Wednesday, August 18, 2010

Lukasz Fabianski bertekad untuk memenangi semula hati fans Arsenal musim ini setelah beliau sendiri mengakui akan persembahan buruk beliau sejak menyarung jersi Arsenal tiga tahun lalu. Beliau meminta agar diberikan lagi peluang untuk membuktikan keupayaan beliau sebagai penjaga gol bertaraf dunia yang boleh diharap. Untuk itu, beliau akan bekerja keras sehingga suatu hari nanti beliau disegani dan munkgin nama beliau turut dinyanyikan oleh para penyokong Arsenal.

Dalam temubual bersama Arsenal TV Online sebelum hujung minggu lepas, Fabianski berkata:
"As a player you have to prove you deserve a chance. I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder. But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected. Then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful."

Adakah kita semua boleh beri Fabianski peluang sekali lagi? Jawapan aku - tidak sama sekali. Berapa banyak peluang yang diperlukan untuk buktikan keupayaan beliau? Setiap kali diberi peluang tak kira pada pelawanan liga, piala FA, piala Carling, Liga Juara-juara Eropah malah perlawanan pra musim sekalipun beliau tetap melakukan kesilapan demi kesilapan. Sesungguhnya nasib beliau memang malang.

Fabianski perlu kuatkan ketahanan mental
Fabianski sebenarnya terlalu berusaha keras untuk buktikan kebolehan beliau sehinggakan hilang ketenangan bila berdepan dengan situasi untuk menyelamatkan bola. Apabila tidak tenang sudah pastinya apa yang dilakukan beliau tidak menjadi dan persembahan mula menjadi goyah. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi permainan pemain pertahanan Arsenal sendiri. Bagaimana barisan pertahanan nak bermain dengan tenang melihatkan aksi penjaga gol yang tidak meyakinkan?

Akibatnya, tiada komunikasi yang baik antara pertahanan dengan penjaga gol. Sebagai contoh, apabila bola hantaran lintang masuk kedalam kotak penalti. Bagi pemain pertahanan, mereka tidak yakin dengan Fabianski maka akan cuba keluarkan bola. Sementara Fabianski ingin buktikan sesuatu pula keluar untuk selamatkan bola. Maka terjadilah insiden seperti penjaga gol tidak dapat mencapai bola tersebut. Penjaga gol yang baik akan menjerit bola tersebut adalah miliknya dan pertahanan yang yakin akan biarkan penjaga gol menanganinya.

Dari segi fizikal dan kemahiran, beliau memang berpotensi menjadi penjaga gol yang baik. Kalau tidak masakan Wenger boleh tertarik untuk membawa penjaga gol muda Poland ini ke Stadium Emirates. Masalah Fabianski ialah beliau tidak mempunyai ketahanan mental yang kuat dan Wenger pada ketika itu tidak dapat menilai sifat dalaman ini. Walaupun aski Fabianski selamatkan bola pernah diundi antara yang terbaik dalam sejarah Arsenal, ianya tidak membuktikan apa-apa.

Arsenal sebenarnya masih lagi boleh memberikan beliau peluang, tetapi bukan bermain di Stadium Emirates. Peluang yang dimaksudkan ialah dengan meminjamkan Fabianski ke kelab lain. Lebih bagus lagi kalau dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris juga. Hanya dengan cara ini dapat berikan Fabianski  bukan sahaja pengalaman bermain lebih perlawanan malah dapat membina keyakinan dan ketenangan untuk menangani situasi dengan baik.

Buat masa ini Arsenal perlukan penjaga gol yang bagus dan yang boleh mempamerkan persembahan konsisten setiap perlawanan. Sekarang bukan masa untuk mencuba atau memberi peluang kepada pemain untuk membuktikan sesuatu. Sekarang sudah sampai masanya pemain-pemain yang dulunya diberi peluang mempamerkan aksi terbaik mereka. Jika Arsenal masih lagi dalam fasa memberi peluang, alamatnya masih kosong lagi lah kabinet piala di Stadium Emirates tu.

2 comments:

  1. taknak aku bagi fabianski peluang jadi keeper..
    wat jantung aku tak sihat jer....

    ReplyDelete
  2. ade ke fans yang nak kasi dia peluang? hahaha mmg takde kot.

    ReplyDelete