Kedua-dua target utama Arsene Wenger untuk memantapkan barisan pertahanan Arsenal musim depan menemui jalan buntu. Menurut Caughtoffsie, Mark Schwarzer dan Per Mertesacker yang secara keseluruhannya dianggarkan bernilai £14 juta tersebut tidak dibenarkan berpindah oleh kelab masing-masing.
Schwarzer diberitahu Mark Hughes: "Kamu tidak akan pergi kemana-mana." |
Urusan pembelian Mark Schwarzer sebelum ini dianggap rumit dan masih samar-samar kerana Fulham tidak mempunyai pengurus. Namun kini, setelah Mark Hughes mengambil alih jawatan tersebut, beliau difahamkan berkata tidak akan membenarkan salah seorang pemain terbaik mereka berpindah dari kelab. Nampaknya, Schwarzer yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyertai Arsenal kerana berpeluang untuk bermain di dalam Liga Juara-juara Eropah terpaksa melupakan hasrat beliau tersebut.
Sementara itu, Per Mertesacker akan terus bermain untuk Werder Bremen menurut General Manager, Klaus Allofs. Menurut beliau lagi, Mertesacker tetap komited 100% kepada Werder Bremen dan tiada apa yang berubah walaupun sejak kebelakangan ini banyak berita yang mengaitkan pemain tersebut dengan perpindahan ke Stadium Emirates.
0 comment(s):
Post a Comment