Thursday, August 26, 2010

Kemungkinan dua seteru lama ini bakal bertemu sekali lagi dalam kempen Liga Juara-juara Eropah musim ini adalah tidak mustahil. The Sun UK hari ini menghangatkan suasana bersempena cabutan penentuan peringkat kumpulan pada malam ini dengan melaporkan kemungkinan Arsenal dan Real Madrid bakal berada dalam kumpulan yang sama. Ini adalah kerana Real Madrid berada dalam balang cabutan yang berlainan dan tidak terdiri dari pasukan yang diberikan keutamaan.

Mourinho pernah melabelkan Wenger sebagai 'voyeur' kerana selalu mengintai isteri beliau mandi
Mourinho pada awal minggu ini telah membuat serangan psikologi terhadap Wenger dan Arsenal dengan mengeluarkan kenyataan bahawa the Gunners masih belum cukup bagus untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris jika dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd atau Man City yang mana mempunyai skuad dan sumber keewangan yang lebih stabil. Sudah pastinya akan lebih menarik jika kedua-dua pasukan ini dapat berentap dalam kumpulan yang sama dan lebih manis jika Arsenal berjaya menyebabkan Real Madrid tidak layak ke pusingan seterusnya.

Dalam cabutan untuk menentukan peringkat kumpulan, Arsenal, Chelsea, Man Utd, Barcelona, Inter Milan, Bayern Munich, AC Milan dan Lyon adalah pasukan yang diberikan keutamaan dan diletakkan di dalam balang cabutan yang sama. Ini bermakna pasukan-pasukan ini tidak akan bertemu sesama mereka dalam peringkat kumpulan. Tiga kelab Inggeris diberikan keutamaan kerana penglibatan mereka yang cemerlang sejak beberapa tahun yang lepas.

Sedikit fakta cabutan Liga Juara-juara Eropah musim ini:
  • Cabutan peringkat kumpulan musim ini berlansung di Monaco lebih kurang pukul 11 malam nanti.
  • Sebanyak 32 pasukan diasingkan dalam empat balang dimana terdapat lapan pasukan dalam setiap balang berdasarkan persembahan mereka sejak lima tahun lepas dan dari mana negara asal mereka.
  • Tiada pasukan dari balang atau negara yang sama akan diletakkan dalam kumpulan yang sama.
  • Perlawanan diasingkan diantara hari Selasa dan Rabu supaya tiada dua pasukan dari negara yang sama  akan bermain ditempat sendiri pada hari yang sama.
  • Lima pasukan British layak dalam kempen kali ini dimana Arsenal, Man Utd dan Chelsea berada dalam balang nombor 1 manakala Spurs dan Rangers dalam balang nombor 3.
  • Barcelona adalah pasukan yang berada kedudukan teratas dalam kejohanan ini manakala juara liga Turki, Bursaspor adalah yang paling bawah.
  • Pada tahun lepas, sebanyak £610.96 juta telah diagihkan kepada setiap kelab berdasarkan persembahan mereka dan wang hasil penyiaran di kaca televisyen.
  • Pada peringkat kumpulan sahaja setiap pasukan bakal menerima £11.6 juta. Ianya belum termasuk dengan bayaran £650,000 jika sesebuah pasukan itu menang dan £320,000 jika seri.

Tagged: ,

2 comments:

  1. apa yg dikatakan mourinho ada benarnya..raja psiko ni mmg bijak dgn taktikalnya walau dgn team manapun yg dipimpin..sesuailah dgn keangkuhannya..

    ReplyDelete
  2. dia bukan je pandai psiko team lawan. team sendiri pn kena psiko ngan dia. tu sebab porto yg tahapehape dulu bleh menang. jampi apa la yg mourinho ni pakai agaknya..

    ReplyDelete