Saturday, August 21, 2010

Perlawanan pertama musim ini di Stadium Emirates bakal menyaksikan the Gunners berentap menentang Blackpool yang baru layak bermain di dalam Liga Perdana. Walaupun Arsenal dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengutip mata penuh, kemampuan pasukan Blackpool tidak haruslah diperkecilkan.

Pada perlawanan pembukaan minggu lepas, Blackpool telah menang mengejut keatas Wigan dengan membelasah the Latics 4 - 0 di tempat lawan. Secara dasarnya, Blackpool tidak mempunyai sebarang tekanan kerana mereka adalah pasukan pilihan. Arsenal perlu sentiasa fokus jika tidak mahu keputusan yang sama terjadi sekali lagi seperti ketika the Gunners tewas 1 - 2 ditangan Hull City di Stadium Emirates dimana mereka juga baru layak bermain di dalam Liga Perdana musim itu.

Sikap inginkan kemenangan perlu dikekalkan oleh setiap pemain Arsenal terutama sekali kepada Diaby, Denilson dan Arshavin yang kurang bersemengat jika dibandingkan dengan Fabregas dan Van Persie. Namun dengan kembalinya Captain Fabregas dan beberapa pemain lain, diharap dapat menyuntik semangat pemain-pemain lain. Empat pemain yang terlepas beraksi minggu lepas dan disahkan cergas untuk bermain malam ini adalah Fabregas, Song, Denilson dan Djourou.

Barisan kemungkinan malam ini yang dijangka oleh Blog Arsenal Nombor Empat

Almunia
Sagna - Djourou - Vermaelen - Clichy
Song
Diaby - Rosicky
Walcott - Chamakh - Wilshere

Simpanan: Fabianski, Nordtveit, Gibbs, Eboue, Fabregas, Arshavin, Van Persie

Johan Djourou mungkin akan diturunkan di bahagian pertahanan setelah Laurent Koscielny digantung satu perlawanan akibat mendapat kad merah hasil dari dua kad kuning ketika menentang Liverpool tempoh hari. Namun begitu, Alex Song dan Harvard Nordtveit juga mampu mengisi kekosongan itu jika Djourou dirasakan belum cukup cergas. Tomas Rosicky pula akan diberikan tugas sebagai perancang utama setelah Samir Nasri terpaksa direhatkan selama sebulan akibat kecederaan.

Rosicky bakal menjadi tonggak utama Arsenal pada perlawanan malam ini
Cesc Fabregas dan Van Persie mungkin tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini kerana Wenger telah menyatakan beliau tidak mahu mengambil risiko terhadap dua pemain tersebut. Namun, untuk mengelak dari keputusan yang tidak diingini terjadi, kedua-dua pemain ini akan bersedia dibangku simpanan. Sementara itu Arshavin yang sebelum ini mendakwa dirinya belum benar-benar pulih mungkin juga akan bersedia dibangku simpanan.

Secara keseluruhannya, tiada keputusan lain yang harus Arsenal dapat malam ini melainkan tiga mata penuh!

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment