Oleh kerana tiada berita nak dikhabarkan buat masa ini, aku nak kongsikan artikel menarik tentang Koscielny yang diterbitkan oleh Goal.com. Okay, aku tau Goal.com adalah sumber yang selalunya tak boleh pakai namun artikel yang akan aku kongsikan ini agak menarik kerana ia membincangkan gaya permainan bekas pemain Lorient ini yang bakal memberi impak kepada taktik Arsenal musim ini.
Ramai yang agak terkejut apabila Arsene Wenger yang kebiasaannya sangat berjimat cermat, telah membelanjakan sebanyak £9 juta untuk pemain pertahanan tengah yang namanya tidak pernah didengari sebelum ini. Malah tidak hairan jugalah jika beberapa rakan sepasukan beliau tidak tahu siapakah Koscielny sebenarnya sebaik memulakan latihan pada hari pertama bersama skuad the Gunners.
Koscielny dikatakan lebih defensive dari Gallas |
Sungguh pun begitu, Koscielny mungkin akan menjadi kunci utama Arsenal untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini. Tidak dinafikan beliau hanya bermain satu musim didalam kancah bola sepak Ligue 1, namun persembahan konsisten Koscielny musim lepas sudah cukup untuk membuatkan Wenger tertarik untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun tersebut.
Pasti ramai yang setuju masalah pertahanan yang berlanjutan adalah salah satu sebab utama yang menyebabkan Arsenal gagal untuk bersaing merangkul kejuaraan liga musim lepas. Pintu gol the Gunners telah dibolosi sebanyak 41 gol dalam keseluruhan 38 perlawanan liga. Lebih membimbangkan, sebanyak 10 gol telah dibolosi dalam empat perlawanan menentang Chelsea dan Man Utd.
Taktik Arsenal menentang Chelsea musim lepas (7/2/2010) |
Masalah utama Wenger pada barisan pertahanan yang selalu diperkatakan adalah kurangnya sokongan pemain lain ketika bertahan dari diserang balas. Apabila Arsenal menguasai bola dan cuba mengatur serangan, kedua-dua pertahanan iaitu Gallas dan Vermaelen, turut naik sehingga ketengah padang. Ini menyebabkan pertahanan Arsenal terdedah kepada bahaya apabila diserang balas.
Sebagai contoh, ketika perlawanan menentang Chelsea dua gol awal yang dijaringkan Didier Drogba adalah hasil dari gerakan serangan balas yang kemudiannya merubah rentak permainan Arsenal menjadi lebih huru-hara. Begitu juga sewaktu perlawanan menentang Man Utd di Stadium Emirates. Pertahanan Arsenal makin mudah dirobek apabila sering melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan.
Taktik Arsenal musim ini |
Koscielny boleh mengubah bentuk pertahanan Arsenal. Beliau adalah seorang pemain pertahanan yang sejati dimana lebih selesa untuk menumpukan sepenuh perhatian dengan bertahan. Beliau juga lincah dan dapat mengesan situasi yang merbahaya dengan pantas. Selain itu, penyarung baru jersi no. 6 Arsenal ini juga mampu membuat terjahan yang bersih. Ini dibuktikan dengan fakta beliau hanya menerima tiga kad kuning dalam 35 penampilan dalam Ligue 1 musim lepas.
Walau bagaimanapun, Koscielny masih perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris yang mana permainannya lebih fizikal. Jika kebolehan semula jadi beliau ini dapat diserlahkan, barisan pertahanan Arsenal akan menjadi lebih mantap lantas menyelesaikan salah satu masalah utama yang menyekat kemaraan skuad muda ini dari merangkul sebarang kejuaraan.
aku baru 2 @ 3 kali tgk koncielny main & dia banyak dok kat bawah jer..
ReplyDeletemmg CB kita banyak sgt menyerang sampai bawah melopong..
nk tgk camne koncielny perform mase jumpa blackburn nnt...
itu yang bagusnya. satu lagi yang penting dia kena besarkan sikit bentuk fizikal dia.. baru lah mantap dan tegar.. haha
ReplyDeletebetul gak tu kalu tak mcna dia nk lyn drogba n rooney nnt..yg pnting tau tugas dia..lwn liverpool ari tu x puas ati sbb x dpt tgk performer dia yg sebenar.. ada baiknya dia stay je kt bwh wlupn arsenal dpt corner, vermaelen biar kt ats xpe..kepala n kaki dia byk gak buat jasa..koscielny kt bwh..atleast clichy xde lah kelam kabut nk cover seme tmpat sorg2 sbb sagnapun suka naik ats..
ReplyDeletelagi2 kita pn dh ada abg marwan yang power bab-bab header ni. haha
ReplyDelete