Masuk yang ini, sudah tiga kali Arsenal tewas ditempat sendiri. Namun buat kali ini ianya adalah yang paling menyakitkan hati kerana kita bukan sahaja tewas kepada musuh ketat iaitu Spurs, bahkan seolah-olah menyerah ditempat sendiri setelah mendahului dengan dua gol pada separuh masa pertama. Chelsea yang turut kalah ditangan Birmingham seperti tidak memberi sebarang makna.
Arsenal memulakan permainan dengan baik sekali apabila Cesc Fabregas dan Alex Song mendominasi bahagian tengah padang tanpa memberi peluang kepada Spurs untuk mencari rentak permainan yang berkesan. Hasilnya Arsenal tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Samir Nasri dan kemudian Chamakh untuk gol yang kedua.
Oleh kerana penguasaan Arsenal yang begitu ketara, kelibat seperti Rafael van der Vaart dan Gareth Bale tenggelam dan hambar. Setelah mendahului dengan dua gol, kita bukan setakat mengawal permainan malah turut mencipta beberapa peluang lagi untuk menambah gol yang sudah pastinya akan menjatuhkan moral pasukan lawan dan menjamin kemenangan ditangan.
Pada separuh masa kedua aku menjangkakan Arsenal pasti akan menambah beberapa lagi gol berdasarkan persembahan cemerlang sebelum ini. Jangkaan tersebut meleset apabila pemain-pemain Arsenal seperti bersahaja bermain pada separuh masa kedua. Kita banyak memberi ruang untuk Spurs mencari semula rentak permainan mereka dan peluang tersebut tidak disia-siakan oleh van der Vaart dan Bale yang mencipta gol pertama buat Spurs hasil dari kelemahan barisan pertahanan kita sendiri.
Fabregas mengharapkan rakan sepasukan menunjukkan lebih komitmen untuk menang |
Apa yang menyedihkan, Arsenal masih belum mahu bangkit untuk menjarakkan kembali jurang gol. Inilah yang aku sangat bimbangkan semalam kerana pasukan kita ini memang tak ada kekuatan mental jika diserang untuk gol penyamaan ataupun dalam keadaan ketinggalan. Walaupun sebelum ini Wenger ada katakan yang Arsenal sudah pamerkan kekuatan mental kerana berjaya menjaringkan gol diminit-minit akhir, namun situasi itu hanya apabila kedudukan masih lagi 0-0, bukan ketika ketinggalan. Dari keadaan selesa, terus jantung aku berdegup kencang kerana aku dapat rasakan gol penyamaan akan tiba tak lama lagi walaupun kita semua tak mengharapkannya.
Gol yang tak diundang datang juga. Semuanya bermula apabila Alex Song berjaya menggunakan kelebihan fizikal beliau untuk merampas bola dari Luka Modric namun referee hanjeng Phil Dowd menghadiahkan sepakan percuma didepan kotak penalti kepada Spurs. Secara tidak sengaja sepakan yang diambil van der Vaart tekena lengan Fabregas dan Chamakh yang menaikkan tangan masing-masing untuk mengelak bola terkena muka. Memang sah-sah la penalti dan tak boleh nak komplen apa pun. Tanpa sebarang masalah van der Vaart menjadikan kedudukan dua sama.
Suwey |
Setelah ketinggalan, corak permainan Arsenal menjadi kucar kacir. Setiap serangan tidak menjadi dan secara tak lansung memudahkan Spurs untuk membuat serangan balas. Kebanyakan pemain pula dilihat sudah hilang semangat melawan. Agak berlainan jika kita lihat pada setiap pasukan lawan yang cuba mencari gol penyamaan diminit-minit akhir. Spurs lansung tak perlu berhempas pulas untuk kekalkan kedudukan seperti yang terjadi pada kita ketika seri dengan Sunderland dan menang dengan Everton.
Ketika menentang Everton lagi sebenarnya kita hampir menerima nasib yang sama seperti semalam. Apa yang membezakannya adalah Everton ada mensia-siakan peluang keemasan sedangkan Spurs tidak dan tidak dinafikan agak bernasib baik apabila Fabianski berjaya membuat saves yang world class. Walaupun begitu aku tak salahkan Fabianski atas kekalahan semalam kerana bagi aku beliau tak buat kesalahan basic pun.
Arsenal sepatutnya teruskan penguasaan, gunakan peluang yang ada dan halang Spurs dapatkan rentak mereka. Walaupun Chamakh berjaya menjaringkan satu gol, agak mengecewakan juga kerana beliau tak nak buat percubaan. Dua kali Chamakh berjaya dapat bola hasil through pass tapi beliau masih mencari rakan untuk membuat hantaran. Dia ni nak kena belajar sikit tamak macam Arshavin. Walaupun tamak masih lagi assist, kira ok lah.
Aku tak tau la apa hal sebenarnya tapi keputusan untuk keluarkan Nasri bagi aku memang tak tepat. Pemain gantian yang Wenger masukkan tidak memberi sebarang impak melainkan Rosicky yang nampak jugak lah contribution beliau dalam permainan. Sekali lagi van Persie dimasukkan ketika kita ketinggalan. Sama seperti komen aku ketika tewas dengan Newcastle, ianya memang tidak sesuai. Mamat ni baru dapat main beberapa permainan, masih tiada ketajaman dalam sentuhan dan penyudahan. Sementara Walcott pula, kembali kepada penyakit takde otak beliau, tak boleh nak buat keputusan dengan baik ketika menyerang.
Berbalik kepada masalah ketahanan mental, aku terjumpa artikel Arsenal Vision yang membuat analisa masalah ini berdasarkan jumlah perlawanan kita mensia-siakan tiga mata penuh setelah mendahului. Menurut penulis artikel tersebut, ianya adalah antara sebab kenapa lima tahun Arsenal tak menang apa-apa. Aku tak pasti dengan kenyataan ni, tetapi aku tak jugak menolak ianya sedikit sebanyak menjadi penyebab. Disini aku sertakan senarai perlawanan-perlawanan tersebut.
2005/06:
1.West Brom(a) 1-0, 1-2
2.Porstmouth(a) 1-0, 1-1
3.Barcelona(n) 1-0, 1-2
2006/07:
4.Chelsea(a) 1-0, 1-1
5.Chelsea(n) 1-0, 1-2
6.PSV(h) 1-0, 1-1
7.Spurs(a) 2-1, 2-2
8.Chelsea(h) 1-0, 1-1
2007/08:
9.Blackburn(a) 1-0, 1-1
10.Sevilla(a) 1-0, 1-3
11.Newcastle(a) 1-0, 1-1
12.Birmingham(h) 1-0, 1-1
13.Birmingham(a) 2-1, 2-2
14.Chelsea(a) 1-0, 1-2
15.Liverpool(h) 1-0, 1-1
16.Liverpool(a) 2-2, 2-4*
17.Man Utd(a) 1-0, 1-2
*we didn’t lose the lead per se, but at 2-2 we were going through on away goals
2008/09:
18.Hull(h) 1-0, 1-2
19.Spurs(h) 4-2, 4-4
20.Middlesboro(a) 1-0, 1-1
21.Liverpool(h) 1-0, 1-1
22.Villa(a) 2-0, 2-2
23.Chelsea(n) 1-0, 1-2
24.Liverpool(a) 4-3, 4-4
2009/10:
25.Man Utd(a) 1-0, 1-2
26.Alkmaar(a) 1-0, 1-1
27.West Ham(a) 2-0, 2-2
28.Birmingham(a) 1-0, 1-1
29.Barcelona(a) 1-0, 1-4
30.Wigan(a) 2-0, 2-3
31.Blackburn(a) 1-0, 1-2
2010/11:
32.Sunderland(a) 1-0, 1-1
33.Shakhtar(a) 1-0, 1-2
34.Spurs(h) 2-0, 2-3
Secara keseluruhannya dalam lima tahun ini, sebanyak 34 perlawanan kita gagal mengekalkan kedudukan mendahului untuk mendapatkan kemenangan. Adakah ini normal kepada Man Utd dan Chelsea yang menjadi juara liga dalam lima tahun ini? Aku tak rasa pasukan yang ada mentaliti sebagai juara seperti mereka mempunyai rekod 'baik' seperti diatas.
Tiada apa yang positif pun kita dapat dari perlawanan semalam dan sememangnya sangat mengecewakan. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan dengan persembahan buruk sebegitu. Mereka ni memang tak pernah nak belajar dari kesilapan dan kata-kata 'kita akan belajar dari kesilapan' dan tak boleh diguna pakai oleh Wenger lagi. Apa yang dapat dihuraikan aari apa yang kita lihat semalam, set pemain yang Arsenal adalah sekarang adalah tidak cukup bagus. Hanya itu saja ungkapan yang sesuai bila dihimpun antara no comitment, lack of urgency, resilient, focus etc.
Tak perlulah kita nak menyalahkan individu kerana ini adalah permainan berpasukan. Terpulang kepada Wenger untuk mengubah nasib pasukan kita ini. Tindakan drastik perlu diambil tak kiralah melibatkan sebarang polisi mahupun kepada penjualan pemain. Bagi aku, walau apa pun terjadi aku tetap memberi sokongan kepada Arsenal. Gooner till I die.
Video Highlights
Chamakh mengecewakan arr..
ReplyDelete1 on 1 die bole nk crik member nk pass
adoi..kite da xde striker "power"
mcm HENRY dlu..
Vermaelen kne ada balik..
tension aku kt Ecky sabtu 2...
aku setuju..
ReplyDeleteyg ada pun van persie.. tu pn baru nak perform injured plak.. pastu kena amik masa nak perform blk.. sampai bila la xde striker power.
siot la..
ReplyDeletenk komen pun takde mood..
ko ade kat ecky aritu firestarter?
aku pun g gak ecky..
aah.
ReplyDeleteko nmpk baju bendtner 52 tu akula
huhu..
ohh..
ReplyDeletetak berape nk prasan..
ramai sgt gooners yg kecewe kat situ..
aku plak yg pakai jersey maroon tribute to highbury henry 14..
dok kat luar tgk kat screen...
& skrg,kalah vs braga..
cantikkkkkk
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
ReplyDelete- Daniel
sudah la tu jgn sebut2 pasal henry lagi dia dah tak de kat arsenal dah.mmg la dia tu lagend tapi..sekarang arsenal dah tak de player cam die tu dan kene cari penganti.
ReplyDelete