Sunday, August 15, 2010

Liga Perdana Inggeris telah membuka tirai sebentar tadi dengan perlawanan pembukaan diantara Spurs menentang Man City. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan dimana Joe Hart yang baru sahaja diumumkan sebagai penjaga gol utama Man City bermain dengan cemerlang sekali. Melihatkan pada persembahan Hart tersebut, peluang Given untuk bermain lebih perlawanan adalah semakin sukar. Pada pendapat aku, Wenger harus ambil peluang ini untuk bawa Given ke Stadium Emirates.

Lain pula dengan Mark Schwarzer. Beliau bukan sahaja tidak bermain dalam kesebelasan utama malah turut tidak tersenarai sebagai pemain simpanan pada perlawanan menentang Bolton. Ada berita mengatakan yang beliau tercedera ketika latihan atau adakah sesuatu yang sedang berlaku disebaliknya? Adakah beliau sedang bersiap sedia untuk ke Stadium Emirates? Walaupun ini hanyalah tanggapan, aku harap ianya akan benar-benar berlaku.

Seperti yang telah dijangka, Arsene Wenger telah menyambung kontrak selama 3 tahun lagi di Stadium Emirates. Ini menjadikan beliau sebagai pengurus yang paling lama berkhidmat untuk the Gunners iaitu selama 18 tahun jika beliau terus kekal hingga kontrak tersebut tamat pada 2014. Wenger dipetik berkata:
“My heart belongs to Arsenal and my desire is to see this team win silverware. My commitment and drive are as strong and fresh as ever. Signing a new deal means that I can see this talented group of players reach their potential. Trust me, they are ready to deliver. With my staff and players we are in front of an exciting challenge and we are looking forward to achieving much success.”

Jangan nak mimpi sangat Denilson. Pastikan usaha dengan lebih bersungguh-sungguh
Sementara itu akhbar The Sun UK telah menyiarkan temubual santai bersama Denilson yang memperkatakan tentang mimpi beliau menjuarai Liga Juara-juara Eropah bersama Arsenal. Dalam mimpi tersebut Arsenal telah menewaskan musuh tradisi Spurs kerana beliau juga sebagaimana fans Arsenal yang lain, tidak sukakan Spurs. Jadi kemenangan tersebut sangatlah bermakna. Beliau juga bercerita tentang pengaruh Arsene Wenger terhadap skuad muda Arsenal dan bagaimana faktor umur bukan penghalang untuk berjaya.

Tagged: , ,

0 comment(s):

Post a Comment