Sunday, January 23, 2011

Arsene Wenger diberitakan berjaya mempengaruhi satu lagi prospek terhebat England pada masa ini yang berumur 17 tahun untuk sertai Arsenal. Alex Oxlade-Chamberlain dikatakan telah melawat padang latihan Arsenal pada Jumaat lepas untuk bertemu Wenger dan akan menandatangani kontrak bernilai £10 juta selepas perbincangan dengan CEO Ivan Gazidis pada Rabu lepas.

Satu lagi produk bermutu keluaran Southampton selepas Theo Walcott
Alex Chamberlain yang bermain untuk Southampton sudah lama diperhatikan oleh kebanyakan kelab liga perdana termasuk Manchester City, Liverpool dan Newcastle United. Namun, rekod Arsenal yang berjaya mengembangkan karier Theo Walcott yang mana turut dibeli dari Southampton ketika usia remaja dan bintang Wales iaitu Aaron Ramsey, meyakinkan keputusan beliau tersebut.

Arsenal masih belum memutuskan yuran perpindahan namun Southampton tidak akan menghalang perpindahan Chamberlain ini. Difahamkan, tawaran dibuat dengan bayaran pendahuluan sebanyak £7 juta dan diikuti dengan bayaran tambahan apabila pemain England bawah 18 tahun itu berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.

Hanya tawaran diminit-minit akhir dari Manchester City sahaja yang mampu menggangu perpindahan Chamberlain ke Stadium Emirates namun anak kepada bekas pemain sayap England iaitu Mark Chamberlain dan penasihat beliau hanya akan memilih kelab yang mereka rasakan terbaik yang dapat membantu perkembangan pemain berbakat besar tersebut.

Jika perpindahan ke Arsenal menjadi kenyataan, Chamberlain mungkin akan dipinjamkan kembali kepada Southampton sehingga tamat musim. Beliau telah membuat penampilan pertama dalam League One sebagai pemain gantian pada Mac tahun lepas ketika berumur 16 tahun dan 199 hari yang menjadikan beliau pemain kedua termuda dalam sejarah kelab selepas Walcott.

Chamberlain dikatakan mempunyai visi yang luas dan mampu membuat pelbagai jenis hantaran yang menarik. Selain itu beliau juga mewarisi kepantasan dari bapa beliau yang pernah membuat lapan penampilan bersama England ketika bermain untuk Stoke City pada tahun 80an. Ramai juga yang mengatakan gaya permainan beliau seakan-akan Theo Walcott malah ada yang mengatakan beliau lebih hebat dari pemain sayap England ini. 

Apa-apa pun, Chamberlain masih lagi mentah dan diharap Wenger dapat membentuk beliau agar menjadi bintang yang terkemuka satu hari nanti.

Laporan: Daily Mail



Tagged: ,

2 comments: