Thursday, August 19, 2010

Arsenal.com telah mengesahkan bahawa Samir Nasri akan berehat selama satu bulan bagi menjalani pembedahan kecil dibahagian lutut. Beliau mengalami kecederaan tersebut ketika perlawanan pembukaan menentang Liverpool di Anfield hujung minggu lepas. Namun begitu situasi ini tidaklah begitu membimbangkan kerana tempat beliau akan diganti oleh Cesc Fabregas yang dijangka cukup cergas pada perlawanan menentang Blackpool sabtu ini.

Nasri akan berehat sebulan
Koleksi pemain muda Arsenal akan bertambah lagi dengan kehadiran Serge Gnabry dari kelab Vfb Stuttgart. Menurut laporan Young Guns, kedua-dua kelab telah bersetuju dalam perjanjian perpindahan Gnabry dan pemain tengah yang layak mewakili pasukan kebangsaan Jerman atau Ivory Coast itu akan menandatangani kontrak bersama the Gunners pada Julai tahun depan apabila umur beliau cukup 16 tahun. Arsenal dijangka membayar pampasan sebanyak £100 ribu untuk pemain play-maker yang berpotensi besar itu.

Gnabry adalah seorang pemain attacking midfielder yang laju, dikatakan boleh juga bermain diposisi right midfielder ataupun di belakang penyerang. Beliau adalah pemain yang memainkan peranan besar untuk skuad bawah 16 tahun Stuttgart yang menjuarai Piala Nike awal tahun ini yang mana beliau dianugerahkan sebagai Player of the Tournament. Gnabry dijangka akan berlatih bersama Arsenal semasa cuti musim sejuk di Bundesliga pada Januari. Ianya sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang kehidupan di London kelak.

Sementara itu nasib malang buat Ryo Miyaichi apabila kaki beliau patah ketika perlawanan percubaan bersama kelab Ajax Amsterdam. Miyaichi sebelum ini pernah menjalani latihan bersama the Gunners selama seminggu dimana beliau berjaya menarik perhatian Arsene Wenger. Beliau kemudian terbang ke Belanda setelah mendapat tawaran untuk percubaan bersama Ajax pula. Sebelum beliau berlepas, Wenger memberikan kata-kata semangat dan berjanji akan menghantar scout  untuk mengikuti perkembangan beliau.

Namun begitu, Arsenal kini telah menamatkan minat untuk mendapatkan pemain sayap dari Jepun itu setelah tulang fibula beliau patah dalam perlawanan menentang SVV Scheveningen. Miyaichi sebelum itu dikatakan sudah hampir untuk menandatangani kontrak bersama Ajax.

Tagged: ,

1 comment:

  1. I absolutely love your blog.. Excellent colors & theme.
    Did you make this site yourself? Please reply back as I'm trying to create my own blog and want to learn where you got this from or what the theme is named. Many thanks!
    Look into my homepage ... transfer rumours man utd january 2010

    ReplyDelete