Thursday, October 21, 2010

Arsenal meneruskan kecemerlangan dalam kempen Liga Juara-juara Eropah musim ini apabila membenam Shakhtar Donets 5-1 di Stadium Emirates semalam. Kemenangan ini membolehkan The Gunners mengumpul 9 mata dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu keputusan seri pada tiga lagi baki perlawanan. Pendek kata Arsenal sudah melangkah satu kaki ke pusingan kedua kejohanan.

Tak perlulah aku ulaskan perlawanan secara mendalam kerana permainan yang dipersembahkan semalam adalah sangat mengujakan fans Arsenal secara keseluruhannya. Gol pertama hadir hasil dari 'kesilapan Fabianski' penjaga gol Shakhtar Donetsk dan Alex Song tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Samir Nasri pula membuktikan beliau adalah pemain yang harus diberi tumpuan musim ini apabila mengawal baik bola hantaran lintang Song dan melepaskan rembatan kencang untuk gol kedua Arsenal. Ketua pasukan Cesc Fabregas yang baru pulih dari kecederaan menambah gol ketiga melalui sepakan penalti dan gol tersebut diraikan bersempena hari jadi ibu beliau dua hari lepas.

Hanya ini hadiah yang mampu diberi kepada ibunda yang berada jauh di Sepanyol
Bintang muda England yang semakin meningkat naik, Jack Wilshere sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau menunjukkan kematangan dalam permainan beliau apabila membuat penyudahan yang baik hasil dari hantaran satu dua dengan Tomas Rosicky. Ini membuatkan Arsene Wenger percaya Fabregas dan Wilshere akan membentuk gandingan yang mantap dibahagian tengah Arsenal.

Tidak ketinggalan juga ketua pasukan England, Rio Ferdinand turut memuji Wilshere di dalam account Twitter beliau:

Wilshere memang Gooner sejati, jangan harap kau nak pancing masuk United
Sementara itu, Marouane Chamakh meneruskan rekod cemerlang beliau dalam Liga Juara-juara Eropah apabila menjaringkan gol ke-5 perlawanan hasil umpanan menarik Samir Nasri. Ianya adalah gol ke-6 beliau dalam enam penampilan dalam kejohanan ini termasuk tiga penampilan ketika bersama Bordeux.

Kalau minggu lepas kita dapat melihat Hleb kembali ke Stadium Emirates, kali ini giliran Eduardo pula cuma bezanya beliau disambut dengan baik oleh fans yang berada di dalam Stadium. Kemasukan Eduardo membuahkan hasil buat Shakhtar apabila beliau menjaringkan gol saguhati dan seperti yang dijanjikan beliau tidak meraikan gol tersebut. Walaupun begitu penyokong-penyokong turut bersorak dan memberikan tepukan gemuruh untuk beliau seakan gol tersebut dijaringkan oleh Arsenal.

Detik-detik sentimental jumpa kawan lama
Tak lupa juga Fabianski yang meneruskan permainan beliau tanpa sebarang kesilapan sebaliknya penyakit tersebut pula yang berjangkit kepada penjaga gol lawan. Beliau turut dilihat berjaya menyelamatkan situasi berbahaya apabila menghalang rembatan Luiz Fabiano yang satu ketika mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol. Walaupun Fabianski terlepas satu gol, beliau gembira kerana ianya dijaringkan oleh Eduardo.  

Ok itu sahaja buat masa ni, aku pun dah penat dan tibalah masanya untuk layan PES2011 plak. Haha.

Video highlights



Tagged: , , ,

12 comments:

  1. goal wilshere mmg 100% pure arsenal goal..
    mmg melecetttt...

    brader,best ke tak pes 2011?
    aku tak tau nk beli pes @ fifa ni..
    main fifa kat xbox 360 member aku best la plak..
    heheheheh...

    ReplyDelete
  2. bagi aku best jer.. main kt pc senang nak patch..

    last fifa aku main fifa 98. walaupun org ckp fifa lg best tp aku mcm malas nak main. haha

    ReplyDelete
  3. aku x prnah lyn fifa jd x tau best ke x..buat ms ni PES jd pilihan tp PES2011 ni gila susah, tu yg best..tp grafik mmg cun..walupn dh tahap top player dgn PES2010, dgn PES2011 ni trpaksa main regular je dlu..hehe..mmg layan..

    ReplyDelete
  4. mmg btol cakap ko.. pes2011 mmg btol2 mencabar kewibawaan aku main pes. tak pernah rasa tercabar mcm ni.. hahaha

    ReplyDelete
  5. ye ar..ape x nya..biasa ngan pes10 sadin jer cesc thru pass kt sape2..perrh dgn pes11 ni mmg keja thru pass kt mamat yg pegang bendera tu je ar, shot kelaut, cross bola mmg melangit.. bengkek je member tunggu nk header.. tp kesusahan men tu yg buatkan pes11 ni best..sape yg blum cuba baik cuba..hehe, serius x rugi.. lebih cun men dgn pc, flet screen 17" brserta card grafik yg gempak n scawan kopi, haha..

    ReplyDelete
  6. yeah.. main kt pc ngan monitor 23 inchi ditambah dgn patch yg menarik mmg best giler siuuuttt..

    perghh siap kopi lg tu..
    mai secawen!

    ReplyDelete
  7. ape citer pasal game pc ni..
    PS3 la beb..
    hahahaha belagak kejap...

    aku still tak tau nk beli FIFA @ winning 2011 ni...
    selalu main FIFA kat xbox 360 member aku syok la plak...
    winning 2011 tak kuar lagi kat xbox 360..
    dah kuar kat xbox 360 & aku dah test dua2 game baru bleh decide nk beli yg mane...

    ReplyDelete
  8. beli je dua2 TT.. ko byk duit.. aku tau.. hahaha

    ReplyDelete
  9. perrh moniter 23" ek, mcm dgn ko2 skali je msuk dlm tu haha..

    aku sokong number4, ko beli je dua2 tu TT, pe de hal..bg aku fifa or pes msing2 ada klebihan, ada yg suka pes ada yg suka fifa, selera brbeza2..layan je,janji enjoy!

    ReplyDelete
  10. hahaha..
    banyak plak duit aku...
    tak bleh beli dua2..
    mampos botak pale aku nnt...
    mcm2 bende nk beli ni tapi duit takde..
    heheheheh..
    wat mase skrg ni aku tertarik ngan FIFA..
    tapi tak test winning baru lagi so tak bleh nk beli lagi la..
    btw,sape nk vs ngan aku nnt?
    aku bagi leading 2-0 dulu nnt aku kejar balik..
    hahahahah gila belagak..
    hahah..

    ReplyDelete
  11. wah TT riak gile.. dah mcm spurs plak.. ckp lebih tp apa pn tarak..
    hahaha

    ReplyDelete
  12. bg leading 2-0 smpi kesudah 2-0..heheh..

    ReplyDelete