Saturday, January 29, 2011

Dalam dua musim, Vela membuat 62 penampilan dan menjaringkan 11 gol
Carlos Vela yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Bolton akhirnya berpeluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama apabila dipinjamkan ke West Bromwich Albion hingga bulan May 2011. Tujuan peminjaman ini dibuat adalah bagi memberi peluang kepada Vela untuk menimba pengalaman dan mendapat rentak permainan yang konsisten dalam Liga Perdana Inggeris.

Wenger yang banyak menghabiskan masa dengan anak didik beliau di padang sedar Vela mempunyai segala kualiti untuk menjadi hebat namun dalam masa yang sama, aku rasakan Wenger tidak mampu untuk memberi peluang kepada pemain Mexico ini bermain sebanyak mungkin kerana bimbang akan menggangu misi memburu kejuaraan liga dan lain-lain.

Laporan: Arsenal.com

Fabio Capello telah memuji pemain muda yang semakin mengukuhkan nama beliau dalam kesebelasan utama Arsenal ini dengan mengatakan beliau adalah masa depan England. Pengurus skuad tiga singa tersebut menegaskan bintang Arsenal ini akan menjadi tulang belakang pasukan England dalam misi menjuarai Euro 2012.

Menurut Wenger, Wilshere mampu bermain di sebarang posisi midfield
Capello kini dikatakan sudah bersedia untuk memberi kepercayaan beliau kepada Jack Wilshere sebagai pengikat barisan tengah England. Wilshere juga dikatakan akan diberikan tugas sebagai holding midfielder untuk perlawanan persahabatan menentang Denmark di Copenhagen bulan depan. Jika percubaan ini berjaya, Wilshere akan dikekalkan tempat beliau sepanjang pusingan kelayakan Euro 2012 hingga ke pusingan akhir, jika England layak.

Ini bermakna pemain Man City, Gareth Barry akan digugurkan jika Capello masih mahu mengekalkan formasi 4-4-2 yang biasa diguna pakai beliau. Jelas sekali Capello sangat teruja dengan kemunculan pemain muda seperti Wilshere. Pemain berusia 19 tahun ini membuat penampilan pertama bersama skuad senior England pada Ogos 2010 ketika menentang Hungary namun hairannya beliau tidak tersenarai ketika perlawanan kelayakan menentang Bulgaria dan Switzerland.

Sekarang Capello mahu memberi peluang kepada Wilshere dimana beliau dipetik berkata:
Wilshere will be one of the new players. He played just 10 minutes against Hungary at Wembley but I've monitored him for five months and he has improved a lot. He's a really interesting player and I want to try to put him in this position in front of the defence. He is mature enough to play this role. When he started, in some moments he played without big confidence. He was timid and shy. Now every game he improves a lot. He plays with confidence, without fear, tackles and tries to win. He's very important.

Menurut Capello, salah seorang pemain terbaik diposisi holding midfielder yang pernah dilihat dalam Liga Perdana Inggeris bukan berbangsa Inggeris tetapi seorang berbangsa Perancis iaitu Claude Makelele ketika beraksi untuk Chelsea. Cara permainan beliau adalah sangat simple iaitu dengan memenangi kembali bola dan menghantarnya kepada pemain yang tahu apa yang perlu dilakukan seperti kepada seorang playmaker.

Namun Capello merasakan Wilshere mempunyai cara permainan yang lebih dari setakat menjadi spoiler (kepada pihak lawan). Ini kerana Wilshere juga boleh menjadi playmaker, menggelecek dan membuat percubaan. Pengurus berpengalaman itu menambah:
Wilshere is better technically than Makelele, though Makelele was faster. When he receives the ball, Wilshere is more dangerous than Makelele. He wins back the ball, he passes, he turns, dribbles and shoots.

Pengurus berbangsa Itali itu juga mengakui mempunyai masalah untuk mencari pemain yang betul-betul bagus untuk bermain diposisi holding midfielder ini setelah Owen Hargreaves mengalami kecederaan yang berlarutan. Menurut beliau, Gareth Barry juga tidak mampu untuk menggalas tugas ini dengan baik.

Capello dipetik berkata:
I put different players in there but they had never played in this position. Barry with Aston Villa never played this position. He started to play there only with me. But I saw Wilshere play every game in this position. Wilshere is the best new young player and playing all the time with Arsenal. If you play with Arsenal, you are a really good player. Wenger likes the good player. It is important for Wilshere to understand that he will be the future.

Bekas pengurus Real Madrid dan Juventus ini juga sedar Wilshere kadang-kadang 'nakal' dipadang atau pun diluar padang. Wilshere dibuang padang tiga bulan lepas selepas mengasari penyerang tinggi lampai Birmingham, Nikola Zigic dan masih berada dalam jaminan atas perselisihan mulut dengan seorang pemandu teksi. Namun Capello bersedia untuk menghadapi kesukaran yang bakal ditempuhi dan percaya Wilshere akan menjadi lebih matang seiring dengan perjalanan karier beliau.

Capello menerangkan:
I read he had some problem with a taxi driver. But these are silly things. The private life is private life. It is not my problem. Even so, young players have to understand young people are an example. This is important but I can't do anything about the private life. The tackle is the tackle. I saw what happened. Sometimes you can make mistakes and I did the same as a player. It is the red mist.

Laporan: The Sun UK

Arsene Wenger telah mengesahkan dalam sidang akhbar hari ini bahawa Szczesny adalah penjaga gol utama Arsenal buat masa sekarang namun mencabar Manuel Almunia yang kembali pulih dari kecederaan supaya merebut kembali tempat tersebut.

Szczesny dikatakan mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi lagenda setandin Seaman
Almunia tidak bermain sejak penghujung September lepas selepas mengalami kecederaan dibahagian siku ketika cuba menyelamatkan sepakan penalti West Brom dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 2-3 ditempat sendiri. Beliau kemudian mengalami kecederaan pergelangan kaki yang berlarutan.

Ketika ketiadaan Almunia, Lukasz Fabianski menggalas tugas dengan baik namun kini sedang mengalami kecederaan bahu dan kemudian Wojciech Szczesny menggunakan peluang yang ada dengan baik sekali dan mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika mengawal gawang Arsenal.

Walaupun mengakui memang ada beberapa kelab di Sepanyol dan Turki yang berminat untuk dapatkan khidmat Almunia pada perpindahan Januari ini, Wenger masih mahu mengekalkan penjaga gol berusia 33 tahun itu dan mencabar supaya berjuang untuk dapatkan kembali tempat beliau.

Wenger dipetik berkata:
At the moment Wojciech is No1. He has done nothing for me to take him out, but I can rotate the goalkeepers. In the cups I play sometimes different goalkeepers as well. Manuel is under contract and as long as he is at the club we are happy to have him. I like him as a man and as a player and I have shown that in my decisions. I am happy that he is here.

Pada pendapat aku, Almunia adalah seorang penjaga gol yang baik namun tidak tergolong dalam kategori yang hebat sehingga boleh dianggap lagenda seperti David Seaman dan Jens Lehmann. Namun ada baik juga jika kita dapat kekalkan penjaga gol berpengalaman ini sebagai back up kepada Fabianski dan Szczesny. Ianya akan mencipta saingan yang sihat antara mereka supaya masing-masing tidak berada dalam zon selesa.

Cabaran Wenger untuk berjuang dapatkan tempat tu bagi aku sebagai taktik untuk buatkan Almunia masih ada hati untuk terus menyarung jersi Arsenal. Seperti yang kita semua dapat lihat, setiap minggu kedua-dua penjaga gol muda dari Poland ni beraksi dengan cemerlang dan tambah berkeyakinan pada setiap perlawanan. Mana mungkin mereka akan terlepas dari kesebelasan utama melainkan mengalami kecederaan ataupun prestasi mereka tiba-tiba jatuh merundum.

Laporan: The Sun UK


Diambil dari: Studs Up

Thursday, January 27, 2011

Southampton juga diberitakan menolak tawaran dari Liverpool
Arsene Wenger telah mengesahkan bahawa Arsenal masih belum hampir mencapai kata sepakat untuk dapatkan Alex Chamberlain setelah bidaan awal ditolak oleh Southampton. Difahamkan Wenger bersetuju dengan harga lingkungan £10 juta tetapi hanya mahu membayar pendahuluan sebanyak £5 juta sahaja dan selebihnya secara ansuran. Southampton pula mahukan pendahuluan £7 juta dan pemain sayap itu dipinjamkan kembali kepada mereka hingga tamat musim.

Berikutan dengan ini timbul pula khabar angin yang mengatakan Alex Ferguson bersedia untuk melabur wang bagi mendapatkan bintang muda England ini walaupun Oxlade-Chamberlain sudah memberitahu keluarga dan rakan bahawa beliau hanya berminat untuk berpindah ke Stadium Emirates. Sementara itu pengerusi kelab, Peter Hill-Wood yakin Oxlade-Chamberlain akan sertai Arsenal namun tidak akan menyaingi tawaran Man Utd jika mereka membuat tawaran yang tidak munasabah.

Hill-Wood dipetik berkata:
If Manchester United want to outbid us with some silly figure, that is their privilege. I think the boy would like to come to us.


Musim 2005/06 dan dipercayai ketika perlawanan FA Cup menentang Bolton. Kepada fans van Persie, jangan nak serius sangat ok.. haha

Bintang yang dibeli dengan harga £15 juta ini mengakui fikiran beliau berkecelaru dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika berada dipadang. Arshavin kini sudah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama semenjak Walcott dan Nasri menggalas tugas dengan baik di bahagian sayap dan khabar angin kini bertiup kencang mengatakan beliau mungkin akan dijual pada musim panas ini.

Adakah masa lagi untuk Arshavin kembali dengan aksi seperti musim pertama di Emirates?
Arshavin mendedahkan bahawa kadangkala keraguan timbul samada beliau masih boleh kembali beraksi dengan cemerlang seperti dulu dan beliau menerima dan merasakan keputusan Arsene Wenger untuk meletakkan beliau dibaku simpanan adalah tepat dan berpatutan.

Ternyata sekali keyakinan Arshavin kini berada ditahap paling rendah apabila dipetik berkata:
Now when I get the ball, I begin to think, 'Should I try and trick an opponent? Or if I do, will I lose the ball? And what if I make a pass? Won't they think that I am trying to get rid of the ball?' I am afraid of taking the initiative. When such thoughts appear, your final decision, as a rule, turns out to be wrong. And you waste a lot of opportunities. That was happening to me in recent matches.

Kali terakhir Arshavin bermain dalam kesebelasan utama perlawanan liga adalah ketika tewas kepada Manchester United pada 13 Disember 2010. Apa yang paling ditakutkan pemain yang akan berusia 30 tahun May ini adalah beliau kehilangan larian yang pantas. Beliau juga mengakui Theo Walcott dan Samir Nasri layak untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Ketua pasukan Russia ini menambah:
I do not have enough acceleration. From the very start of this season I felt I'm fast enough only in separate episodes. The reason? I don't know. Maybe I'm just getting old. Naturally, I'd like to be on the pitch in every game - but currently the boys who play in my position, Samir Nasri and Theo Walcott, look very good. They're really in good shape and that's why they're playing.

Bagi menangani masalah ini, Arshavin menerangkan bahawa para jurulatih banyak membantu beliau untuk kembali ke prestasi asal dan mereka mencipta latihan yang istimewa bertujuan untuk mengembalikan kelajuan beliau seperti sediakala. Menurut Arshavin lagi, beliau tidak melakukan sebarang perkara yang menggangu perhatian dari bolasepak dan menegaskan beliau akan berusaha lebih keras lagi.

Arshavin berkata:
To get back my place in the starting XI, I need to regain my best form. All I can do is work in training. There are no other recipes for building up your form. When you are absolutely all right, you do not even think what to do in one episode or another - it happens automatically.

Pada pendapat aku, Arshavin sedang melalui fasa seperti yang dilalui oleh Fernando Torres dan Wayne Rooney sekarang. Cuma bezanya Arshavin hampir melangkah ke era 30an. Mungkin beliau sudah melepasi puncak prestasi namun tidak mustahil juga untuk beliau terus cemerlang pada awal 30an seperti yang dilakukan oleh Bergkamp, Drogba, Lampard, Scholes dan Giggs. 

Ada baiknya kita bersabar dan biarkan Wenger dan jurulatih lain bantu kembalikan prestasi Arshavin. Beliau juga bersedia untuk berada dibangku simpanan selagi belum dapat kembalikan aksi yang lebih baik. Jika tiada hasil hingga hujung musim ini maka elok lah dibiarkan Arshavin pergi berikutan faktor umur yang menampakkan tidak banyak masa lagi untuk beliau kembali seperti dulu.

Laporan: The Sun

Wednesday, January 26, 2011

Aku tak tengok game pagi tadi so layan je lah video highlights kat bawah ni.



Football Writers' Association Tribute Award atau juga dikenali dengan FWA Tribute Award diberikan kepada individu yang banyak memberi sumbangan dalam bolasepak dan/atau pernah beraksi dengan cemerlang pada musim-musim sebelumnya. Football Writers' Association adalah persatuan wartawan bolasepak di England dan selain dari anugerah ini, mereka turut menyampaikan FWA Footballer of the Year sebagai acara tahunan.

Pemenang 3 kali FWA Footballer of The Year (2003, 2004, 2006) dan 1 kali FWA Tribute (2011)
Pada penganugerahan tahun ini, lagenda Arsenal Thierry Henry dinamakan sebagai penerima dan diraikan pada gala makan malam di The Savoy Hotel, London tanggal 16 Januari lepas. Pengerusi FWA, Steve Bates yang juga ketua penulis bolasepak akhbar The People, merasakan Henry adalah pemenang yang paling layak untuk menerima Tribute Award 2011.

Bates dipetik berkata:
Words like 'great' and 'world class' are often over-used in our industry, but tonight we are honouring a player for whom those superlatives are justified. Thierry brought style and grace to the Premier League, and a killer touch in front of goal. At three times during his eight years at Arsenal, Thierry was named FWA Footballer of the Year. We (journalist) are not an easy bunch to please, and that is a unique feat which still to this day remains unbeaten, and may not be for some years to come.

Majlis kemudian diteruskan dengan pihak BBC telah menayangkan DVD perjalanan karier Henry dari mula hingga kini. Ketika menerima anugerah tersebut, Henry dengan penuh emosinya melihat kembali waktu beliau bersama Arsenal sambil terkenang beberapa rakan sepasukan beliau.

Ketika diminta berucap, Henry tidak lupa untuk berterima kasih kepada pihak wartawan yang memberi liputan terhadap karier beliau dan juga semua yang terlibat dengan Arsenal. Beliau dipetik berkata:
Nothing can ever top playing for Arsenal, the understanding I had with the fans, my team-mates and the boss - without him I would not be standing here right now. I know you guys all said it was a privilege to see me play, but I would also like to return that to you. Everything changed for me when I came to England. It was a real pleasure and privilege to play in this league at Arsenal. Thank you for everything.

Arsene Wenger turut meluangkan masa untuk memberi penghargaan secara peribadi kepada bekas anak didik beliau dan percaya Premier League mungkin tidak dapat lagi melihat pemain seperti Henry. Beliau dipetik berkata:
During his career with Arsenal, Thierry won the FWA Footballer of the Year three times, and each was justly deserved because during those seasons, there was no better player in the Premier League. Thierry was really special. During his best period with Arsenal, he could make the difference at any time, and score anywhere at any moment. When he really had decided 'now I will do it', he always did it. Nobody could stop him.



Monday, January 24, 2011

Salam buat semua peminat Arsenal.

Pertama kali aku menulis untuk blog nie... Harap dapat tunjuk ajar dari kalian semua. Perkhabaran yang disampaikan oleh soccernet menyatakan bekas pemain England era 80-an Mark Chamberlain mahukan anaknya iaitu Alex Oxlade - Chamberlain memilih pasukan Arsenal untuk memastikan perkembangan kerjaya yang terbaik buat dirinya. Walaupun menerima tawaran dari kelab besar yang lain, beliau mahukan anaknye itu menurut jejak langkah yang dilakukan oleh seorang lagi bintang muda yang pernah dibeli oleh Arsenal iaitu TW14.


Melihatkan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh TW14 itu, telah menyebabkan Mr Mark Chamberlain menyatakan :-
"Arsenal is the right choice for him"


Diharapkan dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Mr Mark Chamberlain ini akan memastikan bahawa Alex Oxlade - Chamberlain menerima peluang yang telah diberikan dan sekaligus menambah koleksi pemain muda bertaraf bintang dalam pasukan Arsenal.

Dari kiri belakang: Casillas, Torres, Puyol, Villa, Ramos, Pique
Depan: Xavi, Iniesta, Silva, Xabi Alonso, Fabregas
Lukisan karikatur oleh Matt Groening dan diambil dari WhoAteAllThePies.

Sunday, January 23, 2011

Arsene Wenger diberitakan berjaya mempengaruhi satu lagi prospek terhebat England pada masa ini yang berumur 17 tahun untuk sertai Arsenal. Alex Oxlade-Chamberlain dikatakan telah melawat padang latihan Arsenal pada Jumaat lepas untuk bertemu Wenger dan akan menandatangani kontrak bernilai £10 juta selepas perbincangan dengan CEO Ivan Gazidis pada Rabu lepas.

Satu lagi produk bermutu keluaran Southampton selepas Theo Walcott
Alex Chamberlain yang bermain untuk Southampton sudah lama diperhatikan oleh kebanyakan kelab liga perdana termasuk Manchester City, Liverpool dan Newcastle United. Namun, rekod Arsenal yang berjaya mengembangkan karier Theo Walcott yang mana turut dibeli dari Southampton ketika usia remaja dan bintang Wales iaitu Aaron Ramsey, meyakinkan keputusan beliau tersebut.

Arsenal masih belum memutuskan yuran perpindahan namun Southampton tidak akan menghalang perpindahan Chamberlain ini. Difahamkan, tawaran dibuat dengan bayaran pendahuluan sebanyak £7 juta dan diikuti dengan bayaran tambahan apabila pemain England bawah 18 tahun itu berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.

Hanya tawaran diminit-minit akhir dari Manchester City sahaja yang mampu menggangu perpindahan Chamberlain ke Stadium Emirates namun anak kepada bekas pemain sayap England iaitu Mark Chamberlain dan penasihat beliau hanya akan memilih kelab yang mereka rasakan terbaik yang dapat membantu perkembangan pemain berbakat besar tersebut.

Jika perpindahan ke Arsenal menjadi kenyataan, Chamberlain mungkin akan dipinjamkan kembali kepada Southampton sehingga tamat musim. Beliau telah membuat penampilan pertama dalam League One sebagai pemain gantian pada Mac tahun lepas ketika berumur 16 tahun dan 199 hari yang menjadikan beliau pemain kedua termuda dalam sejarah kelab selepas Walcott.

Chamberlain dikatakan mempunyai visi yang luas dan mampu membuat pelbagai jenis hantaran yang menarik. Selain itu beliau juga mewarisi kepantasan dari bapa beliau yang pernah membuat lapan penampilan bersama England ketika bermain untuk Stoke City pada tahun 80an. Ramai juga yang mengatakan gaya permainan beliau seakan-akan Theo Walcott malah ada yang mengatakan beliau lebih hebat dari pemain sayap England ini. 

Apa-apa pun, Chamberlain masih lagi mentah dan diharap Wenger dapat membentuk beliau agar menjadi bintang yang terkemuka satu hari nanti.

Laporan: Daily Mail



Kompilasi persembahan Robin van Persie ketika perlawanan ulangan pusingan ketiga FA Cup menentang Leeds di Elland Road. Walaupun dimasukkan pada minit ke-71, van Persie hanya mengambil masa lima minit untuk menjaringkan gol buat Arsenal.



Perlawanan yang sangat bermakna buat Robin van Persie apabila berjaya melakukan hat-trick pertama beliau dalam Liga Perdana Inggeris. Jika bukan kerana persembahan luar biasa penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi, pasti beliau dan rakan-rakan berjaya menjaringkan lebih banyak gol lagi.

van Persie tidak tunggu lama untuk tebus kembali kekecewaan terlepas sepakan penalti
Tidak banyak dapat diperkatakan kerana setiap bahagian bermain dengan baik sekali. Walaupun tidak perlu banyak kerja keras dilakukan, barisan pertahanan tetap fokus dengan tugasan mereka bagi mengelakkan serangan balas yang membuahkan hasil buat pihak lawan malah berjaya mengekalkan clean sheet untuk kali yang ke empat.

Gandingan empat pemain dibahagian serangan terdiri daripada Nasri, Fabregas, Walcott dan van Persie atau ramai blogger yang menggelarkannya Theo Van Nasrigas meneruskan kecemerlangan merobek pertahanan lawan dan diharap menjadi tunjang utama untuk Arsenal meraih kejuaraan musim ini.

Aku rasa sangat penting buat Wenger kekalkan barisan pemain yang bermain dengan baik dan biarkan pemain yang out of form berehat dibangku simpanan sehinggalah mendapat rentak mereka seperti Arshavin, Chamakh, Denilson, Rosicky dan yang seangkatan dengannya. Ini akan memberi ruang kepada pemain yang meningkat naik seperti Walcott dan Wilshere membina momentum dalam permainan masing-masing.

Video Highlights


Tuesday, January 18, 2011

Thomas Vermaelen akan menjalani pembedahan pada buku lali akibat daripada kecederaan di bahagian achilles tendon dan akan terlepas daripada beraksi dalam kedua-dua pusingan Liga Juara-juara Eropah menentang Barcelona pada Februari dan awal Mac ini. Beliau mengakui sedang menuju ke Sweden’s Umea Hospital untuk dibedah oleh pakar bedah tempatan, Hakan Alfredson hari ini.

Kelibat Vermaelen sangat diperlukan untuk memimpin barisan pertahanan Arsenal
Walaupun Alfredson yang juga melakukan pembedahan keatas Zlatan Ibrahimovic sebelum ini, memberi jaminan bahawa akan menamatkan masalah kecederaan yang dialami Vermaelen sejak September, bekas ketua pasukan Ajax ini terpaksa berehat sekurang-kurangnya lima minggu lagi selepas pembedahan.

Menurut Vermaelen, beliau sudah tiga kali cuba kembali dari kecederaan tetapi kesakitan yang dialami beliau semakin bertambah pada setiap kali percubaan tersebut. Pemain yang dibeli dengan harga £10 juta ini sedar beliau mengalami masalah pada September lalu ketika persiapan mewakili Belgium menentang Jerman dan Turki. Selepas selesai menentang Turki, kesakitan yang beliau dialami bertambah teruk lagi dan tidak dapat beraksi hingga kini.

Bahagian kecederaan yang dialami Vermaelen
Persoalan sekarang mampukah Djourou dan Koscielny/Squillaci bertahan dengan baik dengan asakan yang bakal diterima dari Messi, Villa, Pedro dan lain-lain? Mampukah juga mereka kekal dari mengalami sebarang kecederaan? Wenger perlu cepat buat keputusan untuk dapatkan pemain pertahanan yang baru. Walaupun beliau akan dibebani dengan masalah lambakan pemain pertahanan jika semua kekal cergas, namun lebih parah lagi jika Arsenal kekurangan pemain pertahanan berkaliber.

Laporan: Daily Mail


Aksi akrobatik dari bakal penyarung jersi nombor 1 Arsenal untuk masa depan ketika menentang West Ham.

Diambil dari: Who Ate All The Pies

Monday, January 17, 2011

Feyenoord merupakan salah satu pasukan ternama di Belanda
Persetujuan untuk bekerjasama dengan kelab dari Belanda ini bakal menyaksikan Arsenal akan meminjamkan beberapa prospek muda, yang dimulakan dengan pemain sayap yang baru berhijrah dari Jepun iaitu Ryo Miyaichi. Menurut De Telegraaf, ketua scout Steve Rowley bersama eksekutif Richard Law telah melansungkan perbincangan dengan Feyenoord dan bersetuju dengan kejersama ini.

Rowley dan Law pernah menghasilkan perjanjian yang hampir sama dengan kelab Sepayol, UD Salamanca pada lima tahun lepas dimana Arsenal meminjamkan pemain kepada mereka setelah gagal mendapatkan permit pekerjaan British. Oleh kerana undang-undang imegresen yang sudah dilonggarkan di Belanda, perjanjian baru ini bakal dihasilkan.

Law tiba di Rotterdam malam semalam untuk memeterai perjanjian kejersama ini. Beliau hadir bersama Ryo Miyaichi yang akan dibawa berbincang oleh pengurus Feyenoord, Mario Been dan scout mereka, Stanley Brard untuk menentukan masa depan bintang muda Jepun tersebut. Ryo berkemungkinan akan terus diserap kedalam skuad utama, bermain untuk skuad simpanan atau dipindahkan ke Excelsior, dimana beliau akan diperhati dan dijaga oleh Brard.

Miyaichi ketika menyertai sesi latihan dengan Feyenoord pagi ini
Rowley dikatakan menasihati Arsene Wenger untuk memberi lampu hijau kepada perjanjian ini, berdasarkan hubungan baik mereka ketika berjaya dapatkan Robin van Persie dan terbaru, Kyle Ebecilio. Arsenal bukanlah kelab England pertama yang lakukan kerjasama seperti ini dengan kelab Belanda. Man Utd terlebih dahulu bekerjasama dengan FC Twente awal musim ini dan Chelsea bersama Vitesse Arnhem.

Laporan dan gambar diambil dari: Young Guns Blog

Tolonglah beli pemain berkualiti bila dah dapat duit dari sponsor baru
Arsenal diberitakan akan hampir bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan salah satu pengeluar kereta terkemuka iaitu diantara Toyota, Audi dan Renault. Wang yang bakal disalurkan bergantung kepada penglibatan kompeni tersebut namun apa yang pastinya ianya akan meningkatkan transfer fund Arsenal. Itu pun kalau Wenger nak beli pemain lah, tau tau la kan perangai pengurus kita ni. KEMMM abis..

Kemungkinan kem pra musim Arsenal akan berpindah ke Jepun jika Toyota yang disebut berpeluang besar untuk mengikat perjanjian ini berdasarkan kepada hubungan baik Wenger dengan Jepun. Arsene Wenger sangat dihormati dan berpengaruh di sana atas apa yang beliau telah lakukan kepada Grampus Eight, pasukan yang diuruskan sebelum Arsenal. Tambahan pula kelab itu berpengkalan di Nagoya, tempat asal Toyota.

Antara tempat lain yang berpotensi adalah Amerika Syarikat dan India. Semenjak Wenger menjadi pengurus, beliau berkeras untuk melakukan persediaan pra musim yang sama yang melibatkan perlawanan persahabatan, kem latihan di Austria dan kemudian Emirates Cup. Wenger juga tidak bersetuju membawa Arsenal menjelajah ke benua lain, namun beliau telah dibawa berbincang dengan CEO Ivan Gazidis dan beliau kini dikatakan bersedia untuk berubah. Kemungkinan ini semua bakal berlaku pada musim panas ini.

Laporan: Mirror Football

Agak lama aku tak update blog disebabkan outstation selama beberapa hari ni yang menyebabkan aku terlepas dua perlawanan sebelum ini. Nasib baik jugak aku tak tengok game lawan Ipswich, kalau tak mesti aku pun ikut sama emo macam fans-fans Arsenal yang lain. Kemudian game lawan West Ham kita kembali dengan persembahan yang meyakinkan. Macam dah jadi trend pulak, kalah pastu bounce back. Tapi ok lah dari jatuh tak bangun-bangun macam Liverpool. 

Walcott menyumbat gol yang ke-10 beliau untuk musim ini
Walaupun Wayne Bridge melakukan kesilapan secara hat-trick, kita harus memandang ini sebagai sesuatu yang positif kerana pasukan seperti Man Utd dan Chelsea sentiasa menghukum kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan termasuk Arsenal yang sering kali tewas akibat kesilapan sendiri.Selain itu, kita juga dapat lihat banyak kali Arsenal mensia-siakan peluang keemasan maka diharap masa hadapan kita bijak memanipulasi setiap kesilapan yang dilakukan pihak lawan. 

Apa yang menarik pada perlawanan ini sudah semestinya kita dapat lihat van Persie kembali mendapat sentuhan emas beliau. Robin van Persie bersama jentera serangan Arsenal iaitu Nasri, Fabregas dan Walcott nampak hidup dan sentiasa berbahaya. Begitu juga dengan Song dan Wilshere mantap dibahagian tengah yang mana membenarkan Fabregas bebas mengatur gerak serangan. Tidak lupa Szczesny yang turut bertindak cemerlang mengekalkan clean sheets.

Post match kali ini memang singkat sebab aku tengok highlights sahaja.

Video Highlights

Wednesday, January 12, 2011

All Japan High School adalah kejohanan tahunan yang dilansungkan melibatkan sekolah berprofil tinggi di Jepun. Ianya mendapat liputan meluas dan diambil serius kerana mengetengahkan bakat muda untuk masa depan. Kejohanan ini berlansung dalam masa yang lama dan aku tak dapat nak pastikan sama ada ianya dah berakhir ataupun belum.

Di sini aku sertakan video persembahan Miyaichi ketika beraksi untuk Chukyodai Chuyko High School dalam kejohanan ini. Tidak hairanlah Kyodo News mengaitkan gaya permainan beliau hampir sama dengan Thierry Henry dalam satu temubual sebelum ini. Dalam perlawanan tersebut Miyaichi menghasilkan satu assist dan menjaringkan satu gol.


Seperti yang kita tahu Arsenal adalah sebuah kelab yang diasaskan di London. Di ibu kota England ini sahaja terdapat 15 buah kelab professional. Entri kali ni aku nak kongsikan dengan korang fanbase kelab-kelab ini. Mari kita lihat pada peta dibawah dan sila klik untuk saiz gambar lebih besar.

Taburan penyokong bolasepak di London
Berdasarkan dari gambar rajah peta diatas, kita dapat lihat taburan penyokong Arsenal yang berada dibahagian Utara London dan dikelilingi oleh Tottenham, Chelsea, Milwall dan Barnet yang merupakan kelab feeder Arsenal.

Di antara empat kelab tersebut, Tottenham merupakan musuh tradisi kita berikutan berada di lokasi yang berdekatan di Utara London. Di sebelah Timur London, kebanyakan penduduknya merupakan penyokong West Ham sementara di sebelah Barat pula dipenuhi dengan penyokong Chelsea.

Peta ini dihasilkan oleh footballderbies.com dan masih lagi belum lengkap sepenuhnya. Gambar rajah taburan penyokong mungkin akan berbeza setelah dikemaskini hasil dari maklum balas dan kajian yang dijalankan.

Kredit kepada: qprdot.org

Tuesday, January 11, 2011

Bintang muda Jepun yang bakal menyerlah ini percaya beliau mempunyai kualiti yang baik untuk menjadi aset penting kepada The Gunners dan tidak berasa gentar untuk memulakan karier di Liga Perdana Inggeris.

Miyaichi ketika diturunkan menentang Wimbledon pada Ogos 2010 sewaktu masih dalam percubaan
Ketika ditemubual oleh Kyodo News, Miyaichi bertekad untuk mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama. Pemain berusia 18 tahun ini turut menerangkan bahawa beliau mempunyai kebolehan untuk menembusi barisan pertahanan di England. Apabila ditanya tentang perbandingan beliau dengan pemain seperti Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo, pemain sayap ini menegaskan beliau masih belum sampai ketahap bakat pemain bernama besar seperti itu, namun suatu hari nanti beliau berharap dapat menjadi nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak.

Miyaichi diumumkan secara rasminya menyertai Arsenal pada bulan lepas selepas menandatangani kontrak selama lima tahun. Menurut laporan, Ajax Amsterdam, FC Koln, dan A.C Milan turut berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Apabila ditanya tentang bermain dalam Liga Perdana Inggeris, Miyaichi dipetik berkata:
I’m confident I have the ability to penetrate defenses over there and hopefully I’ll be given the marks that I am looking for. I just have to go there and give it a shot, compete and hopefully one day I will be standing on the pitch at Emirates Stadium. I don’t feel pressured [by the comparisons] but I know in myself that I have nowhere near the talent of such great players as Cristiano Ronaldo and Thierry Henry. I just have to do my best to one day come close to being the kind of players they are.

Diambil dari: The Gunning Hawk

Monday, January 10, 2011

Ada-ada je media buat berita sensasi ni. Lagenda kita ni sebenarnya bukan tandatangan kontrak bersama Arsenal, tapi beliau cuma sertai sesi latihan bersama budak-budak Gunners yang lain. Beliau dikatakan akan berada di North London selama lebih kurang dua minggu sebelum pulang semula ke Amerika Syarikat untuk kembali bersama New York Redbulls.

Sewaktu pertama kali diperkenalkan di Highbury pada tahun 1999
Sesi latihan telah bermula semalam dan Henry telah bersetuju untuk menyertai siri program ini sehingga 19 Januari bagi membantu beliau mengekalkan kecergasan menjelang bermulanya musim baru liga MLS. Difahamkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris mahu mendapatkan Henry secara perjanjian pinjaman untuk beberapa minggu, namun tawaran tersebut ditolak kerana beliau hanya ingin berlatih dan Wenger dengan murah hatinya merealisasikan impian tersebut.

Bukan setakat untuk berlatih, Henry turut bercadang untuk membantu kelab yang beliau cintai ini dengan khidmat nasihat kepada barisan penyerang Arsenal selama berada di North London. Beberapa penyerang Arsenal masih memandang tinggi terhadap Henry terutama sekali Theo Walcott yang mengagumi bekas ketua pasukan ini dan beliau beberapa kali dipetik berkata tentang nasihat dan bantuan yang diterima satu ketika dulu.

Wenger pernah membenarkan pemain berpengalaman berstatus lagenda seperti Robert Pires, Sol Campbell dan David Beckham berlatih bersama Arsenal sebelum ini dan sangat percaya bahawa pemain-pemain veteran seperti ini mampu menawarkan pengalaman yang mereka ada kepada bintang muda beliau. 

Henry masih lagi bersemangat dan mengambil berat tentang Arsenal walaupun telah meninggalkan kelab kesayangan ini sejak 2007. Beliau sentiasa menghadirkan diri ke Stadium Emirates apabila terdapatnya masa lapang dan ketika kembali ke England.


Sebelum ini aku tengok gambar je bini van Persie ni dan tanggapan aku macam biasa je perempuan ni. Tapi bila tengok video, perghh, lawa jugak. Video yang sepatah haram pun kita tak paham ni adalah sedutan dari siri rancangan "Engelen van Oranje" atau dalam bahasa Inggeris "Angels of Orange", memaparkan kehidupan van Persie dan famili yang dirakamkan dirumah kedua mereka di Rotterdam. Turut dipaparkan anak pasangan tersebut yang bernama Shaqueel dan Dina Layla. Kita dapat lihat Shaqueel ni pun kidal macam bapak dia gak.

Bouchra ni berketurunan Maghribi, jadi kalau korang nak bini cun macam van Persie, sila lah rujuk pada keratan akhbar ni. Tak mahal beb, RM14,000 je.


Seperti Fabianski, seorang lagi pemain yang menunjukkan perkembangan yang begitu memberansangkan musim ini adalah Johan Djourou. Sebelum ini Djourou tidak dapat membuktikan kehebatan sebenar beliau kerana dibelenggu dari masalah kecederaan. Pada perlawanan menentang Chelsea tempoh hari, gandingan Koscielny dan pemain kebangsaan Switzerland ini berjaya mengikat Drogba yang bertahun lamanya mengganas dikubu pertahanan Arsenal.


Sunday, January 9, 2011

Aku bukan suka sangat pun nak komen perlawanan FA Cup jadi post kali ini aku buat simple saja. Untuk perlawanan ini Wenger buat sembilan pertukaran pemain dari kesebelasan utama dan memberikan peluang kepada pemain seperti Arshavin dan Bendtner untuk buktikan kenapa mereka harus bermain dalam kesebelasan utama.

Tekaan dah tepat cuma sedikit terlambat untuk menahan bola yang disepak padu Snodgrass
Secara keseluruhan persembahan Arsenal sangat mengecewakan terutama sekali dengan banyak hantaran yang tidak tepat dan pemain yang tidak begitu fokus. Dua tonggak serangan iaitu Arshavin dan Bendtner gagal mempamerkan aksi yang cemerlang. Arshavin banyak kali dilihat tidak dapat membaca gerakan rakan sepasukan yang membuat hantaran kepada beliau dan mensia-siakan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol. Bendtner pula nampak average je. Mungkin kerana diletakkan di posisi yang berbeza - sayap kanan.

Pemain lain seperti Chamakh, Rosicky dan Denilson juga tidak bermain pada prestasi sebenar mereka. Walaupun ini kali kedua Denilson menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan, beliau ada juga membuat percubaan berbahaya yang hampir menghasilkan gol. Secara jelasnya, hanya Szczesny dan Djourou sahaja yang bermain dengan sangat baik dari awal hingga ke wisel penamat. Szczesny berjaya menyelamatkan dua percubaan berbahaya dan hampir juga dapat menepis sepakan penalti dari Snodgrass. Djourou pula sangat cemerlang mengawal barisan pertahanan malahan nampak lebih berkesan dan Squillaci.

Dua pemain gantian iaitu Fabregas dan Walcott membawa impak kepada persembahan Arsenal manakala Carlos Vela pula tidak menonjol. Andai kata Vela akan dipinjamkan kepada kelab lain di Liga Perdana, beliau tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan FA Cup dengan kelab tersebut kerana terikat dengan peraturan. Berbalik kepada impak dua pemain utama, Walcott ditarik dalam kotak penalti dan Fabregas dengan yakin menyumbat gol penyamaan. Keputusan seri bermakna kita akan bertemu kembali pada perlawanan ulangan.

Selepas perlawanan selesai, Theo Walcott telah membuat kenyataan dalam laman rasmi bahawa beliau meminta maaf kepada Arsene Wenger dan Simon Grayson kerana dengan sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. Pada pendapat aku, Walcott tak perlulah nak jujur sangat sebab tak ada sapa pun bangkitkan isu ini. Nanti tak pasal-pasal reputasi jatuh dan pengadil pun akan fikir dua tiga kali untuk kasi penalti.

Lupa pulak dengan kewujudan Sanchez Watt, pemain Arsenal yang dipinjamkan kepada Leeds. Budak ni masih lagi mentah tapi dah nampak kepantasan beliau dalam larian yang sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepada barisan pertahanan Arsenal. Satu lagi, Keiran Gibbs kali ni berjaya bermain 90 minit tanpa sebarang masalah kecederaan. Kalau tak, main sekejap je dah cedera balik. Diharap tak ada lagi masalah yang sama berulang.

Video Highlights

Saturday, January 8, 2011

Sebuah organisasi yang diiktiraf oleh FIFA, 'International Football Federation of History & Statistics’ (IFFHS) secara rasminya telah menamakan Arsene Wenger sebagai pengurus terbaik dunia untuk sedekad yang lepas. Walaupun sudah hampir enam tahun Arsenal tidak memenangi sebarang piala, Wenger dipilih kerana kejayaan beliau membimbing Arsenal secara konsisten sejak 10 tahun lepas.

Sumbangan Wenger dalam melahirkan bakat baru diiktiraf IFFHS
Arsene Wenger telah mendapat 156 mata sementara Alex Ferguson 148 mata dan Jose Mourinho ditempat ketiga dengan 135 mata. Keputusan ini dikira dengan menggabungkan keputusan 10 tahun organisasi tersebut untuk menentukan pengurus terbaik tahunan dalam anugerah manager-of-the year. Apa yang menarik, walaupun tidak pernah memenangi anugerah tersebut dalam 10 tahun lepas, Wenger terpilih untuk anugerah ini kerana kedudukan beliau dalam kelompok yang terbaik setiap tahun.

Although the Frenchman has until now never won the annual vote, he has been among the best-placed coaches every year. It is admirable how he has repeatedly moulded young players into an attacking and technically brilliant way of play.

Faktor lain yang turut dikira adalah secara jelasnya pada kejayaan Arsenal pada awal dekad lepas dengan meraih juara berganda pada 2002, FA Cup 2003, dan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2004 tanpa kekalahan dengan pasukan yang kemudiannya digelar sebagai 'the invincibles'. 

IIFHS ditubuhkan pada tahun 1984 dan ditugaskan untuk mengumpul statistik dan rekod bolasepak secara global dan mengeluarkan ranking untuk individu perseorangan dan pasukan kelab. Wenger akan menerima penghormatan untuk anugerah ini di World Football Gala pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

IFFHS – Top 10 managers 2001-2010
1. Arsene Wenger France 156
2. Sir Alex Ferguson Scotland 148
3. Jose Mourinho Portugal 135
4. Fabio Capello Italy 120
5. Guus Hiddink Holland 112
6. Carlo Ancelotti Italy 108
7. Luiz Scolari Brazil 101
8. Marcelo Bielsa Argentina 101
9. Rafael Benitez Spain 97
10. Marcello Lippi Italy 88

Laporan: Daily Mail

Koleksi gameplay Fabregas ketika Arsenal menentang Man City di Stadium Emirates 6/1/2011.



Friday, January 7, 2011


Kebiasaannya sesuatu perlawanan Eropah menjadi perhatian kerana pertembungan gaya antara dua pasukan. Sebagai contoh taktik bertahan Inter Milan ketika menentang pasukan yang sangat kuat seperti Barcelona. Sama juga seperti Tottenham yang mengejutkan pasukan dari Eropah yang lain dengan menggunakan taktik tradisional sayap Inggeris dan target man cara lama. Dalam Europa League, Napoli bermain dengan tiga pemain dibarisan pertahanan menentang pasukan yang menggunakan empat pemain dibarisan pertahanan.

Arsenal menentang Barcelona mempunyai sedikit kelainan dari contoh-contoh diatas kerana cara permainan mereka hampir sama. Ianya seolah-olah Wenger cuba menjadikan pasukan bimbingan Guardiola sebagai blue print untuk merealisasikan pasukan Arsenal yang mantap. Mereka juga dilihat mengadaptasikan falsafah Barcelona sedikit demi sedikit setiap tahun.

Kedua-dua pasukan mempunyai dasar formation yang berbeza, 4-3-3 untuk Barcelona sementara Wenger telah bertukar kepada 4-2-3-1 hanya baru-baru ini, namun kedua-dua pengurus telah memasukkan elemen 'fluidity' ataupun kebebasan kepada pemain untuk bermain dengan cara lain atau tersendiri bergantung kepada keadaan dalam taktik mereka.

Messi berhubung baik dengan Dani Alves, seorang pemain bek kanan yang selalu naik kedepan, dan Sergio Busquets akan turun untuk melindungi posisi yang ditingalkan Alves. Sementara Arsenal, Nasri diletakkan bermain jauh dipinggir padang, tetapi selalu bergerak ketengah untuk berhubung dengan Fabregas, dan van Persie juga selalu turun sedikit untuk mengambil bola. Song dan Wilshere pula bertukar-tukar giliran untuk menjadi perisai kepada barisan pertahanan sambil membuat hantaran-hantaran dari bawah.

Musim ini Wenger juga dipengaruhi dengan falsafah pressing Barcelona yang mana diguna pakai dengan lebih teguh lagi, Arsenal banyak mengadaptasi cara ini dan ianya dilakukan dengan lebih baik dari sebelum ini. Garisan pertahanan sangat kedepan seperti Barcelona dan fullback pula memberikan ruang yang lebar untuk memudahkan serangan.

Jadi, kedua-dua kelab bermain dengan gaya yang sama, cuma bezanya Barcelona mempunyai barisan kesebelasan utama yang lebih baik dari Arsenal. Bagaimana Arsenal nak menang? Jika diimbas kembali, Inter Milan dan pasukan yang baru naik ke La Liga iaitu Hercules, tidak dapat menyaingi hantaran-hantaran seperti Barcelona, namun mereka bermain dengan sangat bertahan dan hanya membuat serangan balas. Liverpool (kurang dari 4 tahun lepas) pergi ke Nou Camp, menggunakan taktik yang sama dan menang 2-1, tetapi ianya sebuah pasukan yang berbeza dari sekarang kerana ianya pasukan yang dibimbing pada saat-saat akhir Rijkaard bersama Barcelona. 

Jika Arsenal bermain secara bertahan, mereka pasti akan dihancurkan kerena mereka tidak biasa dengan taktik tersebut dan barisan pertahanan juga tidak cukup mantap. Dua tahun lepas Koscielny bermain di liga bawahan Perancis, ianya sesuatu yang sukar jika kita mengharapkan beliau dapat berdepan dan mengawal David Villa dan Lionel Messi.

Pertama sekali, Arsenal perlu mengharapkan Thomas Vermaelen sudah cergas pada Febuari kerana ketiadaan seorang pemain pertahanan ball-playing ini, Arsenal pasti dapat diratah dengan mudah lebih-lebih lagi Barcelona yang sentiasa menekan tanpa henti. Vermaelen seorang yang bijak untuk mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan dan memulakan gerakan dari bawah. Wenger juga perlu membuatkan van Persie lebih tajam ketika menyerang. Ketika menentang Man City, beliau telah mempamerkan tanda-tanda untuk menjadi David Villa versi Arsenal, seorang yang boleh berhubung baik dengan pemain lain disekeliling beliau sementara menjadi focal point atau titik utama ketika mereka naik untuk menyerang. Namun beliau masih nampak tumpul dan tidak konsisten semenjak kembali dari kecederaan.

Theo Walcott juga perlu bermain dalam perlawanan ini dimana tahun lepas beliau yang melakukan perbezaan dalam rentak permainan di Stadium Emirates. Jika beliau bermain dibahagian kanan seperti kebiasaannya, kecenderungan beliau untuk turun bertahan sangat bermanfaat terhadap David Villa. Kekurang bakat untuk bertahan menjadi sebab utama Arshavin harus duduk dibangku simpanan. Wenger juga boleh mencuba nasib untuk meletakkan Walcott disebelah kiri kerana kebanyakan ancaman Barcelona musim ini datang dari Dani Alves yang selalu naik keatas, kadang-kadang beliau seakan-akan pemain tengah tambahan. Jika Walcott diletakkan dibahagian ini, secara tidak lansung akan membuatkan Alves sentiasa berada diposisi asal dan kemungkinan juga Pedro akan turun membantu. Apa-apa pun kepantasan Walcott seharusnya menjadi kunci kepada garisan pertahanan Barcelona yang tinggi.

Kedua-dua pasukan bermain dengan cara yang hampir sama, meneruskan kawalan bola dan membuat hantaran melepasi pertahanan lawan. Arsenal mempunyai banyak attacking player untuk dipilih dari bangku simpanan sedangkan Barcelona mempunyai kesebelasan utama yang lebih baik. Arsenal mungkin harus bermain dengan lebih direct dengan menhantar bola terus kedepan kepada van Persie dan Walcott, sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Namun disebabkan barisan pertahanan yang agak lemah, Arsenal perlu mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol kerana ianya adalah satu-satunya cara untuk terus berada dalam kejohanan ini.

Diterjemahkan dan diolah dari artikel tulisan Sameer Chopra, EPLTalk.

Thursday, January 6, 2011

Sejak sepak mula permainan lagi Arsenal menguasai penuh permainan yang mana City hanya mampu bertahan. Tiga mata penuh seolah-olah milik Arsenal apabila beberapa percubaan berbahaya berjaya dilakukan termasuk dua kali terkena tiang hasil percubaan Cesc Fabregas dan Robin van Persie pada separuh masa pertama. Segalanya berjalan lancar dan jika ianya berterusan pasti gol akan datang jua.

Walcott banyak mengkucar-kacirkan pertahanan City tapi tiada penyudahan atau hantaran cantik
Namun begitu kita hanya mengutip satu mata gara-gara taktik anti-football/bacul Mancini yang meletakkan bas didepan gol pada separuh masa kedua. Taktik busuk ini diguna pakai oleh anak-anak buah Mancini dengan jayanya apabila mereka berjaya mengurangkan percubaan berbahaya Fabregas & Co. dan ianya sangat efektif terhadap pasukan yang suka main passing cantik-cantik dan taknak hentam rembat terus seperti Arsenal.

Menurut statistik perlawanan, City hanya membuat 5 percubaan kearah gol dan tiada lansung percubaan tepat, 13 kesalahan berbanding Arsenal hanya 6 dan posesi bola pula 62% Arsenal, 38% City. Jelas sekali keputusan seri sudah cukup memadai buat mereka. Memang bangang abis, pasukan yang belanja lebih £350 juta sejak dua tahun lepas, tak ada ambition seperti juara sebenar.

Roberto Mancini dipetik berkata:
Arsenal is a good team, they play football very well. It's the same when you play against Barcelona, you must defend very well if you don't want to lose the game. I think that if we had Silva, Balotelli, probably it might have been a different game.

Aku terima part pujian tu dan tak dinafikan sesebuah pasukan perlu bertahan dengan sebaik mungkin jika tak nak kalah. Akan tetapi alasan tu hanya sesuai untuk pasukan yang takde bajet atau pasukan bawahan macam West Ham, Wigan atau Liverpool je, bukan untuk pasukan yang berbelanja ratusan juta pound. Belanja beli pemain pun dah banyak, takkan tak cukup lagi kualiti nak kalahkan Arsenal? Alasan Silva dan Balotelli? Mana pergi Wright-Phillips, Adebayor dan Santa Cruz? Beli mahal-mahal tapi tak pakai.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan persembahan Arsenal baik melalui individu mahupun berpasukan. Mereka sudah memperlihatkan kesungguhan untuk menang cuma digagalkan oleh taktik keji pihak lawan dan juga tidak bernasib baik. Mungkinkah rambut baru Alex Song yang ala Abel Xavier buat suwey? Tapi takleh nak kata gak sebab Song nampak solid bertahan sebagai perisai untuk barisan pertahanan. Namun aku sedikit rasa tak puas hati dengan taktik Wenger yang taknak masukkan Maroune Chamakh apabila van Persie kelihatan kurang berupaya untuk meneruskan permainan selepas minit ke-70.

Fakta dari Orbinho:
  • Arsenal pasukan kedua terbanyak menerima kad merah dengan 5 kad setakat ini dibelakang West Brom sebanyak 6 kad.
  • Dalam 7 perlawanan liga musim ini yang mana Arsenal tidak jaringkan gol pada separuh masa pertama, hanya 1 perlawanan sahaja Arsenal berjaya kutip tiga mata penuh.
  • Arsenal adalah pasukan yang paling banyak terkena tiang untuk musim ini iaitu 13 kali.
Video Highlights

Wednesday, January 5, 2011


Cesc Fabregas hari ini telah memberikan hint dalam account twitter beliau bahawa kita semua bakal melihat seorang pemain baru dalam skuad Arsenal esok. Adakah dalam senyap-senyap Arsene Wenger berjaya membeli seorang pemain baru? Siapakah pemain yang beliau maksudkan itu dan apakah yang akan menakutkan kita semua? Fabregas kemudiannya menyambung tweet beliau dengan menulis “You guys are so impatient … can you not wait 24h??? :-p”.

Setelah melakukan sedikit kajian, pemain yang mungkin ketua pasukan kita maksudkan itu adalah Alex Song. Ini  kerana 24 jam dalam masa tweet tersebut adalah waktu sepak mula Arsenal menentang Man City dan tidak mungkin Wenger akan perkenalkan pemain baru pada waktu itu. Sementara itu Craig Eastmond juga dalam account twitter beliau menyarankan kita semua supaya tunggu dalam masa 24 jam untuk lihat rambut baru Alex Song.


Apa-apa pun kita tunggu je lah pagi nanti macam mana agaknya rambut baru Alex Song. Harap-harap rambut baru beliau tu tak bawak sebarang nasib malang buat Arsenal.

Kredit kepada: WhoAteAllThePies

Catatan 10.84 saat dalam larian pecut 100 meter ketika latihan bersama Chukyo High School menjadikan budak baru Arsenal ini yang kedua terpantas di Stadium Emirates selepas Theo Walcott. Masa larian ini adalah sedikit lambat dari apa yang Walcott pernah rekodkan iaitu 10.30 saat.

Pemain Asia dari Jepun kedua yang dibawa masuk selepas Junichi Inamoto
Larian laju dan kepantasan dalam menggelecek menjadi aset utama bintang muda dari Jepun ini dan pada catatan 10.84 saat, beliau akan menjadi salah seorang pemain terpantas di negara beliau. Apabila digabungkan kelincahan kaki dan kemahiran teknikal yang ada pada Miyaichi, ia menjadikan pemain berusia 18 tahun ini sukar untuk dijaga oleh pertahanan pihak lawan.

Rekod dunia untuk larian pecut 100 meter dilakukan oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.58 saat. Ramai yang tidak tahu sebenarnya Walcott dan Miyaichi masing-masing pernah ditawarkan peluang untuk menceburi acara larian pecut secara professional, namun mereka menolak pada usia muda kerana minat yang mendalam dalam bola sepak.

Kedua-dua pemain sayap yang boleh bermain di posisi penyerang ini juga dikatakan jauh lebih pantas dari pemain seperti Thierry Henry. Walaupun tiada catatan rasmi untuk larian pecut 100 meter lagenda Arsenal tersebut, difahamkan ianya dalam lingkungan 11 saat.

Diambil dari: YoungGunsBlog

Tuesday, January 4, 2011

Kolo Toure tengah buat headlock kat Adebayor, belum Yaya join sekali tu
Menjelang perlawanan menentang kelab lama mereka, dua bekas bintang Arsenal ini telah terlibat dalam pergaduhan semasa sesi latihan sebagai persedian terakhir sebelum bertandang ke Stadium Emirates pagi esok. Difahamkan ianya disebabkan oleh ketidak sefahaman ketika sesi latihan. Pertelingkahan ini bagaimanapun berjaya dileraikan oleh bekas lagenda Arsenal, Patrick Vieira dan pemain pertahanan City, Vincent Kompany.

Insiden yang sudah pastinya akan mengeruhkan lagi keharmonian bilik persalinan City ini merupakan satu lagi  tamparan hebat buat Roberto Mancini setelah David Silva dan Mario Balotelli disahkan tidak dapat bermain menentang Arsenal. Tiada alasan yang munasabah jika kita gagal mendapatkan tiga mata penuh esok memandangkan pihak lawan kini mengalami masalah dalaman.

Ekslusif dari: Mirror Football (Klik link untuk lagi gambar)

Bowyer memang terkenal dengan permainan kasar beliau
Pemain veteran yang dilihat dua kali mengasari Bacary Sagna dalam perlawanan menentang Birmingham tempoh hari ini dikenakan tindakan gantung tiga perlawanan oleh FA England. Bowyer terlepas dari sebarang tindakan apabila pengadil perlawanan, Peter Walton, tidak menyedari insiden kekasaran tersebut yang mana kemudiannya beliau ditukarkan pada separuh masa kedua.

FA England memutuskan hukuman pada hari ini apabila ulang tayang dengan jelas menunjukkan Bowyer dilihat menghentak peha Sagna secara sengaja. Sementara itu Walton mengakui beliau pasti melayangkan kad merah jika beliau nampak insiden ini pada waktu itu. Menurut statistik dari OptaJoe, pada perlawanan tersebut Birmingham telah melakukan lapan kekasaran namun pengadil perlawanan menghukum hanya tiga daripadanya.

Laporan: Sky Sports