Saturday, August 28, 2010

Mail Online telah melaporkan Arsenal akan beralih kepada sasaran baru iaitu Mickael Landreau yang bermain untuk kelab Lille di Ligue 1 namun dalam pada masa yang sama masih belum berputus asa untuk mendapatkan Mark Schwarzer yang sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Ini dilihat sebagai plan B Arsene Wenger jika gagal mendapatkan penjaga gol berusia 37 tahun tersebut.

Mungkinkah Landreau bakal menjadi pemain Perancis ke-4 yang dibawa masuk musim ini?
Wenger dikatakan telah membuat pertanyaan kepada Lille dan Landreau telah dinilai sebanyak £6.5 juta oleh kelab tersebut. Penjaga gol berusia 31 tahun telah dikaitkan dengan Arsenal sejak musim lepas lagi dan perkembangan beliau telah diperhatikan rapat oleh Arsene Wenger. Walaupun tidak terpilih untuk mewakili skuad Piala Dunia 2010 Perancis, Landreau dilihat beraksi dengan cemerlang pada musim lepas bersama Lille.

The Sun UK pula melaporkan Arsenal dan musuh tradisi Spurs sangat berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah Peterborough, Ryan Bennet yang baru berusia 20 tahun. Scout dari kedua-dua kelab dikatakan telah dua kali datang ke Stadium London Road untuk melihat perkembangan bekas pemain Grimsby itu yang baru sahaja melengkapkan perpindahan  £400,000 ke Peterborough awal Januari tahun ini.

Bennet merupakan bintang muda England yang dikatakan bakal menyinar
Sementara itu, Samuel Galindo yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates bulan Julai lalu terpaksa dipinjamkan ke kelab UD Salamanca setelah beliau gagal memperoleh permit kerja di England. Galindo akan beraksi untuk kelab Sepanyol tersebut dalam jangka masa sehinggalah beliau memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan visa Kesatuan Eropah.

Menurut laporan Young Guns Blog, apabila ditanya berkenaan Arsenal, pemain yang berasal dari Bolivia tersebut berkata:
Arsenal? it is a dream. The truth is that I didn’t expect it. When they announced their interest, it really touched me. Now it is a reality and I have to prove they made the right decision to sign me.

Galindo dikatakan mempunyai persamaan dengan Thiago Motta oleh seorang komentator Sepanyol
Bapa kepada pemain tengah tinggi lampai itu telah mengesahkan bulan lepas jika Samuel berjaya membuat penampilan yang mencukupi jumlah tertentu bersama Bolivia, beliau boleh mendapat permit kerja seawal tahun depan. Cara ini adalah sama seperti yang pernah dilakukan kepada Carlos Vela yang turut berdepan dengan masalah permit kerja suatu masa dahulu.

Reaksi anda:

Tagged:

2 comments:

  1. Landreau ini dikenali juga..jd ok je kalu AW nk amik dia.. prestasinya pun bleh tahan..tp x la 'sehebat' Fabianski..hoho..kuang2.. mmg Arsenal Darul Perancis lah pasni jwbnya..

    ReplyDelete
  2. aku tak kesah la sapa2 pn wenger bawal. atleast keeper baru memberi sinar lembaran baru dalam team ni. haha

    ReplyDelete