Thursday, February 17, 2011

Bangganya aku menjadi seorang Gooner apabila pasukan kita berjaya menewaskan pasukan yang dikatakan terhebat didunia ini. Bertandang ke kedai mamak dengan perasaan bercampur baur antara rasa teruja, gementar, seronok dan macam-macam lagi. Walaupun inginkan kemenangan untuk pasukan yang diminati, secara realitinya Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain yang  kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan Barcelona. Sebarang keputusan melainkan tewas adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Arshavin melengkapkan malam bersejarah buat Arsenal
Barisan yang diketui Cesc Fabregas ini memulakan perlawanan dengan baik apabila nampak garang mengatur serangan. Seperti yang dijangkakan, Theo Walcott menjadi ancaman utama buat Barcelona tambahan pula dengan ketiadaan Carles Puyol, beliau dengan mudah menggentel bola sehingga kedalam kotak penalti pasukan dari Catalonia tersebut. Banyak peluang keemasan hadir namun gagal disudahi dengan baik, terutama sekali dari Robin van Persie.

Segalanya berubah apabila David Villa membuka jaringan pada minit ke-26. Sejak dari itu, rentak permainan mula dikuasai oleh Barcelona. Mereka juga mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan namun kekentalan Djourou dan Koscielny serta ketangkasan Szczesny berjaya mengekang serangan Messi dan rakan-rakan. Pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Poland itu apabila tidak gugup pada penampilan pertama Liga Juara-juara Eropah, malah bertindak dengan sangat cemerlang.

Masuk separuh masa kedua, terdapat sedikit peningkatan apabila Arsenal dapat mengawal bola lebih lama sedikit berbanding sebelumnya. Walaupun begitu barisan serangan yang diterajui van Persie masih lagi tumpul.  Rembatan yang dilakukan beliau banyak yang melalut, van Persie sepatutnya lebih tenang agar dapat mengajukan rembatan yang tepat ke sasaran. Aku hampir putus harapan dengan penyerang Belanda ni.

Barcelona masih lagi banyak menguasai permainan dan jarang melepaskan kawalan bola namun setiap serangan berjaya dikekang barisan pertahanan Arsenal. Pada minit ke-68, Guardiola mengeluarkan Villa dan digantikan oleh Seydou Keita untuk berganding dengan Sergio Busquets sebagai perisai untuk barisan pertahanan mereka. Sementara Arsenal mengubah taktik kepada lebih menyerang dengan mengeluarkan Alex Song yang banyak melakukan kekasaran dan diganti oleh Andrey Arshavin.

van Persie memeluk 'bapak' beliau setelah berjaya menyamakan kedudukan
Kepercayaan yang diberi Arsene Wenger kepada van Persie mula membuahkan hasil apabila beliau berjaya melepaskan rembatan pada sudut sukar yang menembusi gawang Barcelona. Sangkaan Victor Valdes bahawa van Persie akan membuat hantaran kepada rakan meleset dimana beliau kelihatan hanya mampu terkangkang menyaksikan bola melepasi pintu gol.

Sejak itu, Arsenal mula merasakan momentum untuk menundukkan pasukan terhebat didunia tersebut. Keputusan Wenger mengeluarkan Walcott juga berkesan walaupun bintang England itu dilihat beraksi dengan baik. Ini adalah salah satu percaturan Wenger apabila Nasri mengambil tempat Walcott dan Arshavin menyerang dari arah kiri. Kedua-dua pemain ini memainkan peranan untuk gol kedua apabila Nasri bijak mencari Arshavin yang membuat penyudahan dengan tenang dan berkeyakinan.

Arshavin sudah kembali!
Kesimpulannya, telah terbukti bahawa Barcelona tidak mustahil untuk dikalahkan. Hanya tinggal satu lagi cabaran besar untuk kita di Camp Nou nanti. Namun, tidak mustahil juga sekali lagi kita berjaya menewaskan mereka disana. Perlu diingat, musim lepas kita bertandang kesana tanpa van Persie, Fabregas, Arshavin dan Gallas. Musim ini pemain-pemain utama dapat beraksi ditambah pula dengan kemunculan Jack Wilshere yang semakin mantap pemainannya. Selain itu, Thomas Vermaelen juga dijangkakan sudah mula pulih diwaktu itu sementara Gerard Pique pula digantung perlawanan. Marilah berharap tiada kecederaan kepada pemain-pemain utama nanti.

Sebagai fans Arsenal, kita berhak untuk meraikan dan berbangga dengan kemenangan ini kerana Barcelona bukan calang-calang pasukan malah dilabel pasukan terbaik dunia. Letak ketepi dulu pusingan kedua dan nikmatilah rasa bangga ini. Pedulikan kata-kata fans lain pada kita, jangan dihiraukan mereka. Haha.

Jack Wilshere. Aku dapat rasakan nama ini juga akan menjadi hero Arsenal sama seperti bagaimana Cesc Fabregas mendapat tempat pada hati peminat Arsenal yang lain. Beliau adalah pemain yang paling menyerlah selain dari Theo Walcott pada perlawanan pagi tadi apabila sentiasa melakukan hantaran-hantaran tepat dan terlibat dalam memulakan serangan dari bawah. Sesungguhnya perkembangan bintang muda ini sangat menarik untuk diikuti.

Video Highlights
Kalau ada problem untuk load player, sila klik sini


Tagged: , , ,

9 comments:

  1. mane messi?
    kat belakang poket koscielny!!
    yeahhhhhhh..
    terbaek arsenal..
    aku masih inzal dengan kemenangan smlm........

    ReplyDelete
  2. aku benci gile bila budak2 team lain ckp

    "Arsenal menang 2-1 je.."

    "ala..kt home bole la..."

    "kt nou camp nnt kene la.."

    fuck to the other fans.yang penting kita menang game ni.INI MOMENTEM arsenal.jadikan game ni sbg pembakar semangat kita.abaikan mulut2 cibai budak2 man u,chelshit sbb diorg cukup cemburu dengan kemenangan kita.

    ReplyDelete
  3. tau takpe.. either menang atau kalah diorang mesti mengata gak.. so we need to tell them stfu! we win againts the best team in the world. haha

    enjoy je skang. kt nou camp tu nanti lain citer lah..

    ReplyDelete
  4. hahaha dorang tak bleh nk kalahkan bangsatlona,tu yg dengki abis tu...
    seronok pagi tadi bersorak diamkan mulut budak2 bangsatlona yg menyalak yakin bleh menang..
    amik ko!hahahahaha..

    ReplyDelete
  5. woo aku baru perasan TT sudah kembali.. mcm Arshavin gak buat comeback..

    aku merindui mu... hahaha

    ReplyDelete
  6. sbb arsenal mng pon aku sampai perang mulut ngn membe aku fan celsit..kaki dengki abes..mcm celsit boleh kalahkan bangsatlona..player tua2..haha
    hidup gunners!!

    ReplyDelete
  7. a win is a win afterall.. huhu.. nampak future team kita semakin cerah.. wilshere and szczesny are realy something..

    ReplyDelete
  8. yeahh brader im back!
    ehhehe..
    aku ade jer cuma aritu agak bz..
    tak sempat nk menyinggah...

    ReplyDelete
  9. Rasain Loe Barca Itu adalah Musibah bagi loe gak mungkin loe terus menang pasti loe bisa juga tersungkur

    ReplyDelete