Wednesday, August 4, 2010

Di waktu ini, terdapatnya khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Emir Spahic bakal menyertai Arsenal dalam masa kurang dua hari lagi. Ketua pasukan Bosnia yang berumur 29 tahun tersebut dilihat beraksi dengan cemerlang ketika kempen kelayakan Piala Dunia yang mana Bosnia terlepas peluang untuk beraksi di Afrika Selatan apabila tewas pada perlawanan penentuan play-off.

Spahic menjadi target jika gagal dapatkan Mertesacker yang turut dikaitkan dengan AC Milan
Walaupun baru satu musim berpindah ke kelab Montepillar dari Lokomotiv Moscow, pencapaian Spahic setakat ini sangat memberansangkan apabila berjaya membawa Montepillar layak untuk bermain dalam Europa League. Beliau turut menyumbangkan dua gol ketika kempen tersebut. Beliau seperti juga Vermaelen, boleh bermain di posisi pertahanan tengah dan juga kiri.

Emir Spahic dilihat mempunyai kriteria yang diperlukan oleh Wenger iaitu sebagai backup kepada Vermaelen dan Koscielny. Harga untuk mendapatkan beliau juga adalah tidak tinggi berbanding Mertesacker, Tasci, Zapata atau pemain-pemain lain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal. Ini adalah kerana beliau adalah bukan pemain yang ternama dan juga faktor umur beliau yang menjangkaui 30 tahun.

Sementara itu Carles Puyol di dalam blog peribadinya menafikan kenyataan beliau yang disiarkan oleh sesetengah media Inggeris baru-baru ini. Walaupun tidak dinyatakan kenyataan beliau secara spesifik, ramai beranggapan ianya berkenaan kenyataan beliau terhadap Cesc Fabregas. Penafian Puyol yang menyalahkan media Inggeris adalah agak tidak tepat kerana kebanyakan media Inggeris sebenarnya hanya menterjemahkan apa yang mereka dapat dari media Sepanyol.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment