Friday, April 29, 2011

Much respect to Mr. Wenger, tapi ini adalah realitinya.. haha
Klik gambar untuk lebih jelas
Diambil dari: Studs Up

Tuesday, April 19, 2011


Robin van Persie mengajar cara yang betul untuk tangkap bola. Haha. Bosan takde cerita menarik, jadi aku post lah benda ni kat sini.

Diambil dari: WhoAteAllThePies

Monday, April 18, 2011

Selamat hari ulang tahun buat kedua-dua pemain ini yang menyambut hari kelahiran yang sama iaitu 18 April. Sebelum ini aku tak pernah pun post hari jadi mana-mana pemain Arsenal kat sini tapi sebab ianya sedikit unik, maka inilah yang pertama kali aku buat. 

Umur dah meningkat, mutu persembahan pun kenala ada peningkatan jugak
Keunikannya sudah tentulah kedua-dua bermain di posisi yang sama, berasal dari negara yang sama, menyertai Arsenal dari kelab yang sama iaitu Legia Warszawa dan yang baru aku perasan, berkongsi hari lahir yang sama. Fabianski menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26 manakala Szczesny pula yang ke-21.

Satu lagi fakta yang baru aku perasan, Szczesny boleh dikatakan lebih senior daripada Fabianski dalam skuad Arsenal kerana Szczesny terlebih dahulu hadir di Stadium Emirates iaitu pada tahun 2006 dan diikuti oleh Fabianski pada tahun 2007.

Jack Wilshere telah menerima anugerah Professional Footballers' Association (PFA) Young Player of The Year. Ini menjadikan beliau sebagai pemain Arsenal yang ke-5 dianugerahkan dengan anugerah tersebut. Anugerah yang mula diperkenalkan pada musim 1973-74 itu menyaksikan Tony Adams sebagai penerima pertama untuk Arsenal pada musim 1986-87, Paul Merson 1988-89, Nicolas Anelka 1998-98 dan Cesc Fabregas 2007-08.

'Legend in the making' - Wilshere ada masa depan cerah bersama Arsenal
Penganugerahan kepada Wilshere sudah dijangkakan oleh ramai pihak berikutan beliau berjaya mendapatkan kepercayaan penuh Arsene Wenger untuk menjadi pemain kesebelasan utama Arsenal dan turut mengukuhkan dirinya dalam skuad senior England.

Selain Wilshere, Samir Nasri dan Bacary Sagna juga turut tersenarai dalam Premier League Team of The Year, satu lagi anugerah yang disampaikan oleh PFA. Berikut pemain-pemain yang tersenarai

van Der Sar (Man Utd)
Sagna (Arsenal) - Vidic (Man Utd) - Kompany (Man City) - A.Cole (Chelsea)
Nani (Man Utd) - Nasri (Arsenal) - Wilshere (Arsenal) - Bale (Spurs)
Tevez (Man City) - Berbatov (Man Utd)

Laporan: Daily Mail

Nampaknya kemarau piala seakan berterusan untuk satu musim lagi. Man Utd kini berada dipuncak dengan perbezaan 6 mata meninggalkan Arsenal dibelakang. Begitu juga perbezaan gol turut menyaksikan United lebih dengan 6 gol. Keputusan semalam memang menyakitkan hati tapi aku macam dah immune dengan semua ni dan rasa kecewa sangat-sangat tu takde pun terasa sangat setelah kejadian yang hampir sama terjadi sepanjang musim ni.

Pada pemerhatian aku untuk perlawanan semalam, Arsenal mengawal permainan dengan baik tapi sayang peluang untuk jaringkan gol tak banyak yang berjaya dicipta. Macam tak biasa pulak kan? Disamping tu, tak dinafikan nasib kurang baik apabila tandukan Koscielny terkena palang dan peluang keemasan one-on-one van Persie yang gagal disempurnakan dengan baik.

Aku dah malas nak komen lebih tapi dah beberapa kali kita dapat tengok pasukan ini buat sesuatu yang mustahil jadi kenyataan. Ambik contoh perlawanan menentang Spurs dan Newcastle. Separuh masa pertama bukan main lagi, tapi hancus pada separuh masa kedua. Kemudian, Carling Cup final lawan Birmingham, kesilapan diminit-minit akhir meranapkan impian untuk bawa piala pertama ke Stadium Emirates. Yang terbaru semalam, barisan pertahanan gagal mengawal bola disaat-saat akhir, yang membawa kepada kesilapan Eboue menjatuhkan Lucas Leiva.

Berapa kali dah Arsenal bolos diminit-minit akhir? Pada perlawanan semalam, nak bertahan kurang dari satu minit pun tak boleh. Diorang ni patut belajar main taktik sangkar burung. Szczesny adalah penjaga gol yang bagus tapi tak cukup pengalaman. Beliau sepatutnya membuat balingan kearah pemain pertahanan supaya Arsenal terus dapat mengawal bola. Sepakan ketengah berjaya dirampas oleh pemain Liverpool dan terus kelam kabut jadinya pertahanan kita. Si Eboue pulak, tindakan beliau seperti menolak Lucas adalah tidak perlu kerana ini memberikan peluang pemain itu mencuba nasib untuk menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Walaupun agak tidak adil untuk salahkan Eboue semata-mata tapi aku tetap tak puas hati jugak dengan mamat ni.







Friday, April 15, 2011

Kalau sebelum ni aku ceritakan tentang kemungkinan jersi home, kali ini aku akan tunjukkan jersi away pulak. Buat masa ini terdapat dua versi jersi yang sedang hangat diperkatakan di ruang cyber. Bagi membezakan kedua-dua versi ini aku akan sertakan sekali jersi home yang aku dah post sebelum ini. Tidak dinafikan kemungkinan besar gambar ini hasil dari di'photoshop' namun sekurang-kurangnya kita sudah dapat sedikit idea berkenaan rekaan jersi musim depan.

Salah satu kelainan pada jersi Arsenal musim depan
Walaupun versi berlainan, kedua-duanya berkongsi idea yang sama iaitu terdapatnya lingkaran daun pada logo Arsenal. Cuma rekaanya sedikit berbeza dimana satu versi logonya transparent dan satu lagi berwarna.

Versi 1 - Pertama kali didedahkan EPLTalk pada bulan Disember tahun lepas dan kali ini Arsenal Insider telah mendedahkan sekali lagi berserta jersi away.
Home
Away
Amacam? Cantik? Haha. Jersi away ni memang menepati ciri-ciri yang seperti dikatakan oleh Arshavin apabila ditanya samada beliau tahu bagaimana rekaan jersi musim hadapan. Menurut beliau, jersi away musim hadapan akan kelihatan seperti baju pelumba kuda. Sila lihat soalan nombor 12 kalau korang pergi laman rasmi Arshavin ni. Dibawah adalah contoh baju pelumba kuda yang hampir sama dengan jersi away musim depan.

Jersi away ini diilhamkan dari jersi away musim 95/96 dan ianya juga jersi Arsenal pertama yang aku beli kat Padang Besar lama dulu.


Versi 2 - Untuk jersi home aku tak ingat sapa yang dedahkan dulu bulan lepas, tapi jersi away baru didedahkan semalam oleh Daily Mail.

Home
Away
Apa pendapat korang dan versi mana yang jadi pilihan?

p/s: Post ni hanya suka-suka buat kita tertanya-tanya macam mana rekaan jersi musim depan. Untuk kepastian, tunggu saja pengumuman rasmi dalam laman rasmi Arsenal.

Wednesday, April 13, 2011

Khabar angin yang mengatakan Andrey Arshavin akan tinggalkan Arsenal untuk kembali ke Zenit St Petersburg kembali bertiup kencang. Seperti yang dilaporkan Gooner Talk, pengurus Zenit, Luciano Spalleti mengakui akan membuat pertanyaan berhubung potensi untuk membawa bekas bintang mereka kembali ke Stadium Petrovsky.

Walaupun dikatakan 'out of form', Arshavin telah melakukan assist sebanyak 17 kali untuk musim ini
Spalleti merasakan sekarang adalah masa yang sesuai setelah Arshavin dilihat sukar untuk mengekal persembahan yang konsisten dan akan kehilangan tempat jika Nasri atau Walcott cergas untuk bermain. Beliau dipetik berkata:
Arshavin has repeatedly demonstrated himself to be a champion. In June we will have to see if his transfer is possible.

Penyandang juara Liga Perdana Russia ini dilaporkan turut akan cuba tawarkan perjanjian pinjaman dengan pilihan untuk membeli diakhir musim kepada Arsenal jika perlu. Arsene Wenger pula sebelum ini telah menyatakan bagaimana beliau sangat terdesak untuk mengekalkan Arshavin di Stadium Emirates setelah khabar angin yang sama bertiup awal Januari lepas.

Namun begitu, dalam laman rasmi Arshavin, beliau ditanyakan satu soalan yang akan membuatkan kita tertanya-tanya pakah maksud sebenarnya jawapan yang diberikan tersebut. Soalannya berbunyi:
"Andrey, are you going to come back to Russia after your football career is over?" -Natalia.
Arshavin menjawab: "I’ll be in Saint-Petersburg soon".

