Friday, January 7, 2011


Kebiasaannya sesuatu perlawanan Eropah menjadi perhatian kerana pertembungan gaya antara dua pasukan. Sebagai contoh taktik bertahan Inter Milan ketika menentang pasukan yang sangat kuat seperti Barcelona. Sama juga seperti Tottenham yang mengejutkan pasukan dari Eropah yang lain dengan menggunakan taktik tradisional sayap Inggeris dan target man cara lama. Dalam Europa League, Napoli bermain dengan tiga pemain dibarisan pertahanan menentang pasukan yang menggunakan empat pemain dibarisan pertahanan.

Arsenal menentang Barcelona mempunyai sedikit kelainan dari contoh-contoh diatas kerana cara permainan mereka hampir sama. Ianya seolah-olah Wenger cuba menjadikan pasukan bimbingan Guardiola sebagai blue print untuk merealisasikan pasukan Arsenal yang mantap. Mereka juga dilihat mengadaptasikan falsafah Barcelona sedikit demi sedikit setiap tahun.

Kedua-dua pasukan mempunyai dasar formation yang berbeza, 4-3-3 untuk Barcelona sementara Wenger telah bertukar kepada 4-2-3-1 hanya baru-baru ini, namun kedua-dua pengurus telah memasukkan elemen 'fluidity' ataupun kebebasan kepada pemain untuk bermain dengan cara lain atau tersendiri bergantung kepada keadaan dalam taktik mereka.

Messi berhubung baik dengan Dani Alves, seorang pemain bek kanan yang selalu naik kedepan, dan Sergio Busquets akan turun untuk melindungi posisi yang ditingalkan Alves. Sementara Arsenal, Nasri diletakkan bermain jauh dipinggir padang, tetapi selalu bergerak ketengah untuk berhubung dengan Fabregas, dan van Persie juga selalu turun sedikit untuk mengambil bola. Song dan Wilshere pula bertukar-tukar giliran untuk menjadi perisai kepada barisan pertahanan sambil membuat hantaran-hantaran dari bawah.

Musim ini Wenger juga dipengaruhi dengan falsafah pressing Barcelona yang mana diguna pakai dengan lebih teguh lagi, Arsenal banyak mengadaptasi cara ini dan ianya dilakukan dengan lebih baik dari sebelum ini. Garisan pertahanan sangat kedepan seperti Barcelona dan fullback pula memberikan ruang yang lebar untuk memudahkan serangan.

Jadi, kedua-dua kelab bermain dengan gaya yang sama, cuma bezanya Barcelona mempunyai barisan kesebelasan utama yang lebih baik dari Arsenal. Bagaimana Arsenal nak menang? Jika diimbas kembali, Inter Milan dan pasukan yang baru naik ke La Liga iaitu Hercules, tidak dapat menyaingi hantaran-hantaran seperti Barcelona, namun mereka bermain dengan sangat bertahan dan hanya membuat serangan balas. Liverpool (kurang dari 4 tahun lepas) pergi ke Nou Camp, menggunakan taktik yang sama dan menang 2-1, tetapi ianya sebuah pasukan yang berbeza dari sekarang kerana ianya pasukan yang dibimbing pada saat-saat akhir Rijkaard bersama Barcelona. 

Jika Arsenal bermain secara bertahan, mereka pasti akan dihancurkan kerena mereka tidak biasa dengan taktik tersebut dan barisan pertahanan juga tidak cukup mantap. Dua tahun lepas Koscielny bermain di liga bawahan Perancis, ianya sesuatu yang sukar jika kita mengharapkan beliau dapat berdepan dan mengawal David Villa dan Lionel Messi.

Pertama sekali, Arsenal perlu mengharapkan Thomas Vermaelen sudah cergas pada Febuari kerana ketiadaan seorang pemain pertahanan ball-playing ini, Arsenal pasti dapat diratah dengan mudah lebih-lebih lagi Barcelona yang sentiasa menekan tanpa henti. Vermaelen seorang yang bijak untuk mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan dan memulakan gerakan dari bawah. Wenger juga perlu membuatkan van Persie lebih tajam ketika menyerang. Ketika menentang Man City, beliau telah mempamerkan tanda-tanda untuk menjadi David Villa versi Arsenal, seorang yang boleh berhubung baik dengan pemain lain disekeliling beliau sementara menjadi focal point atau titik utama ketika mereka naik untuk menyerang. Namun beliau masih nampak tumpul dan tidak konsisten semenjak kembali dari kecederaan.

Theo Walcott juga perlu bermain dalam perlawanan ini dimana tahun lepas beliau yang melakukan perbezaan dalam rentak permainan di Stadium Emirates. Jika beliau bermain dibahagian kanan seperti kebiasaannya, kecenderungan beliau untuk turun bertahan sangat bermanfaat terhadap David Villa. Kekurang bakat untuk bertahan menjadi sebab utama Arshavin harus duduk dibangku simpanan. Wenger juga boleh mencuba nasib untuk meletakkan Walcott disebelah kiri kerana kebanyakan ancaman Barcelona musim ini datang dari Dani Alves yang selalu naik keatas, kadang-kadang beliau seakan-akan pemain tengah tambahan. Jika Walcott diletakkan dibahagian ini, secara tidak lansung akan membuatkan Alves sentiasa berada diposisi asal dan kemungkinan juga Pedro akan turun membantu. Apa-apa pun kepantasan Walcott seharusnya menjadi kunci kepada garisan pertahanan Barcelona yang tinggi.

Kedua-dua pasukan bermain dengan cara yang hampir sama, meneruskan kawalan bola dan membuat hantaran melepasi pertahanan lawan. Arsenal mempunyai banyak attacking player untuk dipilih dari bangku simpanan sedangkan Barcelona mempunyai kesebelasan utama yang lebih baik. Arsenal mungkin harus bermain dengan lebih direct dengan menhantar bola terus kedepan kepada van Persie dan Walcott, sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Namun disebabkan barisan pertahanan yang agak lemah, Arsenal perlu mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol kerana ianya adalah satu-satunya cara untuk terus berada dalam kejohanan ini.

Diterjemahkan dan diolah dari artikel tulisan Sameer Chopra, EPLTalk.

Tagged: ,

4 comments:

  1. Pemerhatian yang cukup bernas dan percaturan seperti "current form" mungkin banyak mengubah penampilan kedua-dua pasukan pada saat-saat akhir.
    Itulah yang akan menjadi advantage kepada Arsenal kerana Barca lebih bergantung pada Messi sedangkan Arsenal mempunyai formation yang lebih kepada kemampuan serba boleh iaitu "multi task" yang perlu dipikul oleh setiap pemain.
    Ini bererti kekangan terhadap serangan Barca nampak lebih statik kerana mereka lebih berkesan dengan menguasai bahagian tengah, sementara Arsenal memberi ruang yang lebih bebas kepada 4 orang midfield yang bebas bergerak pada setiap arah untuk mengatur serangan.
    Dari segi pertahanan Barca masih unggul, namun kebangkitan Van Persie sedikit sebanyak akan menyukarkan Puyol.
    Namun pertembungan kali ini sememangnya panas kerana Fabregas berada pada tahap yang maksimum dan juga Nasri yang cukup lincah serta bersemangat untuk menandingi Messi dan Iniesta. Lagi pula Wilshere dan Song semakin serasi.
    Sekiranya Djourou diturunkan bersama Vermaelen, satu pembaharuan besar akan berlaku di bahagian pertahanan Arsenal.
    Namun penyumbang gol untuk Arsenal masih dipegang oleh Nasri yang mana pemain seperti beliaulah yang mampu meratah pertahanan kental Barca.
    Apa pun tak sabar nak saksikan perlawanan ini.

    ReplyDelete
  2. messi y mhuru harakan defend..mbuka ruang untk villa dan pedro dkiri kanan utk bolos.. bila dah tumpu sgt kat messi.. xavi dan inista mpunyai pluang utk pass bola ke arah mana2 plyer atau bgerak bebas lbh ke depan.. tp harap sgt dgn gandingan whlshere ng song leh back up defend.. dan defend ak ske djorou dan vermalen.. koscny 2 lbh kpd marking..tp xkisah mana2 pon bgs gak..wlcot dan nasri dah bgus dah sbb dua2 plyer ni leh trun bntu bthn berbandng dgn arshavin..hope2 dua2 plyer leh tkr2 posisi utk keliru kan lwn.. dan cesc ada byk plhn utk pass bola ke dpn.. tp apa2 pon van persie kena cemerlang, kena cari gol.. keper barca xcemerlang pon, harap puyol ng pique jer y bthn dgn bek...hope game nti arsenal dpt buktikan ssuatu..

    ReplyDelete
  3. nice comments guys.. komen yang membuka minda mcm ni lah yang aku suka.. thanks

    ReplyDelete
  4. formation 4-4-2....bagi aku arsenal gune fomation ni...ia nampak tertutup dah agak sukar ditembusi..
    taktik bertahan juga boleh dan membuat serangan pantas dan laju...
    walcot memainkan peranan penting dlm serangan arsenal.

    ReplyDelete