Monday, August 9, 2010

Barca akhirnya mengaku kalah selepas Cesc buat kenyataan rasmi untuk kekal bersama Arsenal
Pengurus Barcelona mengakui bahawa beliau faham dengan tindakan Arsene Wenger menolak bidaan beliau terhadap Cesc Fabregas. Kata beliau, jikalau beliau di dalam situasi yang sama dengan Arsene Wenger, beliau juga tidak akan melepaskan pemain seperti Fabregas. 

Guardiola dipetik berkata:
"I understand Arsenal and I understand Wenger, I wouldn't have let him leave either,"

"I just hope Cesc carries on enjoying what is such a special and competitive league, the Premier."

Walaupun dua tawaran yang dibuat Barcelona ditolak oleh Arsenal, Guardioala tidak menafikan kan mencari pemain gantian sebagai alternatif sebelum transfer window tutup pada penghujung Ogos ini. Menurut beliau, mereka tidak perlu terburu dalam mencari pemain kerana skuad yang sedia ada mampun untuk bersaing dalam mana-mana kejuaraan.

Laporan asal: Sky Sports, Telegraph

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment