Wednesday, June 29, 2011

Bosan dengan berita khabar angin? Baiklah mari baca berita mengenai lagenda kita Dennis Bergkamp yang baru sahaja dilantik sebagai penolong pengurus di Ajax Amsterdam.

Lagenda yang tiada ganti
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan jurulatih skuad remaja dinaikkan 'pangkat' oleh pengurus Ajax, Frank De Boer yang juga bekas rakan sepasukan ketika bersama kelab itu dan peringkat kebangsaan.

Pada Februari lepas, Arsene Wenger telah membuka pintu kepada Bergkamp untuk menyertai pasukan jurulatih Arsenal pada masa akan datang apabila membuat kenyataan bahawa individu yang pernah digelar 'The Iceman' kerana jarang senyum tetapi berbisa itu bakal menjadi jurulatih yang bagus.

Bergkamp tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke London dan menyertai pasukan jurulatih Arsenal yang mana beliau mempunyai keinginan melatih barisan penyerang secara umumnya.

Beliau dipetik berkata:
I wouldn't rule out. I really love this club and the country and I love working here.

Namun begitu Bergkamp menerangkan bahawa beliau masih belum bersedia dengan komitmen untuk menjadi pengurus dimana kita semua tahu salah satu sebab utamanya adalah kerana beliau fobia untuk menaiki kapal terbang yang sememangnya akan menggangu tugas untuk menjadi pengurus yang hebat.

Bergkamp menambah:
Being a coach means you have to work 24 hours a day and that does not suit me. You have to watch matches at home, travel to see other teams, prepare training - it is something that I am not ready to do.

Video kat bawah ni aku ambil secara random kat youtube. Layan je lah.


Sumber: Daily Mail






Ini dia baju away Arsenal musim 11/12. Nampak lebih garang Verminator kita. Aku harapkan xde la die injured macam season lepas pre-season semangat tapi xstart season lagi da cedera. Amin. Nasri dengan muke cute die. Masih menanti muka-muka baru di Arsenal. Sabar je la..

Monday, June 27, 2011

Arsene Wenger dikatakan sudah memulakan perbincangan bagi melanjutkan kontrak Gael Clichy yang akan berakhir hujung musim depan. Clichy sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain dimana AS Roma dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Clichy mahu cabaran baru?
Menurut laporan SkySports Wenger kini sedang berusaha meyakinkan Clichy untuk menandatangani kontrak baru. Beliau dipetik berkata:
We have started talks with Gael and want him to stay.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain berusia 25 tahun ini lebih berminat untuk berhijrah ke Liverpool manakala Wenger pula keberatan untuk melepaskan salah seorang left back terbaik Liga Perdana ini menyertai ke kelab rival tersebut.

Menurut laporan media, Clichy mahu berpindah atas alasan mahu cabaran baru dalam perjalanan karier beliau. Bagi aku alasan ini tak munasabah kerana banyak lagi sebenarnya cabaran yang harus ditempuhi kalau beliau bersama Arsenal. Kasi menang liga atau Champions League dulu la.

Pasti korang perasan aku ada highlight kenyataan Clichy adalah salah seorang left back terbaik dalam Liga Perdana kat atas tu kan? Baiklah, statistik yang akan aku tunjuk kat bawah ni aku ambik dari AnfieldIndex.com, sebuah blog Liverpool yang membuat laporan berdasarkan statistik.

Kenapa info dari blog Liverpool? Well, antara posisi yang perlukan peningkatan dalam skuad Liverpool adalah left back. Maka diorang sekarang tengah sibuk mencari calon yang sesuai. Untuk itu, AndfieldIndex telah membuat perbandingan 5 pemain yang dikategorikan dalam kumpulan terbaik.

Mereka adalah Patrice Evra, Jose Enrique, Leighton Baines, Gael Clichy dan Ashley Cole. Namun hanya Enrique, Baines dan Clichy merupakan target Liverpool manakala Evra dan Cole tu hanyalah untuk perbandingan semata-mata.

Kita mulakan dengan statistik ketika bertahan lima pemain tersebut.


Aku akan highlightkan yang penting-penting sahaja, yang lain tu korang lihat dan nilaikan sendiri. Diantara kelima-lima pemain tersebut, Clichy adalah yang paling banyak melakukan terjahan iaitu sebanyak 111 kali dan peratusan terjahan bersih yang berjaya dilakukan adalah 81%. Walaupun peratusan Enrique sedikit tinggi iaitu 84%, tapi jumlah terjahan yang dilakukan adalah sangat kurang iaitu hanya 61 kali.

Seterusnya intercept ataupun pintasan, sekali lagi Clichy mendahului kesemuanya dengan 110 kali pintasan dengan purata sekurang-kurangnya 3 pintasan dalam satu perlawanan. Ianya adalah jumlah yang jauh lebih tinggi dari yang lain.

Kita lihat pula pada statistik kehilangan bola, Clichy adalah yang paling kurang hilang bola dari kawalan iaitu hanya 28 kali. Sekali lagi perbezaan nya sangat jauh diantara mereka berlima.

Setakat itu sahaja statistik bertahan yang ingin aku huraikan, kita teruskan dengan statistik ketika menyerang pula.


Statistik Clichy ketika menyerang tidak sehebat ketika beliau bertahan. Walaupun begitu, data yang dikumpul tidak jauh bezanya dengan left back yang lain. Hanya Baines sahaja yang nampak terlebih hebat ketika menyerang. Mungkin kerana corak permainan Everton yang banyak menggunakan hantaran lintang.

Jose Enrique dan Leighton Baines juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates jika Gael Clichy berpindah ke kelab lain. Menurut statistik yang ditunjukkan, Jose Enrique adalah yang paling tidak menyerlah dalam kelima-lima mereka. Apa yang boleh aku rumuskan, Enrique adalah left back yang kuat gentel (65) maka tak mustahil jugalah beliau paling banyak terlepas kawalan bola (80).

Manakala Leighton Baines pula sangat bagus ketika menyerang. Statistik telah menunjukkan segala-galanya tapi seperti yang aku terangkan kat atas tadi, ianya bergantung juga dengan corak permainan. Banyak serangan Everton dilakukan dengan hantaran lintang dimana akan ada Tim Cahill dan kawan untuk menanduk bola masuk kedalam gawang. Ini bukan taktik Arsenal. Maka aku tak nampak apa gunanya pemain yang banyak buat hantaran lintang ni. Atau Wenger yang harus tukar taktik? Dari aspek bertahan pula, beliau nampak hanya lebih baik dari Enrique.

Bagi aku, Clichy masih lagi jadi pilihan untuk menggalas tugas left back. Sebelum ini kita tak berapa nampak Clichy ni hebat sangat tapi bila dah buat perbezaan camni baru kita tahu beliau adalah diantara yang terbaik. AnfieldIndex juga merumuskan Gael Clichy adalah left back terbaik dalam Liga Perdana. Liverpool nak sangat Clichy ni. Jangan biarkan!

Menurut Mail Online, Arsenal dikatakan telah bersedia untuk memecahkan rekod bayaran perpindahan pemain apabila membida pemain sayap Valencia iaitu, Juan Manuel Mata dengan harga £18m.

Mata merupakan hasil dari produk akademi remaja Real Madrid
Mata yang baru sahaja membantu skuad Sepanyol menjuarai UEFA U-21 Championship 2011 di Denmark baru-baru ini, dilaporkan telah bersedia untuk membincangkan mengenai masa depan beliau.

Selain bermain di posisi sayap, pemain berusia 23 tahun ini boleh juga beraksi sebagai pemain tengah. Kebiasaannya Mata ditugaskan untuk beraksi sebagai sayap kiri oleh Valencia, namun ketika mewakili Sepanyol bawah 21 tahun yang lalu, beliau diletakkan di posisi sayap kanan dan masih dapat beraksi dengan cemerlang.

Juan Mata juga merupakan salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 yang lepas dan beliau setakat ini telah menjaringkan 4 gol dalam 11 penampilan diperingkat antarabangsa.

Keupayaan Mata untuk membuat penyudahan yang baik serta bijak mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol membuatkan Wenger tidak teragak-agak untuk berbelanja besar untuk membawa beliau ke Stadium Emirates.

Jika berita ini benar dan Arsenal berjaya dapatkan Mata, kemungkinan besar beliau merupakan sebagai pengganti kepada Samir Nasri yang masa depan bersama Arsenal masih lagi samar-samar memandangkan tiada kata sepakat dapat dicapai dalam rundingan lanjutan kontrak. Walaupun begitu, Arsenal mungkin terpaksa bersaing hebat dengan Liverpool yang telah lama dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Juan Mata.

Juan Mata mengingatkan aku kepada Jose Antonio Reyes. Mungkin kerana mereka berbangsa Sepanyol dan bermain di posisi yang sama iaitu sayap kiri. Jika diimbas kembali, Reyes memulakan karier dengan baik bersama Arsenal namun tidak tahan dengan corak permainan fizikal Liga Perdana serta mengalami masalah kecederaan membuatkan prestasi beliau mula jatuh.

Sementara itu, Inter Milan dilaporkan telah membuat tawaran rasmi sebanyak £12 juta kepada Velez Sarsfield bagi merampas Ricky Alvarez dari Arsenal. Alvarez menjadi target utama pengurus baru Inter, Gian Piero Gasperini dan ingin jadikan playmaker tersebut sebagai pembelian pertama beliau.

Sunday, June 26, 2011



Aku tak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir kepada Samir Nasri! Kekal lah di Arsenal. We all love you. Tak kira juga rakan2 seperjuangan juga turut mengucapkan hari jadi ini kepada dia.




Asyik khabar angin player masuk je. Ne yang keluar pulak. Mark Randall sedia meninggalkan Arsenal dengan percuma dan join Chesterfield.

Pemain berusia 21 tahun ini membuat hanya 13 penampilan utama semasa di Arsenal dan selebihnya loan ke kelab-kelab lain. Dia telah bermain untuk Burnley, MK Dons, dan Rotherham United season lepas hanya membuat 10 penampilan. Randall setuju kontrak 1 tahun bersama kelab tersebut.

Lagi 1 kes Samba, baru sahaja tandatangan lanjutan kontrak sehingga 2015 Feb. Striker Blackburn, Roberts mengakui ia adalah sukar untuk seorang pertahanan yang mantap untuk menolak keinginan bermain di Arsenal. Dia berkata di Skysport:

There's no doubt Chris Samba has done well for the football club and he signed a new contract recently.I'm sure the club will do everything in their power to keep him, but Arsenal's a big challenge and a big club and you would understand if he wants to go and play Champions League football as much as it would be an issue for us.I'm sure we're going to work hard to keep him. It's a big draw.

Dengan team mate dia sendiri sudah menyokong dan berharap dia akan kekal. Kemungkinan kita akan terlepas Samba. Lagi ditanya samada Samba ada kualiti untuk menjadi seorang pemain Arsenal. Roberts menambah:

I think there is no doubt in that. You see what he has done and brought to our team.There is no doubt that he can perform at Champions League level.

Saturday, June 25, 2011

Sebenarnya berita ini masih belum lagi dapat dipastikan kesahihannya namun SkySports hari ini melaporkan bahawa presiden Palermo telah mengesahkan bahawa Ricardo Alvarez sudah menandatangani kontrak bersama Arsenal.

Alvarez boleh juga bermain diposisi second striker
Palermo dikatakan telah cuba mendapatkan playmaker Velez Sarsfield tersebut sejak Januari lepas tetapi gagal melengkapkan proses perpindahan pada masa yang ditetapkan. Kini Palermo terpaksa akur bahawa mereka telah tewas kepada Arsenal dalam persaingan ini.

Presiden Palermo, Maurizio Zamperini dipetik berkata kepada stesen radio Itali, Radio Kiss Kiss:
We did have a concrete bid for Alvarez and had him in our grasp back in January. Unfortunately, we didn't complete the move in time, so we lost him to Arsenal. At this moment he has already signed for the Gunners.

Jika korang ingat lagi entri aku bulan lepas iaitu temubual Wenger dengan stesen radio RTL, Wenger mengatakan beliau merancang untuk menghabiskan cuti musim panas kali ini di Amerika Latin sambil mencari prospek baru. Adakah prospek yang dimaksudkan Ricardo Alvarez?



Thursday, June 23, 2011

Ramai yang tidak kenal siapa Ricardo Gabriel Alvarez, termasuk juga aku. Alvarez adalah pemain kidal berbangsa Argentina yang kini mewakili kelab Velez Sarsfield dan bermain di posisi attacking midfielder.

Dua medal Argentine Primera Division dimenangi bersama Velez, iaitu pada 2009 & 2011
Aku tak tahu pulak sejauh mana hebatnya pemain berusia 23 tahun ni dan menurut statistik yang aku jumpa, sejak memulakan karier professional bersama Velez pada tahun 2008, beliau telah membuat penampilan sebanyak 54 kali dan menjaringkan 6 gol.

Sebenarnya scout Arsenal yang berpangkalan di Brazil, Sandro Orlandelli sudah tiga tahun memantau perkembangan Alvarez apabila beliau menunjukkan tanda-tanda positif ketika berumur 20 tahun lagi dan sejak itu juga ramai scout dari kelab lain turut membuat pemantauan.

Pada 27 May lepas, Young Guns telah melaporkan bahawa Richard Law telah terbang ke Montevideo untuk berjumpa wakil rasmi kelab dan berbincang mengenai kemungkinan untuk mendapatkan Alvarez. Law adalah salah seorang ahli dalam team eksekutif Ivan Gazidis. Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan hal perbincangan kontrak pemain dan juga menjadi konsultan untuk rangkaian scout Steve Rowley.

Namun begitu perjanjian tidak dapat dimetrai berikutan Velez meminta £10.7 juta bagi melepaskan playmaker tersebut. Arsenal dikatakan masih lagi dalam pemburuan untuk dapatkan Alvarez namun tidak diketahui samada Arsenal akan membuat bidaan seperti diminta Velez memandangkan beliau akan dijadikan pemain gantian dan bukan kesebelasan utama.

Menurut sebuah laman web Argentina, Olé, Inter Milan, AC Milan, Roma, Malaga, Sporting dan sebuah kelab Jerman turut menghubungi Velez berkenaan Alvarez dan sejumlah tawaran telah dibuat namun Olé melaporkan hanya Arsenal betul-betul berminat dengan pemain tengah tersebut.

Scout Arsenal untuk bakat muda Argentina boleh dikatakan pandai membuat penilaian terhadap pemain-pemain yang dicari dan dikatakan Arsenal pernah membuat perbincangan dengan wakil kelab untuk mendapatkan Javier Mascherano dan Ángel di María sebelum mereka mencipta nama dan berpindah ke kelab lain.

Sumber: Young Guns


Emmanuel Frimpong sedia melutut untuk terus kekal di Arsenal, jika Arsenal membuat keputusan untuk menjualnya musim panas ini.

Musim panas lepas, anak kelahiran Ghana ini bersedia untuk berlawan kesebelasan utama Arsenal tetapi dia menderita ligamen yang teruk semasa latihan dan sekarang dilaporkan dia ini akan dipinjamkan untuk memberi ruang merasa kesebelasan utama dikelab lain.

Tetapi, budak 19 tahun ini memberitahu twitter akaun yang dia tidak ada minat untuk meninggalkan Arsenal sebaliknya akan terus memberi aksi terbaiknya untuk kekal bermain di kesebelasan utama Arsenal.

April, pemain muda ini memberitahu official website yang dia akan menggunakan kesempatan yang ada jika diberi peluang seperti mana Jacky melakukan season lepas, dengan yakinnya mengekalkan tempat dimata Wenger selepas menunjukkan aksi yang memberansangkan semasa menentang Liverpool dan Blackpool.

Melalui masa depan nya ini Frimpong tweet kn :
Arsenal FC is pumping through my veins. I will never leave Arsenal even if I get released I will beg on both knees to stay they’re going to have to escort me [out].

Monday, June 20, 2011

Bidaan Arsenal untuk mendapatkan Chris Samba bermasalah apabila Blackburn inginkan sekurang-kurangnya £12 juta untuk melepaskan pemain pertahanan berumur 27 tahun tersebut. Ini disebabkan tertulisnya didalam kontrak ketika Blackburn mendapatkan Samba dari Hertha Berlin bahawa kelab Jerman itu akan mendapat 15% daripada hasil penjualan beliau.

Samba dilahirkan di Perancis tetapi memilih untuk mewakili Congo
Blackburn yang berjaya mendapatkan khidmat Samba dari Hertha pada tahun 2007 dengan bayaran perpindahan hanya £450,000 memang tidak mahu melepaskan pemain pertahan bertubuh sasa ini dan kalau boleh mereka mahu Samba kekal sekurang-kuranya satu musim lagi. Namun, pada awal bulan ini Samba sendiri pernah menyatakan hasrat untuk bermain bersama Arsenal.

Seperti yang kita semua ketahui, Arsene Wenger memang sangat berkira berkenaan bayaran perpindahan pemain dan kalau boleh beliau mahukan bayaran yang paling minima bagi mengimbangi ekonomi Arsenal yang masih dibebani hutang pembinaan Stadium Emirates.

Sebelum ini Arsenal diberitakan sudah bersedia untuk membelanjakan £9 juta untuk Samba namun kini perpindahan ini dijangka akan sukar untuk direalisasikan ditambah pula musuh tradisi, Spurs dilaporkan turut berminat membawa pemain kebangsaan Congo ini ke London Utara.

Ini adalah bidaan kedua yang bermasalah buat Arsenal apabila Arsene Wenger juga dikatakan sukar untuk mendapat kata sepakat dengan Southampton berhubung dengan bayaran perpindahan Alex Chamberlain sebelum ini.

Sehingga ke waktu ini, hanya Carl Jenkinson diumumkan sebagai pemain yang baru dibawa masuk ke Stadium Emirates namun desas desus kuat mengatakan bahawa proses pembelian Gervinho berjalan dengan lancar dan Arsenal dijangka akan mengumumkan secara rasmi beliau sebagai pemain Arsenal pada minggu ini.

Sumber: Mail Online

Saturday, June 18, 2011


Samir Nasri ingin membuktikan bahawa beliau bukan hanya bagus untuk 1 musim! Selepas persembahan yang mengkagumkan semusim 10/11 dengan memengangi PFA Player Of The Year, dia berazam untuk terus berusaha keras.

As a player, it is hard to stay at the top of your game,I don't want last season to be just a one-off. I want to continue playing at my best and be consistent at the level I was at the start of last season.This is the difference between a good player and a great player - and I know the expectations will be higher on me too.

Nasri akan terus dikaitkan dengan kebanyakkan kelab besar, tapi hanya mahu kekal bermain buat masa sekarang di Arsenal. Beliau berkata lagi:

As a team, we all realise now what we need to do to win a trophy,"We had everything to be champions, but if you look at it, every time we played to go top of the league, we never did.In terms of talent, I feel Arsenal had the best squad of the whole league. We played the best football. We were the best team, even if Manchester United had a good season too.

Nasri masih belum menandatangi sebarang sambungan kontrak lagi, hanye menunggu tawaran yang berkenan dihati oleh Arsene baru la dia sign. Semua peminat pasti mahukan dia ini menyarung jersi Arsenal season depan. Dengan performance season lepas nasri menambah:

We have improved so much, and if the boss adds some good players, I really believe a trophy will be won.


Defend Arsenal Djourou menegaskan bahawa ini adalah musim terbaik beliau bermain penuh dengan bukan major injuries pun la. Dia telah memberitahu lagi bahawa sedia bermati-matian untuk mendapat tempat dimata Si Arsene ini walaupun arsene sedia melabur untuk menguatkan lagi bahagian defend. Kecederaan bahu yang dihadapi semasa perlawanan FA cup menentang ManSetan tidak la terlalu lama. Dengan Perlawanan pre-season, Djourou berkata:

It was good for me to come back into the team, after the hard year I had with injury, to come back and play that well was very good.I’ve been here a long time, I want to keep my place and become a better player. When you play in the top flight each player has to push himself and battle for his place, and I am no different.I know I can improve and that I have a lot in me, so now I have to improve in time for pre-season and be ready for the team.Last season, I had a little shoulder injury at the end, but I think overall it was very good for me.I hope it’s the case that other players look to me because I have experience, and that the manager continues to have confidence in me.

Mungkin juga terlalu banyak beban, kadang-kala memang perlu juga backup team yang cukup mantap untuk menyokong 1st team. Aq pon masih menunggu new signing ne. :)

Friday, June 17, 2011

Akhirnya kita semua boleh menarik sedikit nafas lega apabila Fabregas mengesahkan bahawa beliau sangat gembira bersama Arsenal. Ini memberi petanda bahawa beliau akan kekal sekurang-kurangnya satu lagi musim di Stadium Emirates.

Gunner sejati
Kapten kita kini berada di Madrid untuk menghadiri majlis pelancaran minyak wangi terbaru, Angel Schlesser dan kesempatan itu diambil oleh akhbar Marca untuk menemubual Fabregas mengenai situasi masa depan beliau. Fabregas berkata:

I’m very happy, I’m an Arsenal player now, and that’s it. Wenger knows what I want and he’s the boss, he decides.

Apa yang dimaksudkan dengan "Wenger knows what I want" adalah samar-samar namun tidak syak lagi maksudnya Wenger tahu dan kita semua tahu Fabregas memang mahu pulang ke Barcelona. Akan tetapi, mungkin juga apa yang dimahukan Fabregas adalah pembaharuan dalam Arsenal bagi meyakinkan beliau pasukan ini mampu juga menjadi juara? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang dibincangkan bersama. Apa yang jelasnya dalam kenyataan Fabregas adalah, beliau gembira bersama Arsenal dan itulah yang paling penting.

Walaubagaimanapun, secara jujurnya Fabregas melahirkan rasa kecewanya apabila gagal memenangi sebarang piala. Ianya adalah normal kerana tak ada siapa yang gembira kalau tak menang. Dan apabila ditanya mengenai Barcelona, Fabregas berkata:

It’s frustrating not to win trophies. Barcelona are a great club, the best in the world, and playing there is a guarantee to win.

Dengan kenyataan tersebut maka sudah terang lagi bersuluh dan kita semua sudah tahu beliau memang mahu pulang ke Barcelona namun, tambah Fabregas lagi:

I won’t step forward and say I want to join Barça. After 8 years at Arsenal, I won’t harm the club. That’s not my way of being.

Yeah, thats the way lah. Selama bertahun-tahun Barcelona menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mendapatkan Fabregas dengan cara yang mudah dan murah. Apa yang dimahukan Barcelona adalah Fabregas mengeluarkan kenyataan umum bahawa beliau mahu berpindah ke Nou Camp. Dengan cara ini Arsenal akan mengalami tekanan untuk menjual beliau dan hubungan dengan penyokong juga akan renggang.

Namun beliau bukanlah seorang yang mudah terpengaruh dengan taktik tersebut. Fabregas juga tahu tawaran €30 juta Barcelona adalah sangat rendah buat pemain hebat seperti beliau. Hanya satu cara sahaja untuk perpindahan ini boleh dilaksanakan iaitu jika mereka menepati harga yang dinilai Arsenal, £50 juta.

Dalam pada itu presiden Barcelona, Sandro Rosell seolah-oleh memberi peluang kepada Arsenal untuk mengekalkan kapten kita ini dengan mengesahkan mereka tidak akan membuat tawaran melebihi dari apa yang ditawarkan musim lepas. Secara bengapnya Rosell menganggap nilai Fabregas sudah jatuh dari musim lepas. Rosell berkata:

Last year we offered €40m for Cesc, this season his value is less. What we can offer will also depend on his salary.

Maka dengan ini kemungkinan besar Fabregas masih akan bersama Arsenal musim depan, selagi tiada tawaran £50 juta dari Barcelona sekurang-kurangnya.

Sumber: ArseblogNews

Wednesday, June 15, 2011


Penyerang Saint-Etienne Emmanuel Riveri telah dikaitkan dengan kelab-kelab besar Eropah termasuk Arsenal. Pemain berusia 21 tahun ini menerangkan sekiranya Arsene mengambil dia ne, dia mungkin akan menjadi seorang pemain yang World Class la.. hehe. Dilahirkan di France, zaman kecik2 dia ne dijaga oleh Paris Saint-Germain, Olympique Lyonnais, dan kelabnya sekarang iaitu Saint-Etienne. Dia telah menjaringkan 19 gol dari 81 perlawanan bersama kelabnya itu.

Dengan ura-ura Bendtner yang na keluar tu, Arsenal mungkin akan menambah lagi striker kedalam pasukan. Gervinho? Banyak la kan.. Tapi tunggu je la ape-ape yang akan berlaku dalam 1 bulan sebelum Arsenal ke Malaysia. Pemain ini sempat berkata: 

I am flattered to be linked with the clubs mentioned. I am a young player, so to be linked with Arsenal is fantastic for me.If Arsene Wenger is interested in you it means you have potential to be a very good player.People compare me to Thierry Henry and that is a big compliment. If I can achieve half of his career I will be happy.

Tuesday, June 14, 2011



Boss Arsenal, Arsene Wenger telah menegaskan untuk mengekalkan Samir Nasri dan EL Capitan Arsenal Cesc Fabregas. Nasri yang hanya berbaki 1 musim dan menarik perhatian kelab-kelab besauu untuk mendapatkannya. Tak payah na cakap lagi la, semua sedia maklum. Wenger memberi amaran kepada sesiapa yg berminat untuk mendapatkan khidmat pemain perancis ini adalah sukar. Dia percaya bahawa Emirates Stadium adalah landasan yang sesuai untuk pemain berusia 23 tahun ini meningkat naik lagi. Wenger berkata: 

We will do everything to keep Nasri at the club. My wish is that he stays here,If he looks back he can see that he's come quite a long way with us, and I think there is still a bit to do.It's the club that makes the player's career.

Dengan Fabregas lagi, begitu kuat spekulasi dia ne sejak 12 bulan lepas. Media Sepanyol telah menunjukkan bahawa perjanjian 2 kelab ini hampir menjadi kenyataan. Namun, wenger sekali lagi menegaskan Fabregas tidak akan ke mana-mana, dan merasakan Arsenal bole menjaga star-star mereka di musim panas ini. Wenger mengulas tentang Fabregas; 

I will be pretty clear about this. For me, Fabregas is with Arsenal for a long time and he will stay with Arsenal.It sometimes happens that the rumour can make the transfer.Next year will see the introduction of the financial fair play system, which will limit the big transfers.I think this is the last year that the summer will be hot - very hot.


Dengan signing baru Arsenal, Carl berusia 19 tahun dan bermain di posisi Bacary Sagna sebagai backup nanti. Dia sendiri memberitahu posisi semulajadi beliau ialah di right wing sebagai menolong di bahagian pertahanan dan boleh juga bergerak kedepan untuk menyokong bahagian serangan. Sama juga macam Sagna. Kena tengok dulu macam mane performance dia dulu dan kemudian boleh la kita jugde. Jenkinson akan turut berada dalam skuad Arsenal pra-musim nanti. Disitu wenger akan menganalisi posisi yang sesuai untuk anak muda ini. Beliau berkata:

We were watching Carl for some time and he is a player with great talent and natural defensive ability, but also a powerful player who likes to go forward.He is a strong defender who has made quick progress with Charlton and also with the younger age categories for the Finland national team, showing many great qualities.We are excited that Carl is joining us and he will add strength to our squad.

Monday, June 13, 2011


Lagi-lagi injured, orang duk sibuk berjalan-jalan makan angin ko buat ape Diaby? international duty la neh..haih.. die ne akan menjalani pembedahan buku lali minggu depan. Seterusnya menyebabkan dia ne terlepas sehingga awal musim. Ini bukan bende baru bagi peminat2 Arsenal. Diaby ne antara seorang yang suke na cederakn diri sendiri.hahah mungkin sebab dia pernah injured yang serius dulu dan terus mengsetani dia neh. Itu 1 hal, dgn sifat panas baran ko ag.! ko ingt ko sorg je ke main atas pandang.? 1 team, mase lawan NewCastle.. panas xtentu pasal , tawo la dia ne br baik dari injured kalau orang da tackle mcm tu buat2 jatuh ke ape da la. ok2 aq xna pnjg lebar. Korg tgk video ne, mungkin sama mcm korang kot time game tuh,hahaha.:D Sakit otak weyh.!!


meriam tegar.!


Alisher Usmanov menghentam Arsenal board mengatakan bahawa kelab gagal melabur besar semasa musim perpindahan sebelum-sebelum ini. Billionaire dari Uzbekistan percaya bahawa mereka takut untuk membuat pelaburan besar. April lalu, Stan Kreoke menaikan saham beliau sebanyak 62% sekaligus membuatkn die berpengaruh besar dalam shareholder Arsenal. Dengan kekuatan cinta beliau kepada Arsenal dan fans,dia memberi cadangan supaya Arsenal board PERLU melabur supaya peminat Arsenal tidak lagi kemaruk piala.! Huh! Beliau memetik kenyataan berkata;

Arsenal has all of its major commercial contracts coming up for renewal in the next couple of years.It is no secret that to maximise the value of those you want to have success on the field and to be winning trophies. To do that you need to invest now in building a winning team.This is simple commercial logic. Whether it comes to pass, we shall see.

Tiada siapa yang seronok dengan kenaikan harga tiket baru-baru ini. Kenaikan ini begitu tidak munasabah apatahlagi tiada piala untuk 6 TAHUN! Tiket naik, tapi performance? Player quality yang kita mahukan? tak nampak langsung menyebabkan amukan peminat-peminat setia Arsenal memprotes tindakan tersebut semasa last game Arsenal di HOME season 10/11. Kita sebagai peminat mesti mengharapkan sesuatu dari dia akan buat nanti. Benarkah si Usmanov ini akan terus kekal? Hanye dia sahaja yang tahu. Jika dia ne terus dengan kepala dia, Semestinya tidak!

Selagi si Silent Stan kekalkan kuasanya, aq percaya Usmanov tidak mampu berbuat apa-apa.

meriam tegar.!

Sunday, June 12, 2011


Season ne mcm-mcm pasang surut nye arsenal. Sekali-sekala aq xna mengulas pasal spekulasi tingkap perpindahan kelab ini. Mari lah sama-sama singkap balik season 10/11, antara player yang melonjak naik ialah tidak lain tidak bukan Jacky. Antara game Jacky yang remember of the season bagi aq la apabila Arsenal lawan Barcelona di Emirates. Jacky menang ball possession dengan 2 top class midfielder Iniesta dan Xavi. Sehinggakan Pep Guardiola menyembunyi hasrat bahawa Barcelona tidak mahukan Fabregas tetapi Wilshere. Jacky bakal jadi hot prospect Arsenal untuk untuk mase depan Arsenal. Dengan 44 perlawanan 2 gol dan 9 assists cukup la bukti beliau untuk season pertama ini. Dengan Ramsey juga setelah kembali dari injury beliau bakal memberi tamparan untuk Jacky bekerja lbih keras di masa akan datang.





Ini lagi seorang player Samir Nasri yang semakin bangkit apabila die disisihkan dari France NT semasa World Cup 2010. Berusaha keras semasa cuti season lepas. Dan semakin terbukti beliau sedang berada pada on form beliau. Jikalau injury tidak menggangu player ini hingga ke akhir musim depan pasti ade 1 atau 2 piala yang bakal mengisi kabinet usang di Emirates musim depan InsyaAllah. Sebelum terlupa, Arsenal ladies telah berjaya membawa pulang FA cup untuk arsenal.hehe. Sekurang2 nya, ade la piala dari takde langsung Huh! Enjoy video dari Nasri.


meriam tegar.!

Kedengaran Inter semakin berjaga-jaga dengan player tinggi lampai kita apabila beliau membuat keputusan untuk keluar dari Arsenal. Nicky datang dari akademi belia Arsenal ini sukar mendapat kesebelasan utama selepas hampir 100 perlawanan bermain. Oleh itu beberapa kelab mula berhajat mencolek Nicky dari Arsenal. Antaranya Besiktas dan Inter Milan. Wenger perlu mengekalkan Nicky, sebab die ne set pieces pon bole tahan dan shooting die pon same. Bole la macam Titi sikit sebab curling ball die. Cume tak konsisten je, cuba kekalkn konsistensi mcm RvP msti bole dapat main untuk kesebelasan utama..

meriam tegar.!
Post saje2 sebab aq terlalu suka kan gif image atau gambar yang bergerak. So ini adalah antara keseronokan pemain-pemain arsenal untuk season 10/11.





Cukup la, harapkan season depan lagi banyak kegembiraan yang kita dapat. Sorry aq buat semak ye tuan tanah. hehe


Johan Djourou beranggapan bahawa Gervinho striker dari kelab France "Lille" dan Ivory Coast ini bakal bersinar sekiranya dia bermain di Arsenal. Beliau berkata :-
I have followed a bit of the French league this season and I have to say Gervinho is a great player,I have known him for a long time and he is just a great player … quick, with so much talent and good skills. He is a great, great talent and we need that because he can play as a striker, as a No.10 or on the wing. He has all the ingredients to play for Arsenal, that is a definite.

Arsenal sebenarnya sudah berlambak dengan striker, aq tak rasa arsenal perlu membawa masuk lagi striker. Pakai je la ape yang ade, lagi pun sume menunjukkan pretasi yang semakin meningkat cuma di bahagian defend sahaja perlu diperkuatkan.


Samba seorang lagi pemain yang cukup gersang pada set-pieces ini semakin hampir untuk ditandatangani sebanyak 9mil. Menurut goonertalk Arsenal dijangka membayar sebanyak 9mil kepada Blackburn untuk merebut si badan sasa ini. Sejak kelab itu diambil alih oleh Venky's group, masalah kewangan kelab semakin terganggu adalah salah satu punca ia dijual. Petikan beliau :-
Everybody knows that I am an ambitious player. I think a move to Arsenal was very close in January but that is life,

Friday, June 10, 2011

Mirror Football hari ini secara eksklusifnya melaporkan bahawa Arsenal berjaya dalam persaingan dengan Man Utd dan Liverpool bagi mendapatkan bakat muda England ini. Pemain sayap Southampton yang sudah lama dikaitkan untuk berpindah ke kelab yang lebih besar ini dikatakan telah segera terbang pulang dari destinasi percutian apabila mengetahui beliau akan disahkan menjadi pemain Arsenal pada 1 Julai ini.

Alex Chamberlain berjaya bantu Southampton melangkah ke Championship
Sebelum ini Alex Ferguson dikatakan bercadang untuk mendapatkan Chamberlain setelah berjaya dalam bersaingan dengan Arsene Wenger bagi mendapatkan Phil Jones dan Ashley Young yang bakal menyusul kemudian namun kali ini Wenger awal-awal lagi mengambil langkah awal.

Kejayaan mendapatkan Alex Chamberlain ini tidak dinafikan adalah hasil dorongan bapa beliau sendiri iaitu Mark Chamberlain, seorang bekas pemain kebangsaan England yang pernah membuat lapan kali penampilan ketika bermain untuk Stoke. Mark Chamberlain yakin bahawa anak beliau dapat banyak belajar dibawah bimbingan Arsene Wenger.

Pada awal bulan ini Mark Chamberlain dipetik berkata:
He’s only going to get better. A lot of people speak to me and say, ‘Maybe it’s too soon - look at Theo.’ But for me, I think Theo’s doing fantastic, he’s developing as a player, he’s still developing and he’s only young. To develop at a place like Arsenal can’t be a bad thing. In my eyes, I’d like him to go there as soon as possible, and continue his development.

Arsenal sudah lama berminat untuk mendapatkan Alex Chamberlain dan dikatakan hampir berjaya membeli beliau pada Januari lepas.

Thursday, June 9, 2011

Wenger akhirnya menunjukkan kesungguhan untuk membuat pembaharuan pada barisan pertahanan Arsenal dan seperti yang pernah dikatakan beliau bahawa Arsenal akan membawa masuk pemain pertahanan berbangsa Inggeris atau seseorang yang berpengalaman luas dalam BPL. Bidaan Wenger juga bukan main-main apabila tawaran £16 juta yang dikemukakan diterima oleh pihak Blackburn Rovers.

Phil Jones pilih Man Utd berbanding Arsenal
Rasanya ini adalah kali pertama Wenger membuat tawaran yang sebegitu tinggi untuk seorang pemain pertahanan. Walaupun ramai yang merasakan pemain berusia 19 tahun ini bukan jalan untuk menguatkan barisan pertahanan Arsenal memandangkan masih kurang pengalaman, Wenger kini seakan-akan sudah bersedia mengabaikan polisi pembelian pemain yang selama ini menjadi garis panduan beliau.

Setelah tawaran diterima Blackburn, Wenger diberikan kebenaran untuk berbincang dengan Jones dan dikhabarkan oleh wartawan Daily Express, Matt Law, Arsenal juga bersedia untuk membuat tawaran gaji yang lebih tinggi dari Man Utd, namun Jones menolak dengan alasan tidak mahu berpindah ke London dan sudah pastinya lebih berminat untuk bermain dengan juara BPL tersebut.

Gary Cahill lebih berpengalaman dari Phil Jones
Kegagalan bagi mendapatkan Phil Jones ini memungkinkan Wenger beralih kepada sasaran lama iaitu Gary Cahill dimana pemain  Bolton yang berusia 25 tahun dinilai £17 juta oleh mereka. Walaupun Bolton dikatakan tidak mahu melepaskan Cahill, mereka mungkin akan mempertimbangkan tawaran Arsenal memandangkan kontrak pemain kebangsaan England itu bakal tamat musim depan dan mereka akan berdepan risiko pemain tersebut berpindah secara percuma.

Sumber: ArseblogNews

Wednesday, June 8, 2011

Kebanyakan fans tidak senang duduk apabila Samir Nasri seakan-akan tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Man Utd dalam satu temubual bersama TF1's Telefoot beberapa hari lalu. Khabar angin ini semakin bertiup kencang apabila beliau masih belum menandatangani kontrak lanjutan dan Man Utd pula sedang mencari playmaker yang kreatif berikutan persaraan Paul Scholes.

Nasri bersuara secara peribadi dalam akaun twitter
Apabila ditanya berkenaan khabar angin yang mengaitkan perpindahan tersebut Nasri berkata:
Do I want to go to Man United? First, we should see if it's real and if it is concrete.

Namun hari ini beliau telah menyangkal sebarang khabar angin berkenaan perpindahan keluar dari Stadium Emirates menerusi akaun twitter beliau @Nanas08 bagi meredakan kerisauan para penyokong.

Nasri menulis:
I just want tell you don't listen (to) the newspaper and the rumours I will let you know if something happen.

Menerusi pemerhatian aku, ramai penyokong berpendapat kenyataan Nasri dalam temubual sebelum ini sebenarnya adalah satu taktik ugutan untuk mendapat tawaran kontrak yang diinginkan seperti pernah dilakukan oleh Wayne Rooney sebelum ini. Kemungkinan besar Nasri diarah untuk menjawab sedemikian oleh ejen beliau dalam usaha mendapatkan kontrak lumayan.