Sunday, August 15, 2010

Malam ini adalah malam yang paling ditunggu-tunggu oleh semua penyokong Arsenal. Malam ini kita bakal disajikan dengan perlawanan menarik antara Liverpool menentang Arsenal di Anfield setelah lama liga berehat panjang. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian malam ini adalah siapakah penjaga gol utama Arsenal?

Adakah impian Fabianski untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal bakal menjadi kenyataan?
Sehingga ke saat ini, Wenger masih belum membuat pilihan dan meminta kita semua tunggu dan lihat. Arsenal.com telah menyiarkan kenyataan Wenger bahawa penjaga gol yang bermain pada perlawanan malam ini akan menjadi penjaga gol utama the Gunners. Beliau dipetik berkata:
"The guy who plays on Sunday will be No 1."

Sesungguhnya kenyataan Wenger itu akan menjadi tanda tanya kepada kita semua. Siapakah yang bakal dipilih oleh beliau? Yang nyata, Wenger akan membuat pilihan diantara tiga penjaga gol yang ada iaitu Almunia, Fabianski dan Szczesny, sementara Manonne dilihat belum cukup bersedia untuk menjadi penjaga gol utama.

Diantara tiga tersebut, Szczesny hanya mempunyai peluang tipis kerana beliau masih lagi muda. Wenger berkata:
"He has not played one game in the Premier League. I believe he has huge quality but I believe it would be a great gamble to play him. Man United play with a goalkeeper who is 40 years old and Chelsea with a keeper with seven years in the Premier League. You need experience at the back."

Jadi sekarang, kemungkinan besar penjaga gol utama yang bakal dipilih Wenger adalah antara Almunia ataupun Fabianski. Walaupun Fabianski banyak melakukan blunder, kita tidak dapat jangkakan apakah keputusan yang bakal dibuat oleh Wenger nanti. Ini kerana beliau dipetik berkata:
"It is never for definite but it will be a consequence of what I have seen in pre-season."

Ini masih lagi menjadi tanda tanya. Apakah analisis yang dibuat oleh Wenger setelah melihat perlawanan pra musim lepas? Kalau diikutkan Fabianski adalah penjaga gol utama ketika pra musim berdasarkan beliau bermain dalam banyak perlawanan. Persoalannya sekarang, walaupun persembahan Fabianski agak goyah ketika perlawanan pra musim lepas, adakah Wenger masih lagi percaya Fabianski mampu menggalas tugas sebagai penjaga gol utama atau sebaliknya?

Ramai yang berharap agar Almunia masih lagi dikekalkan sebagai penjaga gol utama jika tiada penjaga gol baru dibawa masuk dan aku juga percaya tiada siapa inginkan Fabianski dipilih untuk tugas tersebut. Almunia bukan sahaja lebih meyakinkan dari Fabianski dari segi persembahan tetapi beliau juga mempunyai rekod nisbah tanpa bolos terbaik - 66 kali tanpa bolos dalam 161 perlawanan.

Aku rasa kita semua sudah boleh lupakan kemungkinan Schwarzer atau Given dibawa masuk ke Stadium Emirates. Sehingga sekarang, masih tiada pengumuman mengatakan Schwarzer atau Given menyertai Arsenal. Mana mungkin berlaku kejutan salah seorang dari mereka berjaya dibeli pukul 7 petang ini dan akan bermain pada pukul 10 malam nanti. Kepada yang masih berharap untuk kejutan ini, teruskanlah berharap. Alangkah baiknya kalau jadi kenyataan.

Seterusnya preview untuk perlawanan malam ini. Seperti kita tahu, Bendtner, Djourou dan Ramsey masih lagi mengalami kecederaan. Kecederaan betis Alex Song tidak serius, tapi berkemungkinan besar tidak akan tersenarai. Denilson hanya kembali berlatih pada Jumaat dan perlu menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu. Abou Diaby juga mengalami masalah tidak serious pada betis dan dijangka boleh bermain. 

Sementara itu, Cesc Fabregas dan Robin Van Persie tidak mengalami kecederaan namun tidak cukup cergas untuk bermain sepenuh masa. Wenger bercadang untuk menggunakan khidmat kedua-dua pemain ini bila dirasakan perlu. Peluang yang sama juga bakal diberikan kepada Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong.

Kemungkinan barisan kesebelasan utama malam ini

Almunia
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Clichy
Diaby
Rosicky - Nasri
Walcott - Chamakh - Arshavin

Simpanan: Fabianski, Fabregas, Van Persie, Denilson, Gibbs, Nordtveit, Wilshere, Frimpong

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment