Saturday, February 12, 2011

Ini bukan berita terkini namun penyerang berbadan sasa kita ini sekali lagi meluahkan kekecewaan beliau kerana kurang mendapat peluang bermain untuk The Gunners. Bendtner yang sememangnya banyak bercakap pada media tentang masa depan beliau, mengakui bahawa beliau mungkin terpaksa meninggalkan Stadium Emirates demi mengejar cita-cita beliau sebagai penyerang yang digeruni oleh setiap pertahanan lawan.

Bendtner lebih berani membuat percubaan kearah gol berbanding Chamakh
Bendtner merasakan beliau berada pada tahap karier dimana beliau perlu bermain setiap perlawanan dan mengembangkan lagi bakat serta jaringkan lebih banyak gol. Apabila memikirkan jumlah gol yang dijaringkan beliau ketika ini, Bendtner tidak sanggup untuk memanaskan bangku simpanan lagi. Walaupun begitu penyerang Denmark ini tidak menafikan akan berasa sedih jika terpaksa meninggalkan Arsenal kerana pasukan ini sangat bermakna dalam menaikkan karier awal beliau.

Menurut guardian.co.uk, dalam temubual sebelum perlawanan persahabatan menentang England tempoh hari, Bendtner dipetik berkata:
That's the way it is. I will do my best for Arsenal throughout the season. Hopefully I will be there next season as well but we have to wait and see. But, if my situation at Arsenal doesn't change, I will have to look at it because I want to play football.

Pada pendapat aku, Bendtner memang mempunyai bakat yang besar disamping aset fizikal yang tegap dan tinggi. Ciri-ciri seorang 'poucher' ini sekurang-kurangnya memberikan variasi kepada strategi serangan Arsenal jika kena dengan gayanya. Apa yang perlu Bendtner lakukan sekarang adalah buktikan kata-kata beliau dengan mempamerkan aksi yang mantap setiap kali diberi peluang kerana risikonya tinggi jika kita nak mengharapkan pemain yang masih belum terbukti kehebatannya membawa Arsenal menjulang kejuaraan.

Meskipun persembahan Bendtner nampak kurang meyakinkan buat kita semua, aku berpendapat ianya bukan kerana beliau seorang pemain yang tidak berkualiti, tetapi mungkin kerana beliau tidak sesuai untuk mengembangkan bakat bersama Arsenal. Salah satu sebab kerana taktik Arsenal itu sendiri yang kurang melakukan serangan dengan membuat hantaran lintang kedalam kotak penalti. Malah Bendtner juga diletakkan di posisi forward kanan sedangkan beliau bukanlah pemain yang lincah seperti Walcott atau Nasri.

Ada baik juga jika Bendtner dipinjamkan kepada pasukan lain lebih-lebih lagi kepada pasukan yang banyak gunakan taktik crossing seperti Stoke dan lain-lain. Mungkin dari situ nanti kita boleh lihat kemampuan sebenar beliau. Kalau tak menjadi gak, maka bolehlah dibuka pintu seluas-luasnya buat Bendtner mengejar cita-cita untuk menjadi penyerang berbisa seperti yang beliau katakan.


3 comments:

  1. memang patut pun Bendtner tu pergi....biar lah dia pergi..,,,Febregas pun patut pindah dan pergi ke bercelona atau madrid sbb team Arsenal dah 6 tahun tak menang ape2..,,ape nk jadi nk sokong team yg 6 tahun tak de trofii...Aisrhh,...,,ape kata fan2 arsenal semua????>>>,,,,,KAMI MAHU TROFI ARSENE WENGER>>>>>,,,,,,,,kalau tak Arsene wenger akan dipecat kalau tak menang BPL musim ini...,,,,,

    ReplyDelete
  2. bendtner mesti dan wajib kekal.....chamakh yang harus pergi.....

    ReplyDelete
  3. sebenarnya dua2 pn tak perlu pergi sbb dua2 pn striker backup. chamakh rilek saja dok kt bench tp bendtner nak jadi striker utama. kalau nak jadi striker utama kena saing kehebatan van persie dulu. skang masih belum terbukti dia striker yg hebat so susah la wenger nak kasi dia chance main.. oleh sbb dia mmg berbakat, sekali lagi aku berpendapat baik bg dia chance first team football kt tmpt lain dulu..

    ReplyDelete