Pengurus Tottenham Hotspur itu sebenarnya memerli skuad yang dipanggil oleh Fabio Capello kerana baginya ramai pemain yang dipilih adalah tidak terbukti cukup bagus. Paling ketara sekali ialah dengan pemilihan Jack Wilshere dan Keiran Gibbs yang bukan pemain kesebelasan utama Arsenal. Baginya masih ada pemain lain yang layak untuk dipilih.
Beliau dipetik berkata:
“Jack Wilshere is a good prospect but I thought England were supposed to be better than than any club side. Maybe Arsenal are better than England.”
Selain itu Redknapp juga mempertikaikan pemilihan dua lagi pemain muda iaitu Ashley Young dan Theo Walcott yang hanya baru-baru ini dikatakan tidak begitu bagus untuk England bila dirujuk kepada skuad Piala Dunia England. Turut dipertikaikan ialah pemanggilan Bobby Zamora yang sudah berumur 29 tahun dan hanya bermain dengan baik musim lepas.
Apa kena dengan Redknapp? Ini hanyalah perlawanan persahabatan, bukan pusingan kelayakan Euro. Tujuan perlawanan ini adalah untuk melihat pemain mana yang boleh mempamerkan aksi yang baik pada peringkat antarabangsa. Tidak salah untuk Capello cuba mencari alternatif dan serapkan pemain-pemain baru untuk diuji kemampuan mereka. Takkan lah nak kekalkan pemain-pemain yang beraksi dengan teruk pada Piala Dunia lalu?
Sebenarnya Harry Redknapp bengang kerana hanya Michael Dawson dipilih dari pasukan bimbingannya manakala tiga lagi iaitu Ledley King, Aaron Lennon dan Jermain Defoe digugurkan dan sebaliknya diganti dengan Wilshere dan Gibbs. Walau bagaimanapun diharap mulut Redknapp tu masin dimana Arsenal lebih bagus dari England. Haha.
Disini aku sertakan video latihan pemain-pemain England yang turut menampilkan Wilshere dan Gibbs.
Laporan asal: FootyLatest
0 comment(s):
Post a Comment