Monday, February 14, 2011

Arsene Wenger percaya Dragan Stojkovic atau nama manja beliau Piksi, adalah calon yang sesuai untuk menjadi pengganti beliau apabila beliau bercadang untuk bersara menjadi pengurus Arsenal kelak. Stojkovic adalah pengurus yang berasal dari Serbia dan berumur 45 tahun. Pada musim lepas beliau berjaya membawa Nagoya Grampus Eight menjuarai J-League dan turut dinamakan J-League Manager of The Year.

Bakal pengurus Arsenal pada tahun 2014?
Hubungan baik antara Wenger dan Stojkovic sudah lama terjalin sejak tahun 1995 lagi. Ketika itu Stojkovic merupakan penyerang Nagoya yang diuruskan oleh Wenger. Sehingga kini Stojkovic masih lagi datang ke London sekurang-kurangnya sekali setahun untuk bertemu proffessor bola sepak ini. Dalam pertemuan tersebut, mereka berborak dan sering menguji kepandaian masing-masing.

Wenger turut memuji protege beliau itu kerana berjaya membawa Nagoya menjadi juara yang mana beliau gagal lakukannya meskipun mempunyai Stojkovic yang pernah memenangi pemain terbaik di liga Jepun ketika itu. Bercakap kepada akhbar Serbia, Vecernje Novosti, Wenger memberitahu bahawa terdapat 100 sebab kenapa Stojkovic boleh berjaya di Liga Perdana Inggeris.

Beliau dipetik berkata:
I’d love Piksi to be my successor There are a hundred reasons for that. His football philosophy is almost identical to mine. Our ideas are the same and we both strive for perfect football. I knew he was going to have his teams playing attacking football with many passes. He has done that, showing he will be a great coach. I told him that if he could transmit his football imagination to his players he would fly high.

Pada bulan Ogos tahun lepas, Wenger telah menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun yang akan mengekalkan beliau di Stadium Emirates hingga 2014. Beliau yang akan berumur 65 tahun pada ketika itu dipetik berkata:
At 65 I will certainly move to some different job, unless I still feel like I feel today.

Aku tak kisah Wenger syorkan Stojkovic jadi pengganti asalkan beliau dapat kekalkan permainan menarik Arsenal seperti sekarang. Kalau bab falsafah dari segi taktik dan corak permainan meraka tu sama bagus lah, cuma kelainan yang aku harapkan adalah beliau lebih berani untuk melaburkan wang dalam pembelian pemain.

Tagged:

13 comments:

  1. corak permainan bagus??? aku tak suke cara arsenal main cantik tapi dah 6 tahun x de trofi bai..,,aku sarankan wenger kene ikut gaya BPL..,,gaya MU dan chelsea...,corak permainan defensif dan taktikal bukan beautiful football..!!!
    jgn pertikaikan pendangan aku..,,jika arsenal mahu juara arsenal kene ikut cara taktikal sbb kebanyakkan team BPL main corak taktikal.,,.

    ReplyDelete
  2. @zizie aku tak nafikan setiap org berhak dgn pandangan masing2.

    berdasarkan komen ko, ini pulak pendapat aku. setiap taktik atau corak permainan ada kelebihan dan kelemahan masing2. kalau taktik wenger tak berkesan, masakan kita boleh menang double 2 kali dan jadi invincible. buat apa kita nak ikut gaya MU dan Chelsea. Arsenal ada identiti sendiri dan jadi juara dengan gaya tersendiri. kita bukan pasukan yg baru nak naik seperti Man City atau Spurs yang perlu tiru cara pasukan lain utk jadi juara. bagi aku taktik wenger dah bagus cuma set pemain yang ada skang yang kecewakan dia. pemain2 yg ada skang masih mentah walaupun umur dah meningkat dewasa. ini kerana tiada pemain yg berpengalaman yg membimbing mereka selama ini. mungkin salah wenger sbb lepaskan pemain2 berpengalaman secara mendadak. lg satu owner man u dan chelsea ada resource yg byk, so xleh nak compare gak.

    akhir sekali pasal trofi dah 6 taun xde tu aku xleh nak kata apa. mungkin taun ni dpt la satu. bukan senang jadi fans arsenal, pasukan kuat dan ada reputasi, so expectation tinggi. cuba ko jadi fans spurs @ man city, bertaun2 tak menang piala pn takpe, takde org nak bising sbb pasukan takde reputasi. at the end, ianya bergantung sbb apa ko sokong arsenal ni. ada byk sbb aku sokong arsenal dan salah satunya aku suka corak permainan arsenal dan bukan sbb arsenal pasukan yg kuat boleh menang trofi tiap2 musim.

    jgn pulak ko anggap aku anti ko. ianya cuma pendapat aku dan aku alu2kan sapa2 saja komen setiap post aku supaya kita boleh berkongsi-kongsi pendapat. atleast, xde la aku rasa post aku boring sampai xde org nak komen. thanks

    ReplyDelete
  3. ko sokong arsenal bukan sebab pasukan arsenal boleh menang trofi tiap2 musim.??..,,..Abis, ko sokong arsenal sbb main cantik.???.Ape ni bai...main bola nk kan trofi...nk juara...mne ade kelab main bola sepak tak nk trofi...profesional sikit bai pemikiran ko tu..

    Sebab kebanyakkan pemain2 mudalah team arsenal seolah-olah arsenal team baru mcm budak baru lahir kat dunia ko tau...

    Aku setuju pendapat ko yg AW lepaskan pemain2 berpengalaman secara mendadak...Kalau tak, tak mungkin arsenal akan kemarau trofi 6 tahun bai..lame bai nk tunggu arsenal juara...dan sampai bile kita nk sokong team yg tak ade trofi ni bai...penat bai sokong..

    lagi satu,saham arsenal patut di jual pada owner yg kaya-raya jika arsenal nk jadi pesaing mcm chelsea dan MAn U..baru arsenal boleh beli pemain top seperti diharap ramai fan2 arsenal.
    Dan AW kene lah beli pemain2 yg berkualiti,kental,badan besar/fizikal yg kuat...Ni tak beli pemain badan mcm budak sekolah..badan lembik mcm sotong..Aduhh..Come On..!!!,,,berfikiran realistik sikit bai...

    terakhir sekali...ingat,main bola sepak mahukan kejuaraan bukan setakat main cantik/menarik tapi kene ade trofi.Itu pelengkapnya.

    ReplyDelete
  4. aku hormat pandangan masing2 tp dlm pada masa org lain pn kena hormat pandangan aku. pemikiran aku tak professional? ko jgn fikir direct sgt mat. takkan aku nak explain sebijik2 mcm bdk skolah rendah. mana ada fans yg xnk team dia menang trofi.

    bila aku kata "bukan sbb arsenal pasukan yg kuat boleh menang trofi tiap2 musim", aku tak maksudkan xde trofi pn xpe. masa aku mula sokong arsenal 15 tahun dulu, arsenal xde menang ape2 pn. aku sentiasa sokong arsenal masa up and down. setiap fans ada reason masing2 utk sokong sesebuah team. kalau x, xdenya fans spurs, liverpool, man city dan lain2. nampak mcm ko ni 'glory hunter'. Nak tau ape maksud, ko pegi google sendiri.

    pasal jual saham tu bagi fans yg betul2 core tu diorang xnk kelab ni dibeli oleh org asing. tp bagi kita yg bukan asal dr london mahupun great britain mmg xde masalah.. tp masih ada pro n cons. benefits sudah pastinya duit byk. tp keburukan,
    1)owner kaya-raya ni boleh buat kelab menanggung hutang seperti man utd. fans pn mintak owner blah
    2)owner ada hak mutlak utk buat keputusan dalam ape2 situasi. skang ni arsenal masih ada board of directors dimana keputusan diambil dari persetujuan diantara mereka.
    apa pun ikut nasib la dpt owner mcm mana.

    bab pembelian pemain berkualiti tu aku sokong lah. wenger patut berani sket guna duit tu biar mahal sket pn xpe.

    ReplyDelete
  5. sokong .....

    aku sokong yang bab glory hunter tu, kalau rasa xnk sokong xpe tiada sebarang paksaan, semua orang ada reason tersendiri kenapa diorang jadi fans untuk sesebuah team tu kalau rasa nak epi je manjang ko sokong la team yang selalu angkat piala ....

    senang cite camni la , macam aku la kan "ore kelate tapi menetap kat shah alam" tetiba 3 tahun nonstop selangor menang liga super kelantan asyik kena kitai je .. so patutkah aku support selangor? xpatut and xbetul tindakan aku tu ...

    from that lah keluarnya quotes " true fans never turn back their squad, even they lost all the game "

    aku dah jadi gooner sejak kecik2 lagi so rasanya xda sebab aku patut sokong manu or chelsea sebab diorang menang piala .. cakap pasal chelsea, kau nk ke kelab camtu? kenal hernan crespo,mutu,gudjonsen,chenko? semua lingkup sebab polisi kelab yang tak betul ...


    every single person have their own reason , you may have one.

    ReplyDelete
  6. kahkah,,,ko tak nk ke sokong team yg paling kuat sekali...semua org nk sokong team yg paling kuat..bukan team2 yg bodoh2.,,haha..,,

    gLORY hUNTER???aku bukan fan lalang..,,,setiap org ade pandangan masing2..,,bukan aku sokong arsenal aku tukar2 team..,.ko jgn berfikiran mcm tu ek...kira sokong team ke 2 lah...tetapi tetap arsenal yg satu...,,

    ReplyDelete
  7. Haa kat situ la ko silap. Team bola ada yg kuat dan ada yg lemah. Tp yg bodoh xde ya. Haha. Statement ko "semua org nak sokong team yg paling kuat.." dah menunjukkan ciri2 glory hunter. Menurut urban dictionary glory hunter bermaksud
    1)"will often choose a big club which is guaranteed of years at the top bracket of clubs."
    2)"someone who supports a team in the premier league that is fashionable and/or very successful at the time".

    Dan bukan semua org nk sokong team yg paling kuat. Kalau x, xde lah fans club lain mcm spurs, city, villa, west ham. Masa aku mula kenal epl dulu, man utd yg paling kuat tp still aku sokong arsenal.

    ReplyDelete
  8. dok aku nk tanya sikit lah.Statement ko yg kata taktik AW berkesan masa zaman invincible..menang double.???.ye ar tu taktik zaman bile......memang lah berkesan..tapi sekarang taktik wenger x berkesan..itu dulu punya taktk la wehh...kepala otak wenger sekarang dah berubah..bukan taktik invincible lagi la weh..,,,,dulu arsenal mne ade main corak menarik,main cantik.tak ade dlm senarai arsenal dulu..,,

    Dulu arsenal main mengawal bola,agresif,daya keyakinan yg tinggi..,,,,tapi sekarang...

    bagi penjelasan kt aku...,sekarang tahun 2011.kita bercerita zaman sekarang bukan dulu,org bercakap prestasi semasa,kedudukan semasa..,,kang aku ckp ko ketinggalan zaman nanti..haa...BERPIJAK DI BUMI YG NYATA..,,,,


    Pasal glory hunter tu..ok lah, secara realitinya org akan sokong team yg paling kuat..jadi kt sini man u paling kuat sekali kat liga england..,,

    Dan aku nk tanya ko knp ko sokong team arsenal yg tak brape nk kuat.haha..sedangkan man u paling kuat..,,
    Memang lah tak semua akan sokong team yg paling kuat.,,.tapi hakikinya kalau nk sokong,sokong lah team paling kuat..jgn la sokong team yg bodoh2.(team bodoh2 tu team cikai lah).haha.biar pedas sikit.

    jadi silap ko jugak, spe suruh sokong team yg tak brape nk kuat..haha..,,x kisah lah kalau ko nk sokong Leeds United sekali pun org tak marah.ye tak.hahaha....

    kesimpulannya,sokong lah team yg kuat.bak kata org tu lain kali sokong team yg paling kuat.
    walaupun ia dikatakan "glory Hunter".

    ReplyDelete
  9. dari dulu arsenal main corak menarik la zizie.. ko xtgok kot.. fanatik ngn man u..kalo skrg main cork menarik mcm dulu, sure bleh meng bsar lg.. wenger tgh create pemain mcm henry skrg nie.. aku suka arsenal sbb cork permainan.. footbal skill..kalo dpt piala lg suka..tp ada sesetngh org tgok BPL sbb nk bgga2 team bgus n dpt trofi.. mcm man u skrg main, mcm hmpeh.. boring jer tgok.. tggu result je fan2 dia skg..

    ReplyDelete
  10. wei ko ckp ape ni bang.. aku x berapa nak paham lah.. serius meleret2.. aku pun dh rasa boring ngan topik ni.. tp utk x mengecewakan ko aku reply dlm bentuk point lah..

    1) Arsenal main cantik dan score cantik sejak Wenger manage. Lainlah zaman sebelum2 tu dimana arsenal hanya menang dgn 1-0, maka femes lah lagu 'One Nil to The Arsenal' dan Boring-boring Arsenal. Refer to statement brader Bola sama.

    2) Ternyata sekali ko seorang 'glory hunter'. what more can i say? Tak dinafikan fans jenis glory hunter mmg ramai. but i could care less for this kind of fans. seperti
    yg aku terangkan sebelum ni, korang bebas bagi pandangan disini. Cuma ikut mood aku jugak lah nak reply komen dari jenis golongan ni.

    Selebihnya, serius aku pening dgn apa yg ko cuba buktikan..

    "Dan aku nk tanya ko knp ko sokong team arsenal yg tak brape nk kuat." >> aku dah terangkan kat komen sebelumnya kenapa dan ko bleh gak refer kepada komen brader akulahGOONER dan braden Bola.

    "jadi silap ko jugak, spe suruh sokong team yg tak brape nk kuat.."
    >> kenapa aku nak silap sbb sokong Arsenal? WTF?? bukan aku yg byk komplen dgn cara wenger uruskan arsenal pn..

    dah la zizie, aku dah boring ni sbb aku rasa mcm tak berkembang minda pun kalau diteruskan debat perdana ni sbb dari atas sampai bwh, point dia sama je.

    aku tak paham apa yg ko cuba sampaikan dan ko plak mcm x berapa paham apa yg aku dah terangkan. anyway, sebagai tetamu ko bebaslah nak kasi komen dan pandangan..

    ReplyDelete
  11. ade gak fans arsenal nk sruh ikot cara chelsea & man u?
    hahaha kelaka..
    sah bukan gooner sejati ni...

    ReplyDelete
  12. kalau aku bukan gooner sejati..aku akan kutuk korang..aku tak akan komen kt sini...dan aku akan menganjing korang....ahaks..,,,
    arseneno 4,ko tak paham??..,,,

    ko jgn cakap aku seorg 'glory hunter ' WHAT THE WHAT..haha..,,

    Dah lah..,,aku pun malas nk komen nnt ade org x suke plak..,,.lepat..isang..,,ade name pelik2..,,aku rasa org dia pun pelik2 gak...,,

    ReplyDelete
  13. Hurrah! In the end I got a web site from where I be
    able to really obtain useful facts regarding my study and
    knowledge.
    Also visit my page - latest transfer rumours tottenham hotspur

    ReplyDelete