Kita mulakan dengan Fabianski yang mengatakan beliau sudah cukup bagus untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal. Pada umur 25 tahun, beliau mensasarkan untuk bukan sahaja menjadi penyandang jersi no 1 Arsenal, tetapi juga untuk skuad kebangsaan Poland. Keyakinan tinggi beliau juga adalah berdasarkan pemilihan beliau dalam kebanyakan perlawanan pra musim yang lepas berbanding Almunia.
Menurut laporan Mirror Football, Fabianski dipetik berkata:
"I hope it will be a breakthrough season for me.
"I have a double task. I want to become the No1 in the Arsenal goal and that would help me to realise my second target - to be No1 in the national team.
"Of course I don't know if I will play but I do believe I will as I played in many of the pre-season friendlies.
"I am 25 years old, it is a good time to establish myself in goal for good."
"Nobody knew me, there were arguments that I was not good enough to be No1 but I got that and moved to one of the biggest clubs in the world.
"I am ready for the next challenge. I've had no injuries recently, I've worked well and am really prepared to fight for the No1 position.
"I believe I am good enough to play regularly in a Premier League team."
Sememangnya Fabianski ini sedang berkhayal dan hanya memasang angan-angan Mat Jenin. Cita-cita nak tinggi tapi usaha? Kalau betul beliau sudah dan sedang berusaha dengan keras untuk memperbaiki mutu persembahan beliau, dengan apa yang kita lihat, nampaknya Fabianski memang tak ada bakat untuk menjadi penjaga gol yang mampu bersaing di Liga Perdana Inggeris.
Mungkin dari sudut teknikal, Fabianski mempunyai tahap refleks yang tinggi atau kemahiran penjaga gol yang baik, namun begitu beliau tidak mempunyai sifat 'mengarah' yang sepatutnya ada pada setiap penjaga gol yang baik. Kalau nak dikatakan sifat ini hanya boleh dipelajari melalui pengalaman, bagaimana pula penjaga gol seperti Joe Hart dan Iker Casillas suatu masa dulu boleh menjadi penjaga gol yang baik pada usia muda?
Arsenal Number 1? Mungkin tidak |
Ambil contoh Jens Lehmann, sifat panas baran beliau digeruni oleh pemain lawan dan juga rakan sepasukan sendiri. Kotak penalti adalah kawasan peribadi beliau. Beliau tidak akan benarkan musuh dengan mudah mengancam gawang gol. Rakan sepasukan yang bertindak sebagai pengawal beliau turut dimarahi jika gagal menyekat musuh. Sifat seperti inilah yang tiada pada Fabianski.
Sementara itu menurut The Sun UK, Mark Schwarzer telah mengemukakan permintaan untuk berpindah kepada pengurus baru Fulham, Mark Hughes dan destinasinya ialah seperti kita semua tahu, Stadium Emirates. Jika ini benar, kita semua bakal menerima berita baik dalam beberapa hari lagi. Diharap proses jual beli ini dapat diselesaikan sebelum perlawanan pembukaan menentang Liverpool hujung minggu ini.
Dalam pada itu, Hugo Lloris kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Menurut CaughtOffside, harga £18juta diperlukan oleh Wenger untuk membuat bidaan terhadap penjaga gol kebangsaan Perancis tersebut. Namun begitu, khabar angin ini tidaklah meyakinkan seperti yang kita tahu Wenger tidak akan berbelanja sebegitu besar untuk seseorang pemain.
0 comment(s):
Post a Comment