berjaya mendapatkan khidmat beliau. Lyon yang telah mula mendominasi Ligue 1 sejak alaf baru meneruskan kejayaan mereka selama dua tahun lagi sejak Squillaci menyertai mereka pada tahun 2006. Namun, setelah beliau berpindah ke Sevilla, Lyon gagal mengekalkan kejuaraan liga yang disandang mereka selama tujuh tahun berturut-turut.

6. Ketika bersama Lyon, beliau dilaporkan bertelingkah dengan rakan sepasukan, Hatem Ben Arfa. Ianya bermula apabila Ben Arfa menghina Squillaci di padang. Beliau yang tidak berpuas hati, lalu mendekati Ben Arfa dan berlaku lah pertengkaran diantara mereka dalam bilik persalinan. Mereka berdua kemudian tidak diturunkan pada perlawanan seterusnya dan tidak lagi bersama Lyon selepas kejadian itu. Dijangkakan aksi sengit antara mereka bakal berlaku apabila Ben Arfa dipinjamkan ke Newcastle Utd oleh Marseille.

7. Pada musim panas 2008, beliau meninggalkan negara asal buat pertama kali untuk beraksi di La Liga bersama Sevilla. Di sana beliau berganding dengan rakan se-negara, Julien Escude dibarisan pertahanan.

8. Squillaci sangat agresif, bukan pemain pertahanan yang sebarangan. Beliau bagus di udara, dan bijak bermain dengan taktik. Beliau juga sangat berbahaya dalam kotak penalti lawan dimana beliau pernah menjaringkan beberapa gol dari hantaran set piece.

9. Setakat ini beliau telah membuat penampilan sebanyak 20 kali untuk skuad kebangsaan Perancis. Squillaci tidak dapat banyak peluang untuk menonjolkan bakat besar yang ada kerana Lilian Thuram yang bermain di posisi yang sama asyik kembali dari persaraan.

10. Squillaci adalah sebahagian daripada skuad Perancis yang bermasalah pada kempen Piala Dunia lalu dan telah digugurkan oleh pengurus baru, Laurent Blanc pada perlawanan pertama yang dikendalikan beliau. Walau bagaimanapun, peluang beliau untuk terus bermain dengan skuad kebangsaan masih belum diketahui.

Gambar dari Daryl Booth

Thursday, September 2, 2010

Musim 2010/11 bermula dengan peraturan baru
Bermula dari musim ini, Premier League telah memperkenalkan peraturan yang menetapkan setiap kelab Liga Perdana menyenaraikan 25 pemain serta pemain berstatus 'Home Grown' yang layak untuk beraksi dalam perlawanan liga dan piala di England.

Antara isi kandungan peraturan tersebut:
  • Setiap kelab harus menyerahkan senarai pemain sebelum 5pm pada 1 September setiap musim. Dalam senarai 25 pemain tersebut, pemain yang tidak memenuhi kriteria 'Home Grown' tidak boleh melebihi dari 17 orang. Selebihnya, haruslah pemain 'Home Grown'.
  • Pemain 'Home Grown' bererti pemain yang tidak mengira bangsa atau umur, yang telah didaftarkan pada mana-mana kelab berdaftar dengan Persatuan Bolasepak atau Persatuan Bolasepak Wales untuk jangka masa tiga musim atau tiga tahun, tidak kiralah terus menerus atau tidak, sebelum umur pemain tersebut mencapai 21 tahun.
  • Sebarang perubahan kepada senarai 25 pemain tersebut hanya boleh dibuat pada tempoh jendela perpindahan dibuka.
  • Pemain dibawah umur 21 tahun layak bermain walaupun tidak tersenarai dalam senarai 25 pemain.
  • Bagi musim 2010/11, pemain yang dikira sebagai bawah 21 tahun adalah mereka yang lahir pada atau selepas 1 Januari 1989.
Senarai 25 Pemain Arsenal 2010/11
1. Almunia, Manuel
2. Arshavin, Andrey
3. Bendtner, Nicklas
4. Chamakh, Maroune
5. Clichy, Gael 
6. Denilson, Pereka Neves
7. Diaby, Vassiriki Abou
8. Djourou-Gbadjere, Johan Danon
9. Eboue, Emmanuel
10. Fabianski, Lukasz
11. Fabregas Soler, Francesc
12. Koscielny, Laurent
13. Mannone, Vito
14. Nasri, Samir
15. Rosicky, Tomas
16. Sagna, Bacary
17. Song Bilong, Alexandre Dimitri 
18. Van Persie, Robin
19. Vermaelen, Thomas
20. Squillaci, Sebastien

* Nama yang diterangkan dengan warna oren adalah pemain berstatus 'Home Grown' dan berumur lebih 21 tahun.
* Gibbs, Ramsey, Vela, Walcott dan Wilshere diletak pada senarai pemain bawah 21 tahun untuk menjimatkan senarai 25 pemain.

Pemain bawah 21 tahun
Afobe, Benik
Aneke, Chukwuemeka Ademola Amachi
Angha, Martin Yves
Ansah, Zak Andy
Barazite, Nacer
Bartley, Kyle
Bihmoutine, Samir
Boateng, Daniel
Botelho, Pedro Roberto Silva
Brislen-Hall, George
Bunjaku, Alban
Campbell, James Andrew
Charles-Cook, Reice Jordan
Coquelin, Francis
Cruise, Thomas Daniel
Deacon, Roarie
Eastmond, Craig Leon
Ebecilio, Kyle Stephen Joel
Edge, James Michael
Emmanuel-Thomas, Jay-Aston
Evina, Cedric David
Freeman, Luke Anthony
Frimpong, Emmanuel Yan
Galindo, Samuel
Gibbs, Kieran James Ricardo
Glasgow, Benjamin Luke
Hajrovic, Sead
Henderson, Conor Alan
Hoyte, Gavin Andrew
Lansbury, Henri George
Martinez, Damain Emiliano
McDermott, Sean
Meade, Jernade Ronnel
Miquel-Pons, Ignasi
Monakana, Jeffrey
Monteiro, Elton Almada
Murphy, Rhys Philip Elliot
Nordtveit, Havard
Oldfield Spence-Neita, Nigel Paul
Ozyakup, Oguzhan
Ramsey, Aaron James
Randall, Mark
Rees, Joshua David
Roberts, Philip James
Shea, James
Smith, Steven Robert
Sunu, Gilles
Szczesny, Wojciech Tomasz
Traore, Armand
Vela Garrido, Carlos Alberto
Walcott, Theo James
Watt, Herschel Oulio Sanchez
Webb, Callum Taylor
Wilshere, Jack Andrew
Wynter, Jordan James Cecil
Yennaris, Nicholas

*Nama pemain yang diterangkan adalah pemain dari skuad utama.

Sumber: premierleague.com

Wednesday, September 1, 2010

Jendela perpindahan telah tertutup tepat pada 1 pagi waktu Malaysia sebentar tadi. Penjaga gol baru yang diharapkan oleh ramai penyokong Arsenal tidak kunjung tiba. Maka Manuel Almunia akan terus kekal sebagai penjaga gol utama the Gunners untuk musim ini. Sementara itu Armand Traore telah dipinjamkan ke Juventus dan Nacer Barazite ke Vitesse Arnhem sehingga penghujung musim ini.

Traore mencuba nasib di Serie A
Traore dikatakan telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Juventus dimana mereka diberi pilihan untuk mengikat beliau secara kekal setelah tamat musim 2010/11. Ini bermakna, Traore masih lagi akan kembali ke Stadium Emirates jikalau persembahan beliau di Serie A tidak begitu meyakinkan seperti yang pernah terjadi kepada Phillipe Senderos yang dipinjamkan ke AC Milan dua tahun lalu.

Berbalik kepada kisah penjaga gol, Almunia kini mampu menarik nafas lega setelah Wenger gagal mendapatkan pengganti beliau. Walaupun masih tidak yakin dengan persembahan yang ditunjukkan, kita tiada pilihan lain melainkan terus memberi sokongan sambil berharap beliau dapat memperbaiki kelemahan yang nampak ketara musim lepas. Jika Eboue boleh lakukan, tidak mustahil Almunia juga boleh lakukan yang sama.

Tak ada guna untuk kita luahkan rasa tidak puas hati, mencerca ataupun meminta agar Arsene Wenger mengundur diri. Beliau sudah cuba sedaya upaya untuk membawa penjaga gol baru tapi malangnya tidak berhasil. Sebab utama pembelian ini gagal adalah kerana Fulham gagal mendapatkan pengganti Schwarzer dan lebih malang lagi apabila penjaga gol pilihan kedua mereka pula tercedera.

Sebenarnya Arsenal hampir berjaya dapatkan Schwarzer apabila Fulham melihatkan Shay Given yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk berpindah dari Man City sebagai calon yang sesuai untuk mereka. Peluang mereka juga sangat cerah kerana Given dan Hughes pernah bekerja bersama di Man City. Namun ianya lenyap apabila Given menyatakan hasrat untuk terus kekal di Stadium City of Manchester dan berjuang untuk dapatkan kembali status penjaga gol utama.

Kenapa Given yang sebelum ini beria-ria nak tinggalkan City mengubah fikiran beliau? Ini adalah kerana beliau telah ditawarkan kontak baru oleh City. Walaupun tiada laporan rasmi dikhabarkan, ianya tidak mustahil kerana City sememangnya tidak mahu Given pergi dan dengan sumber keewangan yang tiada batasan, mereka mampu untuk membayar gaji yang mahal walaupun untuk pemain simpanan.