Adakah Arshavin bermaksud akan pulang bercuti pada hujung musim panas ini ataupun beliau akan sertai kelab Zenit St Peterburg? Maksud sebenar hanya beliau saja yang tau.

Satu lagi gambar kemungkinan jersi utama Arsenal untuk musim depan keluar di internet. Gambar ini sebenarnya aku dapat dalam bulan lepas lagi tapi disebabkan sibuk sangat, banyak benda yang tak sempat aku nak post kat sini. Seperti yang dah aku ceritakan sebelum ini, mungkin akan terdapat kelainan pada logo Arsenal dimana terdapat lingkaran bunga bersempena ulang tahun ke-125 penubuhan kelab. Sekali lagi aku tegaskan ini hanyalah khabar angin dan kesahihannya tidak dapat dipastikan.


Untuk melihat versi yang pertama sekali keluar di internet, sila klik sini.

Arsenal dikatakan telah bersetuju untuk bertanding dalam Liga Juara-juara Eropah peringkat remaja yang baru sahaja diperkenalkan UEFA dan dijangka akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Berita ini dibawakan secara eksklusif oleh Young Guns Blog pada 8 April lalu. 

Mampukah pemain remaja Arsenal menjadi juara yang pertama pertandingan ini?
Walaupun perancangan masih diperingkat awal, beberapa pasukan lain yang telah bersetuju untuk bertanding adalah Ajax, Bayern Munich dan Basel. Buat masa ini, pihak UEFA sedang berbincang dengan pegawai rasmi dari Celtic, Liverpool, Chelsea, Manchester United dan Sporting Lisbon untuk mencuba pertandingan ini.

Format pertandingan dikatakan tidak banyak beza dari Liga Juara-juara Eropah yang sebenar iaitu akan ada perlawanan peringkat kumpulan dimana terdapat empat pasukan dalam satu kumpulan. Ianya akan disusuli dengan peringkat kalah mati yang dijadualkan berlansung pada Januari 2012.

Jikalau selalunya pertandingan peringkat remaja dilakukan di padang latihan, ianya berbeza untuk pertandingan ini kerana ianya akan dilansungkan di stadium utama. Ini bermakna perlawanan akan dilansungkan di Stadium Emirates dan bukan di Stadium Underhill yang selalu diguna pakai bagi perlawanan pasukan simpanan dan remaja. Secara tidak lansung ianya juga akan menambah pendapatan kelab.

Pertandingan ini pastinya agak menarik kerana ia akan melibatkan pemain-pemain dari akademi bolasepak kelab elit Eropah. Selain dari pendedahan awal kepada pemain muda, aku dapat lihat pertandingan ini juga akan memudahkan Arsene Wenger untuk mengesan dan 'mencuri' bakat muda dari akademi lain dan dibawa masuk ke Stadium Emirates. Haha!

Menurut Young Guns lagi, Arsenal dijangka akan mengumumkan secara rasmi berkenaan pertandingan ini pada musim panas akan datang.

Tuesday, April 12, 2011

Menurut laporan Mirror Football, Robin van Persie telah naik angin terhadap Abou Diaby dalam bilik persalinan Arsenal sehingga mereka berdua terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan yang turut berada disitu. Punca pertelingkahan tersebut berlaku disebabkan pemain Perancis tersebut dilayangkan kad kuning kerana melambatkan perlawanan dengan menyepak jauh bola ketika sepakan percuma diberikan kepada Blackpool.

van Persie bengang
Van Persie difahamkan berasa sangat marah kerana bimbang pisang bakal berbuah dua kali seperti yang berlaku ketika menentang Newcastle tempoh hari. Pada perlawanan tersebut, Diaby dibuang padang akibat membalas kekasaran Joey Barton dan sejak itu bermulalah mimpi ngeri Arsenal yang pada awalnya sudah selesa dihadapan dengan empat gol. Nyata sekali van Persie tidak mahu tindakan bodoh seperti itu mengundang padah pada Arsenal.

Sementara itu, Cesc Fabregas seolah-olah memberi hint berkenaan masa depan beliau apabila membuat satu kenyataan menerusi akaun twitter sejurus kemenangan terhadap Blackpool pada Ahad lepas. Cesc dipetik berkata:
300 games for Arsenal today with a very important victory. I look back and I see so many great things. But I look at the future and I see even greater things. Thank you very much for making me feel so special all those years. Now I want more. Let’s fight untill the end!

Kenyataan "Now I want more" boleh ditafsirkan kepada dua maksud. Besar kemungkinan adalah beliau mahu lebih banyak kenangan bersama Arsenal yang turut bermaksud beliau akan terus kekal di Stadium Emirates. Kemungkinan yang lainnya, beliau sudah dapat banyak kenangan bersama Arsenal dan kini mahu lebih. Lebih kejayaan, bersama Barcelona mungkin? Maksud yang sebenar hanya Cesc sahaja yang tahu. Kita tunggu saja musim panas ni.

Cerita yang paling hangat sekarang sudah pastinya berkenaan pemilikan Arsenal yang bakal melihat kelab kesayangan kita ini dimiliki oleh Stan Kroenke, seorang billionaire rangkaian sukan di Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat meminati sukan kerana sebelum ini sudah memiliki beberapa kelab sukan lain seperti Denver Nuggets dalam NBA, Colorado Rapids dalam MLS, Colorado Mammoth dalam NLL, dan St. Louis Rams dalam NFL.

Adakah beliau akan menjadi pemilik seperti Glaziers, Abramovich dan lain-lain?
Setelah membeli saham dari pemegang saham terbesar, Lady Nina Bracewell-Smith dan beberapa yang lain, Kroenke kini memegang 63% saham Arsenal yang mana turut menutup pintu pencabar terdekatnya Alisher Usmanov untuk menjadi pemilik. Jika dibandingkan kedua-dua mereka ini, sudah pastinya Kroenke adalah calon yang lebih sesuai kerana Usmanov tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pemilikan sesebuah kelab sukan.

Ramai yang sangat teruja dengan prospek masa depan Arsenal kerana selain dari pengalaman memiliki kelab sukan, Kroenke mempunyai reputasi tidak masuk campur dalam pengurusan kelab yang dimiliki beliau. Walaupun dikatakan sebagai seorang yang akan berbelanja untuk membawa pemain berstatus bintang, pendekatan yang selalu diambil oleh Kroenke adalah dengan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Maka sebarang perubahan drastik tidak mungkin akan berlaku. - isi dari Swiss Ramble menerusi Arseblog.

Selain itu, seperti yang dilaporkan dalam Arsenal.com, Kroenke telah meminta lembaga pengarah yang sedia ada agar terus kekal bersama termasuklah Peter Hill-Wood sebagai pengerusi. Beliau yang sudah menjejakkan kaki sejak September 2008 berjanji akan terus menyokong dan meneruskan model bisnes yang sedia ada.

Walaupun begitu, niat sebenar billionaire Amerika ini hanya akan kita ketahui setelah beliau mengambil alih pemilikan Arsenal. Sebelum ini ramai yang menentang pemilikan orang asing kerana bimbang perkara yang sama bakal terjadi seperti Man Utd dan Liverpool yang dibebani masalah hutang dan Chelsea yang mana pemiliknya menggunakan kuasa yang ada dalam menentukan hala tuju dan banyak masuk campur dalam pengurusan kelab.

Marilah kita berharap agar Stan Kroenke tidak seperti begitu dan menjadi pemilik kelab atas dasar keghairahan dalam sukan. Kalau dulu aku sentiasa beranggapan Wenger teragak-agak untuk membeli pemain kerana berhati-hati dengan situasi kewangan Arsenal, kini tidak lagi kerana Kroenke mempunyai dana yang besar untuk mengekalkan kewangan Arsenal ditahap yang sihat.

Wednesday, April 6, 2011




Hancurnya hati semua gooners, begitulah jua hancur dan remuknya kereta Mercedes CL500 milik ketua pasukan kebanggaan kita, Cesc Fabregas. Mungkin begitu lah jua hancurnya hati ketua pasukan kita ini setelah gagal membantu pasukan untuk menjaringkan sebarang gol ketika bertemu pasukan Blackburn Rovers di Emirates, Sabtu lalu.

Walaupun begitu beliau tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada kemalangan ini, dan diberikan cuti dan terpaksa pulang ke rumahnya di Hamstead dengan menggunakan teksi. Kemalangan ini terjadi semasa beliau dalam perjalanan ke tempat latihan di London Colney. Walaubagaimanapun, Cesc tidak memberikan sebarang komen berkenaan kemalangan tersebut. pihak polis yang menerima laporan juga mengesahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku sama ada kepada Cesc Fabregas atau pemilik kereta Audi A3 yang turut terbabit dalam kemalangan tersebut. 

Diharapkan beliau tidak patah semangat akibat kemalangan ini dan terus bersemangat untuk mengetuai pasukan dalam membenam cabaran Blackpool pada hujung minggu ini. Marilah kita sama-sama saksikan kebangkitan dan kemenangan besar Arsenal pada hujung minggu ini...Chaiyok Gunners!!!