Thursday, August 25, 2011

Bidaan Arsenal untuk meminjam Kaka selama satu musim telah ditolak oleh Real Madrid kerana mereka tidak mahu lagi khidmat playmaker tersebut di Santiago Bernabeu buat selamanya.


Arsenal kini dikatakan sedang terdesak untuk mencari pengganti Cesc Fabregas yang dulunya menjadi nadi di bahagian tengah. Sejak ketiadaan beliau, terutama sekali ketika tewas ditangan Liverpool, barisan tengah Arsenal kurang kreatif dan ketandusan idea, lantas agak sukar barisan serangan untuk menjaringkan gol.

Jelas sekali barisan tengah Arsenal kini terdiri dari pemain muda yang kurang berpengalaman, maka percubaan ini dilihat sebagai usaha Wenger untuk memantapkan barisan tengah yang sangat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari pemain yang berpengalaman luas seperti Kaka. 

Selain itu, kehadiran nama besar seperti Kaka yang juga pernah dianugerahkan World Player of The Year itu akan menampakkan keseriusan Arsenal dalam menamatkan kemarau piala selama 6 tahun ini.

Jose Mourinho dikatakan tidak mahu lagi membayar gaji Kaka sebanyak £153,000 seminggu dan mahu menjual terus dengan harga sekurang-kurangnya £17.5juta.

Akan tetapi Arsene Wenger pula keberatan untuk membuat tawaran sebanyak itu untuk pemain yang sudah hampir berada dipenghujung kariernya.

Selain Arsenal, Paris Saint-Germain dan Sao Paulo juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain yang berusia 29 tahun tersebut.

Sumber: The Mail



Tuesday, August 16, 2011

Wenger tak suka ceritakan hal sebenar pada pihak media..


Diambil dari: Studs-Up

Monday, August 15, 2011

Lebih kurang jam 5 pagi tadi, Arsenal.com telah mengeluarkan kenyataan bahawa Arsenal telah menerima tawaran daripada Barcelona untuk mendapatkan ketua pasukan kita ini. 


Fabregas telah terbang ke Barcelona pagi tadi juga dan jika semuanya berjalan dengan lancar beliau akan disahkan sebagai pemain Arsenal petang ini. Harga perpindahan tidak diumumkan namun dijangkakan hanya dalam sekitar £34juta sahaja.

Berakhirnya tempoh 8 tahun bersama Arsenal, Fabregas menyumbangkan banyak jasa kepada kelab bolasepak ini. Secara jujur aku tak salahkan beliau sebab nak pindah ke Barcelona memandangkan Arsenal yang tak nampak begitu tinggi cita-citanya nak jadi juara.

Jika dibandingkan antara pasukan 'Big 4' atau 'Big 5' jika dikira dengan Man City, Arsenal nampak yang paling lemah jika dilihat dari skuad yang ada sekarang. Pada pendapat aku, Fabregas mungkin akan kekal untuk beberapa musim lagi jika Wenger berjaya yakinkan beliau dengan membina skuad yang mantap. Terutama sekali dengan pembelian pemain-pemain yang berkualiti.

Untuk itu ianya membawa kepada persoalan kenapa Wenger tak beli pemain-pemain yang mampu meningkatkan mutu permainan Arsenal? Bodoh sangatkah Wenger sampai tak tau macam mana nak selesaikan masalah ni? Atau ada masalah lain? Hanya beliau sahaja yang tahu.

Kita tak akan dapat lihat lagi pemain seperti Fabregas bermain untuk Arsenal. Begitu juga dengan Bergkamp, Pires ataupun Henry. Istilah 'New X' sebenarnya tidak boleh dipakai kerana seseorang pemain itu adalah dirinya sendiri dan ada gaya permainannya sendiri.

Terima kasih atas segalanya dan semua kini hanyalah tinggal kenangan. Sedih? sudah tentu tapi Arsenal haruslah terus maju. Makna kata maju tu adalah Arsene Wenger perlu cari pemain baru yang ada kualiti seperti Fabregas.

Ketika perlawanan pembukaan menentang Newcastle tempoh hari nampak jelas bahawa kita kekurangan idea dan kreativiti di bahagian tengah. Ramsey masih perlukan pengalaman manakala Rosicky pula, beliau bermain dengan baik tapi masih tak cukup untuk jadi playmaker terbaik. Kita perlukan bakat luarbiasa hebat seperti Fabregas.

Ok, cerita banyak tak guna. Pendek kata, pencarian pemain untuk gantikan Fabregas harus jadi keutamaan Arsenal sekarang. Kalau tak, memang pasukan ni selangkah kebelakang dari musim-musim sebelumnya.

Kepada sesiapa berjiwa sentimental, boleh lah layan video kat bawah ni.



Tuesday, August 9, 2011

Sejak Januari lagi Alex Chamberlain dikaitkan rapat dengan perpindahan ke Arsenal. Ada juga laporan yang mengatakan Arsenal sudah bersedia untuk dapatkan bintang muda Southampton itu dengan bayaran £10juta pada jendela perpindahan Januari, namun gagal apabila The Saints mahukan sekurang-kurangnya £12juta untuk bintang tersebut.


Kata sepakat akhirnya tercapai semalam apabila Arsenal bersertuju untuk membida Chamberlain dengan harga £15juta dimana Arsenal hanya membayar wang pendahuluan sebanyak £7juta dahulu dan selebihnya bergantung kepada pencapaian pemain tersebut.

Menurut artikel Jamie Sanderson, penulis YoungGuns Blog dan kolumnis Mirror Football, walaupun Alex Chamberlain mempunyai larian yang pantas, bermain diposisi sayap dan dari Southampton, beliau bukanlah klon kepada Theo Walcott.

Chamberlain dikatakan lebih sesuai bermain diposisi tengah dalam taktik 4-3-3 berbanding posisi wide yang selalu menjadi tempat Nasri, Arshavin dan Walcott. Ini kerana beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik disamping mampu membuat hantaran short pass dan long pass dengan tepat.

Pemain yang akan berusia 18 tahun minggu depan ini juga mempunyai kekuatan fizikal yang bagus lantas membuatkan beliau tidak boleh dibuli oleh pemain lawan. Jika terlepas kawalan bola sekalipun, beliau sentiasa mempamerkan semangat dan kesungguhan untuk mengejar bagi mendapatkan kembali bola dari pihak lawan. Selain itu Chamberlain juga boleh menggelecek dengan sangat baik.

Dengan kebolehan yang ada pada Alex Chamberlain ini, Arsene Wenger mempunyai pilihan samada mahu meletakkan beliau pada posisi tengah dimana kekuatan fizikal, visi dan ketepatan hantaran menjadi kelebihan ataupun menggunakan aset kepantasan dan kelajuan di posisi wide.

Namun kita tidak boleh mengharapkan Alex Chamberlain memberikan impak serta merta memandangkan beliau masih muda dan perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan Arsenal.

Pembelian ini dilihat menjadi langkah baik bagi mengetengahkan bakat pemain Inggeris yang dikatakan kentandusan pelapis. Kelab lain yang mengambil langkah yang sama pada musim ini adalah Man Utd yang mendapatkan Phil Jones dan Liverpool yang mendapatkan Jordan Henderson. Kedua-dua pemain ini dibeli dengan harga £16juta.

Arsene Wenger juga dikatakan sedang berusaha membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan bagi memantapkan skuad Arsenal musim hadapan yang akan bermula minggu depan.