Pasti ramai yang masih salahkan Wenger berkenaan situasi ini. Antara persoalan yang timbul adalah:

Ada pihak mengatakan Fulham sebelum ini meminta £4 juta untuk Schwarzer. Kenapa Wenger tak mahu ikutkan harga yang ditetapkan Fulham?
Mungkin Wenger merasakan harga sebanyak itu tidak berpatutan untuk pemain yang berusia 37 tahun tersebut. Schwarzer dan Almunia tiada banyak bezanya, tapi mungkin kerana Almunia kerap melakukan kesilapan musim lepas, reputasi beliau jatuh merundum. Tambahan pula, Schwarzer telah secara rasmi meminta untuk dipindahkan. Jadi mahu atau tidak, Fulham terpaksa melepaskan pemain tersebut dan cari pengganti. Nasib tidak baik dan perkara yang telah diterangkan diatas terjadi, perpindahan ini tidak dapat menjadi kenyataan.

Kenapa tak Arsenal yang dapatkan Given?
Man City tidak akan lepaskan salah seorang pemain terbaik mereka menyertai pasukan yang dianggap pencabar terdekat. Ini secara tidak lansung memperkuatkan lagi pasukan lawan mereka.

Selepas musim lepas tamat, Wenger ada masa tiga bulan untuk mencari calon penjaga gol baru. Kenapa hanya tertumpu pada Schwarzer?
Dalam setiap perpindahan, persetujuan kelab dan pemain diperlukan. Jika sesebuah kelab lansung tidak mahu menjual pemain mereka atau meminta harga yang tinggi, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan pemain tersebut meminta untuk dipindahkan. Walau bagaimana pun ianya masih terpulang kepada kelab itu sendiri. Jika mereka tetap berdegil, tiada apa yang boleh dilakukan pemain tersebut berikutan masih terikat dengan kontrak. Namun mereka terpaksa berhadapan risiko pemain yang tidak gembira. Dalam satu lagi senario, kelab telah bersetuju namun pemain itu sendiri pula tidak mahu berpindah. Aku yakin Wenger sudah cuba cari sasaran lain namun salah satu dari situasi seperti ini yang menjadi halangan.

Namun, jawapan-jawapan yang diberikan diatas adalah salah satu kemungkinan. Apa yang terjadi sebenarnya, cuma Wenger sahaja yang tahu. Siapalah kita nak mempersoalkan Wenger. Beliau berpengalaman berpuluh tahun dalam bidang bolasepak dan pernah membawa kejayaan gemilang buat Arsenal. Kalau nak team yang sentiasa dapat pemain yang diiginkan, baik sokong Man Utd, Chelsea atau Man City. Sebenarnya ia berbalik kepada persoalan kenapa seseorang itu menyokong Arsenal. Ada orang sokong Arsenal sebab pemain, ada yang suka cara permainan, ada yang sokong sebab Arsene Wenger, ada pula yang ikut kawan dan macam-macam lagi.

Sementara itu, Alexander Hleb telah menyertai Birmingham City melalui perjanjian pinjaman dari Barcelona. Malas nak cakap banyak sebab aku pasti korang semua pun tahu apa masalah mamat ni.

Ryo Miyaichi pula telah ditawarkan kontrak untuk menyertai Arsenal walaupun beliau sedang menjalani pemulihan akibat patah kaki ketika beraksi dalam sesi percubaan bersama Ajax. Kecederaan itu dikhabarkan sangat serius sehinggakan Ajax membatalkan hasrat mereka untuk mengikat kontrak pemain muda yang berbakat besar dari Jepun itu. Namun, pakar perubatan Ckukyo High School telah mengesahkan kecederaan tersebut tidaklah seteruk yang disangka sebelum ini. Laporan di Jepun mengkhabarkan Miyaichi akan menandatangani kontrak lima tahun bersama Arsenal setelah umur beliau mencapai 18 tahun bulan Disember ini.

Dalam berita lain, penjaga gol simpanan Arsenal, James Shea telah dipanggil secara mengejut untuk berlatih bersama skuad England setelah Ben Foster dan Scott Carson masih dalam proses pemulihan dari kecederaan. Ini menyebabkan skuad England kurang satu penjaga gol untuk berlatih pada hari semalam. Namun ianya tidak bermakna Shea akan dipanggil untuk membuat penampilan antarabangsa kerana Foster dan Carson dijangka akan pulih sebelum perlawanan pusingan kelayakan menentang Bulgaria hari Jumaat ini.

Untuk kasi korang sedap hati sikit, aku sertakan video 'Almunia the Hero' yang mempamerkan aksi-aksi menarik beliau sebelum ini. Jangan nak kecewa sangat. Bak kata kawan aku, *'bukan semua perkara yang kita nak dalam dunia ni kita boleh dapat'. Refer pada undian yang aku buat, ramai yang memilih Stekelenburg tapi hakikatnya...

*(Ayat ini juga boleh diguna pakai untuk kasi nasihat orang yang baru putus cinta)


p/s: sori kalau ayat tunggang langgang, tak sempat nak double check. Aku dah mengantok gila ni.