Thursday, August 19, 2010

Arsene Wenger kini dikatakan sedang mengalih perhatian beliau kepada pemain kebangsaan Perancis, Sebastien Squillaci sebagai langkah untuk memperkuatkan barisan pertahanan Arsenal terutama sekali dibahagian tengah setelah beberapa pemain pertahanan yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates sebelum ini tidak dapat direalisasikan.

Squillaci hanya membuat 20 penampilan bersama Perancis setakat ini
Squillaci tidak tersenarai dalam skuad Sevilla yang menentang Braga pada perlawanan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah semalam kerana kelab dari Sepanyol itu tidak mahu beliau terikat dari bermain mana-mana kelab lain di Eropah yang mana dapat menyebabkan perjanjian perpindahan dengan kelab lain terutama sekali Arsenal tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan guardian.co.uk, Wenger dipercayai telah berbincang dengan Sevilla tentang perpindahan pemain berumur 30 tahun tersebut untuk dibawa masuk sebelum jendela perpindahan tutup pada hujung bulan ini. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Piala Dunia Perancis tetapi tidak membuat sebarang penampilan dalam kempen yang mengecewakan itu.

Sementara itu Mail Online pula melaporkan, ejen kepada Kwadwo Asamoah menasihatkan beliau agar tidak melupakan impian untuk berpindah ke Arsenal. Pemain tengah berusia 21 tahun itu pada mulanya menerima hakikat untuk terus bersama kelab Udinese tetapi kini ejen beliau mengatakan bahawa Arsenal berminat untuk dapatkan beliau.

Asamoah menjadi tonggak utama Ghana setelah ketiadaan Essien
Asamoah mempamerkan aksi yang memberansangkan pada Piala Afrika awal tahun ini, gagal mempamerkan aksi yang sama ketika Piala Dunia lepas. Ini menyebabkan beberapa kelab terkemuka mula hilang minat untuk mendapatkan khidmat beliau. Menurut ejen beliau, Claudio Vagheggi, masih tiada yang kukuh buat masa ini dan mereka sedang menuggu tawaran yang dijangka bakal diterima beberapa hari lagi.

Tagged:

2 comments:

  1. Squillaci defend yg boleh diharap.
    aku support sgt klu wenger bli!

    ReplyDelete
  2. betul tu.. atleast xde lah terpaksa berharap pada Vermaelen dengan Koscielny setiap game.. penat ah diorang kalau camtu

    ReplyDelete