Wednesday, February 23, 2011

Arsene Wenger hari ini mengesahkan bahawa Aaron Ramsey telah dipanggil pulang ke Stadium Emirates berikutan jadual perlawanan yang ketat. Wenger sebelum ini dikatakan keberatan untuk memanggil Ramsey kerana merasakan pemain Wales itu masih memerlukan beberapa lagi perlawanan bagi mengembalikan rentak permainan yang konsisten dan meyakinkan.

Ramsey masih belum lagi menyarung jersi Arsenal musim ini
Bukan mudah seseorang pemain yang pernah mengalami kecederaan ngeri seperti itu untuk kembali kepada prestasi asal. Dari aspek fizikal, mungkin Ramsey sudah bersedia namun apa yang dikhuatiri adalah tahap ketahanan mental beliau untuk beraksi dalam liga perdana yang sangat mencabar berbanding liga bawahan. Kita dapat lihat bagaimana kesan psikologi terhadap mutu persembahan Eduardo apabila mempamerkan aksi hambar dalam liga perdana.

Hingga ke saat ini, hanya Arsenal satu-satunya pasukan yang masih lagi berada dalam saingan untuk merebut keempat-empat kejuaraan musim ini. Walaupun secara dasarnya adalah sukar untuk merealisasikan kejayaan ini, namun ianya adalah tidak mustahil untuk keajaiban berlaku sekali lagi selepas musim 'Invincible'. Ini menyebabkan jadual perlawanan menjadi padat, ditambah pula dengan kegagalan 'pasukan B' Arsenal untuk memperoleh kemenangan dalam saingan piala FA tanpa perlu dibawa kepada perlawanan ulangan menjadi puncanya. Bagi mengelakkan keletihan pemain, kekurangan pilihan akibat kecederaan atau digantung perlawanan, Wenger terpaksa memanggil Ramsey pulang.

Wenger dipetik berkata:
He is on loan until Saturday. After that he comes back. He could be available for the second game against Leyton Orient on Wednesday. I have had good reports from Cardiff and I intend to use him. He could not play last Saturday because he had a little hip problem and we demanded that he rest. I think he will play this Saturday again and then we will see if he comes through that game well. After that he is available for Arsenal.

Ramsey diturunkan beraksi untuk Cardiff pada perlawanan League One menentang Leicester semalam dan beliau berjaya menjaringkan gol pertama sejak kembali pulih dari kecederaan hampir setahun yang lalu. Jay Emmanuel-Thomas yang juga pemain yang dipinjamkan oleh Arsenal turut terlibat dalam 'build-up play' yang menghasilkan gol tersebut. Perlawanan tersebut berakhir dengan Cardiff menewaskan Leicester 2-0.

Sudah pastinya kepulangan Ramsey ini akan memberi persaingan yang sihat pada barisan tengah Arsenal terutama sekali kepada Denilson yang mutu permainannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

*Update: Terdapat maklumat tidak rasmi dari Twitter yang mengatakan Ramsey tidak dapat beraksi pada perlawanan ulangan Piala FA menentang Leyton Orient kerana terikat dengan peraturan 'cup-tied' setelah beliau didapati pernah beraksi pada peringkat awal saingan Piala FA bersama Cardiff. Aku akan update lagi bila dapat pengesahan berita ni.



Reaksi anda:

0 comment(s):

Post a Comment