Bersempena dengan kehadiran Ramadhan ni aku nak kongsikan sebuah artikel yang menarik tetapi tiada kena mengena dengan Arsenal. Seperti ramai yang tahu, terdapat ramai pemain beragama Islam bermain di Bundesliga. Ini termasuklah tiga pemain kebangsaan Germany yang sebenarnya bukan berketurunan Jerman iaitu Mesut Ozil dan Serdar Tasci dari Turki serta Sami Khedira dari Tunisia.
Ozil akan membaca doa setiap kali sebelum perlawanan bermula |
"I always do that before I go out (on the pitch). I pray and my team-mates know that they cannot talk to me during this brief period." - Mesut Ozil
Akan tetapi, ada beberapa pemain yang mengambil jalan alternatif iaitu dengan memandu sendiri kenderaan pada hari perlawanan sejauh beberapa kilometer hingga melepasi 2 marhalah dimana mereka mendapat status musafir yang dibenarkan meninggalkan puasa. Antara pemain tersebut adalah Youssef Mohamad dan Adil Chichi yang bermain untuk kelab FC Cologne. Sementara pada sesi latihan pula mereka berkeras untuk berpuasa juga kerana mereka tahu sejauh mana bada mereka boleh bertahan setelah beberapa tahun melalukan perkara yang sama.
Pada tahun ini, Persatuan Bolasepak Jerman (DFL) telah meminta pandangan Central Council of Muslims in Germany untuk mencari jalan penyelesaian isu ini. Mereka ini pula membawa isu ini ke Universiti Al-Azhar, Mesir untuk pandangan pihak yang lebih arif tentang ilmu agama. Akhirnya, Univeristi Al-Azhar mengeluarkan fatwa bahawa pemain bolasepak professional tidak diwajibkan berpuasa kerana tugas pekerjaan tersebut boleh memudaratkan kesihatan jika berpuasa.
Fatwa ini mengambil kira alasan dimana pemain professional terpaksa menjalani dua sesi latihan dalam satu hari dibawah cuaca terik 30 darjah selsius dan dikhuatiri pemain tersebut akan rebah kerana badannya tidak dapat bertahan dengan keadaan sebegitu. Peraturan baru ini sudah diperkenalkan dan pemain berhak memilih untuk terus berpuasa atau tidak. Namun begitu ianya hanya boleh diguna pakai oleh pemain professional dan bukan kepada amatur.
Kredit: BlogSerius
Artikel asal: dw-world.de
Jgn tak ganti plak... dah bg kelonggaran tuh...
ReplyDeletebagus lah kalau nak puasa gak.. kat malaysia nih pun ramai yang tak puasa.. haha
ReplyDelete