Monday, August 30, 2010

Jack Wilshere telah ditahan polis pada awal pagi Ahad kerana dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan. Walau bagaimanapun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan beliau diambil. Menurut jurucakap pemain berusia 18 tahun itu, Wasserman Media Group menegaskan dalam satu kenyataan bahawa Wilshere tidak akan menghadapi apa-apa dakwaan kerana beliau dikatakan cuba menjadi pendamai dalam pergaduhan tersebut.

Wilshere sememangnya nampak agresif diatas padang
Telegraph.co.uk telah menyiarkan kenyataan tersebut yang berbunyi:
Jack Wilshere was arrested by police in the early hours following a fracas but was released on bail later. The police have made it very clear that he is an important witness to the incident and played the role of peacemaker and is unlikely to face any charges as a result. Jack has made it very clear he will co-operate fully with the police investigation.

Menurut sumber beberapa blog Arsenal, pergaduhan yang berlaku ditepi jalan itu telah menyebabkan seorang perempuan patah tangan dan seorang lelaki cedera ringan dibahagian muka. Sehingga kini punca sebenar pergaduhan tersebut masih belum diketahui. Mungkin Wilshere cuba jadi hero dengan menumbuk muka lelaki yang berkasar dengan perempuan tersebut atau mungkin juga lelaki tersebut ditumbuk kerana cuba masuk campur dalam pertengkaran beliau dengan perempuan yang dinyatakan.

Sementara itu Arsenal.com mengesahkan Theo Walcott dan Keiran Gibbs telah dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan England dalam kempen pusingan kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland awal September ini. Gibbs membuat penampilan pertama diperingkat antarabangsa ketika perlawanan persahabatan menentang Hungary awal Ogos lalu manakala Wilshere yang turut sama pada perlawanan tersebut telah disenaraikan dalam skuad bawah 21 tahun.

5 comments:

  1. tahniah kpd walcott n gibbs krn dpt main utk england.. jgn nanti injured dh..
    tahniah juga kpd wilshere krn tlh mnjadi wira pendamai naga jurus 8 di sempena hari pahlawan ini..

    ReplyDelete
  2. wilshere patut transfer kan energy yang dia ada dlm game. jgn kasi member2 kena buli.

    ReplyDelete
  3. player kita ni byk sgt nilai murni, kene sepak terajangpun senyum lg bleh lg nk salam cium tgn..kesal gak kdg.. nak2 si vela tu, igt lg kena buli ngan diamanti lwn west ham musim lps, piala FA x silap..rilek je x buat apa2..mmg kena profesional tp kalau dh tahap kasar gaban cantu xkan nk profesional lg..kita yg tgk ni skt ati dia bleh sadin je..bila dh patah riuk baru nk huru hara.. kalu zaman invincible dlu org nk rebut bolapun fikir dlu, tgu potong bola passing je.. skrg ni kalu ada yg berani sikitpun song je lah..

    ReplyDelete
  4. nak wt camne awe, vela tu mmg tak suka keganasan.. hati selembut sutera.. takpe, skang dah ada wilshere. bdk ni bleh backup.

    ReplyDelete
  5. hehe betul tu wishere bleh back up tp wilshere jg sukakan kedamaian..mmg dia berani tp org x takut mslhnya.. kalu dpt mcm viera tu bagus,bleh jd abg utk protect yg lain sehingga makhluk mcm roy keanepun dia layan selamba je.. bkn utk brgaduh, tp buatkan pasukan lwn jd gerun jg adlh faktor kejayaan pasukan..

    ReplyDelete