Friday, August 13, 2010

Arsene Wenger telah menyerap lima pemain simpanan ke dalam skuad utama. Mereka yang baru 'naik pangkat' tersebut adalah Emmanuel Frimpong, Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury, Havard Nordtveit dan Craig Eastmond. Namun begitu, hanya Frimpong sahaja dijangka bakal mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan liga sementara yang lainnya mungkin akan digunakan untuk perlawanan FA dan Carling Cup atau bila terdesak sahaja.

Frimpong bakal memberi saingan pada Alex Song pada masa hadapan
Sementara itu, jurulatih skuad England bawah 19 tahun telah memanggil tiga pemain pemain muda Arsenal iaitu tak lain dan tidak bukan Emmanual Frimpong, Benik Afobe dan Nico Yennaris untuk perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Ketiga-tiga pemain tersebut sebenarnya bukanlah berketurunan Inggeris tetapi layak mewakili England kerana mereka telah lama menetap di United Kingdom.

Emmanuel Frimpong adalah berketurunan Ghana dan sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mewakili pasukan kebangsaan tempat asal usul keturunan beliau itu. Namun begitu, beliau masih boleh membuat pilihan untuk mewakili mana-mana pasukan kebangsaan kerana masih belum dipanggil untuk mewakili pasukan senior. Sementara itu Afobe berketurunan dari Congo dan Yennaris dari Greece. 

Laporan asal: YoungGunsBlog

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment