Thursday, August 5, 2010

Selepas khabar angin yang mengaitkan Emir Spahic bakal berpindah ke Stadium Emirates dinafikan oleh Montpellier di dalam laman web rasmi mereka semalam, Arsenal dikaitkan pula dengan pemain pertahanan yang namanya pernah disebut-sebut sebelum ini. Menurut Sportingo, Arsenal bakal mendapatkan Gary Cahill selepas gagal mendapatkan Per Mertesacker dan Phil Jagielka yang dikhabarkan sedang mengalami kecederaan oleh sebuah laman web Everton.

Cahill mempunyai masa depan cerah bersama skuad England
Wenger yang sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda England tersebut dilaporkan telah membuat pertanyaan mengenai Cahill kepada Bolton Wanderers sejak musim panas tahun lepas. Namun begitu, dijangkakan Bolton akan meletakkan nilai pemain yang berusia 24 tahun tersebut dengan harga yang tinggi dan ia juga adalah antara sebab utama Cahill tidak dapat dibawa ke Stadium Emirates sebelum ini. Tidak mungkin mereka akan menurunkan harga Cahill kerana mengetahui Arsenal sedang terdesak mencari pemain pertahanan ketika ini.

Daily Mail pula melaporkan Arsenal sedang merancang untuk dapatkan bintang muda Jepun, Ryo Miyaichi selepas beliau mempamerkan aksi yang memberansangkan ketika sesi percubaan yang lepas. Pemain sayap yang berusia 17 tahun tersebut mewakili negaranya semasa kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun tempoh hari dan telah menjalani latihan bersama skuad senior Arsenal dalam cubaan untuk mengikat kontrak pemain tersebut.

Aksi Miyaichi dilihat sangat mengagumkan ketika perlawanan persahabatan menentang Boreham Wood malam Selasa lepas yang disaksikan oleh penolong pengurus, Pat Rice, jurulatih Boro Primorac dan juga CEO, Ivan Gazidis. Pada perlawanan tersebut Miyaichi banyak mendatangkan masalah kepada full back pasukan lawan dengan kombinasi kelajuan dan kekuatan serta hampir menjaringkan gol apabila percubaannya terkena palang pada separuh masa pertama.

Seperti kita semua tahu, Arsene Wenger sentiasa mencari bakat-bakat muda untuk diserapkan kedalam skuad the Gunners tambahan lagi Miyaichi bermain di posisi sayap, posisi yang selalu diberi perhatian Wenger. Namun begitu, Arsenal bakal mendapat persaingan dari Ajax untuk menandatangani kontrak bersama pemain terbabit kerana Miyaichi kini berlepas ke Amsterdam untuk sesi percubaan bersama kelab itu pula.

Wilshere sangat menyerlah ketika perlawanan pra musim
Sementara itu, berita baik bakal menanti Jack Wilshere dan juga Keiran Gibbs dimana kedua-dua pemain ini tidak tersenarai dalam skuad bawah 21 tahun England. Menurut Mirror Football, mereka berdua bersama Theo Walcott bakal dipanggil untuk mewakili skuad senior England dalam perlawanan persahabatan menentang Hungary. Walau bagaimanapun tempat mereka masih belum terjamin kerana Fabio Capello masih belum mengeluarkan senarai pemain yang bakal beraksi pada perlawan tersebut.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment