Thursday, August 26, 2010

Dalam sidang akhbar bersama wartawan sebentar tadi, Arsene Wenger akhirnya mengesahkan Sebastien Squillaci menjadi pemain terbaru yang dibawa masuk menyertai skuad the Gunners musim ini. Beliau dijangka akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang lain esok pagi namun disahkan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Blackburn hari Sabtu ini.

Squillaci sah menjadi milik Arsenal dengan bayaran perpindahan yang dianggarkan £3.8 juta
Arsene Wenger merasakan Squillaci mempunyai segala kualiti dan ciri-ciri untuk menjadi pemain pertahanan yang bagus di Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 30 tahun ini juga sangat berpengalaman dalam kejohanan-kejohanan besar seperti Liga Juara-juara Eropah terutama sekali ketika bersama Sevilla dan Lyon. Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman diperingkat antarabangsa bersama skuad Perancis.

Menurut laporan Mirror Football, Wenger dipetik berkata:
We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - Sebastien was all of that. He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well. I believe he will be suited to the English game. He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday.

Arsenal juga sebelum ini dikaitkan dengan penjaga gol kebangsaan Australia, Mark Schwarzer namun Fulham telah menolak dua bidaan untuk pemain berusia 37 tahun itu. Walaupun Wenger tidak menolak kebarangkalian untuk membeli pemain lagi menjelang tarikh tutup jendela perpindahan, beliau menegaskan tiada perjanjian pembelian sedang dijalankan dalam masa terdekat ini.

Pengurus berusia 61 tahun itu berkata:
We are where we are - we have four great 'keepers and it is important we give confidence to them for the next game. I do not rule it out, but at the moment I say I am not in a position to sign anybody. At the moment, it is all dead.

Sudah semestinya pembelian terbaru ini melegakan ramai pihak terutama sekali penyokong Arsenal yang mengharapkan barisan pertahanan the Gunners musim ini sangat ampuh dari serangan-serangan pihak lawan. Namun begitu, skuad musim ini akan nampak lebih stabil dan mantap jika Wenger berjaya membawa penjaga gol baru bagi mengawal gawang gol Arsenal setelah Almunia dan Fabianski dilihat tidak mencapai tahap yang memuaskan dalam menjalankan tugas tersebut.

Tagged:

3 comments:

  1. gerun sial bace we have 4 'great' keepers..

    ReplyDelete
  2. takpe bro.. itu saje je Wenger cakap supaya moral keeper yang ada skarang tak down.. yang penting Wenger cakap.. "i do not rule it out.."

    ReplyDelete
  3. dlm 4 keeper yg dikatakan "great" tu aku hanya teruja dgn mannone.. jika mannone diberi tempoh masa atau pgalaman yg sama dgn fabianski nescaya wenger dh x pyh fkir fasal keeper baru lg..krn yg kurang pd mannone adlh pgalaman..

    ReplyDelete