Monday, February 7, 2011

Arsenal sekali lagi buat onar apabila gagal mempertahankan kedudukan selesa pada separuh masa pertama. Buat kali kedua musim ini kita dapat disajikan dengan permainan yang cantik dan memberansangkan pada separuh masa pertama namun semuanya berubah secara mendadak pada separuh masa kedua. Walaupun situasi sedikit berbeza, namun pengalaman dan pengajaran ketika tewas 2-3 ditangan Spurs seperti sudah dilupakan.

Separuh masa pertama yang sangat menceriakan, separuh masa kedua?
Tidak dinafikan jelas sekali beberapa keputusan pengadil perlawanan, Phil Dowd yang memang banyak rekod buruk mengadili perlawanan Arsenal adalah salah satu faktor kita gagal mendapat tiga mata penuh. Disamping tindakan tidak bijak Abou Diaby, semua ini berlaku adalah berpunca dari pasukan kita sendiri. Ketahanan mental yang tidak kuat sekali lagi memusnahkan segalanya.

Aku mulakan dengan mutu pengadilan Phil Dowd dulu. Sebenarnya dari separuh masa pertama lagi dah boleh nampak macam mana bangangnya keputusan Phil Dowd ni. Joey Barton buat terjahan bahaya terhadap Arshavin, beliau tak kasi foul apakan lagi kad. Melihatkan Dowd tak buat apa-apa, Diaby cuba menjadi seperti Vieira dengan menerjah kembali Barton dan Dowd tiba-tiba jadi adil kasi sepakan percuma buat Newcastle.

Separuh masa kedua, Barton sekali lagi membuat terjahan berbahaya terhadap Diaby yang sangat sensitif apabila diperlakukan begitu kerana karier beliau menjadi hambar akibat dibelenggu masalah kecederaan. Barton seakan-akan dengan sengaja menjadikan Diaby sebagai sasaran dan ianya membuahkan hasil apabila Diaby menarik leher beliau. Kad merah memang keputusan yang tepat dari Dowd.

Namun apabila leher Szczesny pula ditarik Nolan, tiada kad merah dilayangkan dan sebaliknya Szczesny diberikan kad kuning. Szczesny tidak melambat-lambatkan permainan malah ianya sepak mula untuk Arsenal. Phil Dowd melengkapkan lagi kebangangan beliau apabila menghadiahkan sepakan penalti kedua yang tidak sepatutnya diberikan kepada Newcastle.

Sememangnya mudah untuk menyalahkan pengadil atas kegagalan Arsenal mendapat tiga mata penuh namun lebih baik kita lihat pada pasukan kita sendiri. Tidak dinafikan bermain dengan sepuluh orang adalah agak sukar namun tidak sepatutnya ianya terus merubah mutu permainan secara drastik. Bahagian tengah lansung tidak hidup malah Newcastle sewenang-wenangnya mengganas dan mengawal permainan.

Arsenal sepatutnya lebih tenang dan sekurang-kurangnya kelebihan empat gol sudah cukup membuatkan kita bermain dengan baik dan berkeyakinan. Sebaliknya berlaku, butang panik ditekan dan segala-galanya berubah secara serta merta.

Walaubagaimanapun, keadaan tidak seteruk mana apabila Man Utd akhirnya tewas juga untuk musim ini. Rekod 49 perlawanan tanpa kali masih menjadi kebanggaan kita semua.

Video Highlights

Reaksi anda:

Tagged: , , ,

4 comments:

  1. Serius sakit hati tgk game ni!
    tp pape pun rekod 49 unbeaten run masih milik kita!
    padan muka man u!!!

    ReplyDelete
  2. seri arsenal bagi aku adalah kekalahan arsenal... kenapa kna tgu team len buat silap/or kciciran mata jika kt sndri pon sama mcm 2... kalo menang ari 2 kt beza 2point jer..dan smkin mudah.. ermmm 2 lar arsenal suka cari jalan susah... btl 2 bro.. sapa lar y g tekan butang panik..xpsal2 dah seri... hope arsenal dpt sekat smgt musang hitam nxt game smbl kt hrp y mu stil ccr mata..tp kt jgnlar cicirr mata gak.. nk jugak sama2...ceit..hahahahah

    ReplyDelete
  3. Korang jgn nk bangga sgt unbeaten arsenal tu...MU still dpt trofi..,,tapi bagaimana plak arsenal??..6 tahun tak dpt trofi..,,,

    ReplyDelete
  4. @zizie unbeaten 49 games tu memang menjadi kebanggaan kita semua. Mana ada pasukan dalam dunia ni yang tak kalah dlm 49 perlawanan liga professional. Banyak pasukan yang boleh menang trofi tapi tak kalah dalam satu musim, tambahan pula zaman bola sepak moden hanya Arsenal yg mampu. Jgn risau pasal 6 tahun x dapat trofi, tak lama lagi ada la tu.

    ReplyDelete