Tuesday, August 31, 2010

Armand Traore yang telah diberi lampu hijau oleh Arsene Wenger untuk berpindah ke kelab lain setelah beliau menjadi pilihan ketiga dibelakang Clichy dan Gibbs dikatakan menjadi buruan Juventus, Birmingham City dan juga West Ham. Namun begitu hanya Juventus yang sedang mencari pengganti Fabio Grosso, mengesahkan minat mereka terhadap bek kiri berusia 20 tahun itu. 

Ketika ini Traore dikatakan sedang berbincang dengan Juventus yang semakin hampir menemui kata sepakat dalam perjanjian pinjaman dan bayaran perpindahan berniliai £3.3 juta selepas itu. Beliau dijangka akan menerima tawaran dari kelab gergasi Itali itu berbanding Birmingham City dan West Ham yang tidak mempunyai reputasi tinggi. Sebelum ini Traore pernah menolak tawaran perpindahan ke Benfica kerana gaji yang ditawarkan rendah dari apa yang beliau dapat sekarang. 

Dalam pada itu, situasi pembelian penjaga gol baru Arsenal menjadi semakin rumit. Seperti yang kita tahu, Mark Schwarzer sememangnya ingin bermain untuk the Gunners tetapi Fulham hanya akan melepaskan beliau jika mereka dapat mencari pengganti penjaga gol kebangsaan Australia tersebut. Oleh kerana itu, Fulham dikatakan cuba mendapatkan khidmat Shay Given menerusi perjanjian pinjaman sebagai ganti.

Given masih yakin beliau boleh menandingi kehebatan Joe Hart
Namun, hasrat Arsenal dan Schwarzer mungkin tidak dapat direalisasikan setelah Shay Given menyatakan hasrat untuk terus kekal bersama Man City dan berjuang untuk mendapatkan kembali tempat beliau yang dirampas oleh Joe Hart. Peluang untuk melihat Schwarzer bermain untuk Arsenal musim ini menjadi semakin tipis setelah penjaga gol pilihan kedua Fulham, David Stockdale dilaporkan mengalami kecederaan.

Pasti ada yang tertanya kenapa Arsenal tidak cuba dapatkan khidmat Shay Given. Walaupun tidak dapat dipastikan sebab sebenar, ramai yang menjangkakan ianya disebabkan Man City tidak mahu melepaskan salah seorang pemain terbaik mereka menyertai the Gunners yang sedang dalam usaha memperkuatkan barisan pertahanan.

Satu lagi berita yang kurang menyenangkan ialah berkenaan kecederaan di pergelangan kaki yang dialami oleh Robin van Persie pada perlawan menentang Blackburn tempoh hari. Walaupun pada awalnya Wenger menjangkakan van Persie hanya akan direhatkan selama 8 hingga 10 hari, laporan terbaru dari persatuan bolasepak Belanda (KNVB) mengatakan ianya akan mengambil masa selama beberapa minggu untuk pulih.

Sementara itu, Mikael Silvestre telah melengkapkan perpindahan beliau ke Bundesliga dengan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Werder Bremen setelah kontrak bersama Arsenal tamat pada musim panas yang lalu.

Tagged: ,

1 comment:

  1. traore sorg player yg baik, xde mslh yg diciptanya..cuma sukar bgnya utk menandingi clichy n gibbs yg ckup baik pd posisi mrk..semoga traore dpt menimba sesuatu yg brmakna di juve..utk silvest terima kasih ats jasa yg ditaburkan walupn kdg2 kesal tgk prmainannya,tp ada ms membantu jg..ok la tu werder jg adlh sebuah pasukan yg hebat..

    fasal keeper ni ssh jg lah, given n schwarzer rasanya mmg brkubur cantu je..ada baiknya sental je almunia tu ckup2, dia bkn x bagus kalu x bagus lehmann xdela jatuh pgkat krn dia..cuma skrg ni je,tp utk prmulaan musim ni xde lah terukpun..1 2 mistake tu biasalah, cuma jgn nmpk mistake tu bodoh sgt je..

    ReplyDelete