Thursday, August 12, 2010

Siapa tidak kenal dengan Joey Barton. Beliau adalah pemain defensive midfielder Newcastle United yang terkenal dengan gaya permainan yang kasar dan juga sering menggunakan helah kotor semata-mata untuk menang. Selain itu beliau juga mempunyai masalah disiplin yang teruk dan baru sahaja dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman penjara 6 bulan akibat pergaduhan diluar restoran McDonalds.

Namun begitu Samir Nasri telah membuat kenyataan bagaimana Joey Barton secara tidak lansung membantu beliau menyesuaikan diri dan memperbaiki gaya permainan didalam Liga Perdana Inggeris ketika mereka berentap dua musim lepas. Pada perlawanan tersebut, Barton telah membuat terjahan kasar kepada Nasri yang kemudian dibalas dengan kekasaran oleh Nasri.

Barton mendapat habuannya dari Nasri
Beliau yang tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia Perancis telah mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika perlawanan pra musim Arsenal yang lepas dan turut berharap the Gunners boleh merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Nasri dipetik berkata:
"During one of my first matches in England, we played Newcastle and Barton tried to intimidate me. It definitely made me a better player,"

"The Premier League demands a lot of effort because there is so much intensity and you can't cheat."

"Since that day, I have improved a lot. Thank you Mr Barton!"

Nasri juga percaya the Gunners kini berada dalam kedudukan yang sesuai untuk mencabar kejuaraan liga berbanding musim lepas dimana Arsenal dibelenggu oleh masalah kecederaan:
"I don't know a lot of teams who are capable of spending several months without six key players."

"We managed without Robin van Persie, Cesc Fabregas, William Gallas and Andrey Arshavin for periods last season, but if we produce the goods this season then perhaps people will stop calling us kids!"

So no more Men vs Boys, Evra!

Laporan asal: Sports.co.uk

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment