Arsene Wenger diberitakan akan berhubung dengan Man City untuk mendapatkan khidmat Shay Given melalui perjanjian pinjaman. Disebabkan masa yang semakin singkat, perjanjian ini dilihat sebagai alternatif yang terbaik untuk Arsenal kerana penjaga gol kebangsaan Ireland itu mempunyai pengalaman yang luas dan tidak dinafikan lebih baik dari Almunia dan Fabianski.
Given beraksi dengan cemerlang dalam musim pertama bersama Man City |
Sebelum ini, Wenger dikatakan berminat untuk mendapatkan Joe Hart tetapi Man City melihat Hart sebagai penjaga gol utama mereka dan Roberto Mancini dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkenaan dengan ini tidak lama lagi. Hart dijangkan akan diturunkan menentang Tottenham Hotspurs pada hujung minggu ini.
Walaupun Wenger hanya berminat untuk membuat perjajian pinjaman, pihak pengurusan Arsenal mungkin akan menyediakan wang yang secukupnya untuk membida Given jika beliau dinilai sebagai pertaruhan jangka panjang the Gunners dan jika hanya Man City bersedia untuk menjual pemain terbabit.
Kemungkinan perpindahan ini mungkin menjadi kenyataan kerana pada umur 34 tahun, sudah semestinya Given tidak akan berpuas hati jika terpaksa memanaskan bangku simpanan bersama Adebayor. Beliau pasti akan mempertimbangkan tawaran Arsenal di mana beliau juga berpeluang bermain dalam Liga Juara-juara Eropah.
Sehingga ke saat ini, Mancini mengakui beliau masih belum membuat pilihan siapa yang harus turun dalam kesebelasan utama Man City. Ini kerana kedua-dua penjaga gol yang beliau ada sekarang adalah sama hebat dan risau tidak akan mempunyai pilihan yang baik jika terpaksa melepaskan salah seorang diantara mereka.
Laporan asal: Mirror Football
0 comment(s):
Post a Comment