Tuesday, August 17, 2010

Walaupun dipilih sebagai penjaga gol utama Arsenal untuk musim ini, Manuel Almunia merasakan agak sukar untuk menumpukan perhatian dalam menjalankan tugas beliau berikutan spekulasi tentang penghijrahan penjaga gol baru yang bakal menggantikan tempat beliau semakin tidak terbendung.

Menurut laporan ESPNSoccernet, Almunia dipetik berkata:
"To be honest, it is so difficult to concentrate because Arsenal is a big club and speculation is always in the news and everywhere. The only thing I can do is keep working because I have a contract here and I have to do what the manager wants from me. I have not spoken to him."

Spekulasi ini menjadi semakin hangat apabila lagenda yang juga bekas penjaga gol Arsenal dan England, David Seaman mengeluarkan kenyataan bahawa Arsenal perlu membeli seorang penjaga gol pada musim panas ini dan berharap ianya adalah Mark Schwarzer atau Shay Given.

Dalam temubual bersama talkSport.co.uk, beliau dipetik berkata:
"Lukasz Fabianski has a great future, but I think Arsenal need to look at bringing in a 'keeper who's going to calm the defence down and be consistent. Neither keeper [Almunia or Fabianski] ended last season very well so the speculation to going to be there. And if the likes of Schwarzer and Given are available, then I think Arsene Wenger has to be looking at them."

Almunia merasakan sukar untuk menyertai mana-mana pasukan di England selain Arsenal
Namun apabila ditanya tentang masa depan beliau di Stadium Emirates, Almunia akan mempertimbangkan tawaran yang diterima. Beliau berkata:
"If somebody comes in, I will have to talk about my future at Arsenal. That is it. I cannot talk now, because the talking would be for nothing. I don't see anything else outside of Arsenal. It will be very difficult to play for another team in England if it wasn't Arsenal. Spain would also be difficult."

Pada pendapat aku, Wenger sedar akan masalah penjaga gol Arsenal dan sedang bekerja keras dibelakang tabir untuk membawa calon penyandang jersi nombor 1 yang sesuai. Adalah kurang bijak jika beliau membuat sebarang ulasan atau memberi hint tentang isu ini sebelum ianya dapat diselesaikan. Inilah sebabnya Wenger sentiasa menafikan atau tidak memberi sebarang ulasan bila ditanya tentang situasi penjaga gol Arsenal kerana bimbang akan mempengaruhi konsentrasi pemain terbabit.

Tagged: ,

4 comments:

  1. gila gua sayang almunia!
    1 season lpas bg aku dia on form.
    tp yg wat kabut is toure and gallas.

    ReplyDelete
  2. almunia performance dah drop. 2 season lepas hampir2 nak kena panggil jadi keeper England

    ReplyDelete
  3. hahah ,lu sayang almunia.nnt dia jadi almunium pulakk.
    cari keeper yg lain yg bengis2.muke ketat, garang..

    ReplyDelete
  4. Tu la. Pasal keeper tu xtau nk kata ape lg. Kalo nk kutuk pn dh tak guna.

    ReplyDelete